Pakej Percutian Bajet - Melancong ke Korea

Bajet ke Korea 17-22 March 2017 

Itinerary Korea


Melancong ke Korea Day 1
Melancong ke Korea Day 2
Melancong ke Korea Day 3
Melancong ke Korea Day 4
Melancong ke Korea Day 5
Melancong ke Korea Day 6

Apps - Cara guna apps subway


Alhamdulilah akhirnya dapat juga jejak ke Korea. Aku ni peminat cerita korean drama sampai semua cerita aku tengok tapi bukan peminat k-pop. Korea ni antara negara yang aku nak sangat pergi sebab terpengaruh dengan scenary dalam drama yang cantik gila. Memang pandai tarik pelancong melalui drama-drama dorang. Siap ada seoul entertainment trip maksudnya melawat lokasi drama-drama dorang kot selain attraction yang biasa tu.


Plan asal November tahun lepas tapi atas sebab tertentu kita tukar date March 2017. Tak kira dah musim apa masa booking flight tu janji boleh pergi. hahahha.. Lepas dah booking baru tengok musim apa. Sepatutnya March-May adalah musim bunga. Kira date aku pergi tu Winter nak masuk Spring. Sejuk lagi siap still snowing beberapa hari before date kitorang ke sana. hehehe


Sebelum aku teruskan dengan aktiviti harian atau itinerary sepanjang dekat Korea. Aku share dulu preparation dan cost sebelum ke sana. Aku kan manusia yang suka plan cun-cun dan jimat sebaiknya. Tapi jimat-jimat pun kena utamakan keselesaan juga hahahha. Bajet traveller gitu konsepnya, kalau boleh semua nak buat sendiri dan detail.

1) Flight tiket




Tiket masa aku booking tu paling murah boleh dapat dalam RM650+ kalau tak kisah waktu boarding. Macam aku kisah lah sebab ada budak kecil. Perjalanan ambil masa 6jam lebih kot so aku prefer waktu malam atau petang, kena tengok time anak aku tidur so dia tak cranky sangat dalam flight. Kalau kira harga flight untuk seorang include tax dalam RM742 sahaja. Tapi aku add on baggage 25kg dan juga meal inflight. So itu la harga total. RM2518.24. Lebih kurang RM839.50/seorang untuk 2 hala. Kira murah lagi laa kalau compare harga average biasa flight saja pun RM1000+ return seorang.



TIPS / INFO : Beli baggage sekali masa beli tiket adalah sangat murah compare bila add on kemudian. Bijak AirAsia sekarang. hahah


2) Tempat tinggal - Boa Travel House



Macam biasa aku sangat suka booking accomodation dengan AirAsiaGo. Masa ni aku ada compare dengan platform lain juga untuk booking bilik tapi harga dekat AirAsiaGo agak murah untuk guesthouse ni. Lagi pun guesthouse aku nak ni HOT! Fast selling okay terus aku gelabah sebab twin room/double room untuk family makin sikit masa ni. Aku booking 2 tempat sebab takut habis. Agoda pun aku proceed dengan AirAsiaGo pun aku booked. Dekat booking.com pun ada. Tapi masa tu jenis bilik lain2 yang available tapi booked je sebab boleh cancel kemudian. Bagi chance fikir dulu la konon nya dari tak dapat duk situ langsung. Nampak tak aku memang target guesthouse ni je.

Guesthouse ni dah menang award Tripadvisor Travellers' Choice since 2014 - 2017 berturut-turut. Review dia sangat la tiptop. Boleh refer website dorang http://www.boatravelhouse.com/. Macam biasa untuk hotel/ bilik aku suka baca review dulu sebelum booking dan untuk Korea Trip ni aku memang pilih Boa Travel House. Boleh refer gambar dibawah. Actually ada banyak lagi gambar nak share tapi penuh la blog aku ni.



Bagi aku guesthouse ni memang terbaik sangat untuk kami 3 beranak. So boleh faham kan kenapa guesthouse ni most wanted. Kitorang memang prefer twin/double room tapi masa tu memang tinggal satu je untuk date kitorang, tu yang aku terus booked. hahaha.. Memang tak menyesal dan aku rasa harga dia reasonable. (Sedapkan hati sebab memang dah target guesthouse ni dari awal so kalau harga dia mahal lagi pun aku booked) haha


Aku rasa la bilik kitorang ni di upgrade la sebab nya kalau tak silap aku booking double room nampak sempit je asalnya. Rezeki la kan dapat bilik luas ni.. Alhamdulilah.


Apa yang menarik di Boa Travel House

1) Muslim friendly - ada prayer room, ada dapur dan perkakas dapur asing untuk muslim sahaja siap dia lock.
2) Rooftop - sebab aku kan suka tengok cerita korea, dalam cerita korea banyak rumah dekat rooftop so terpengaruh.
3) Bilik bersih dan selesa - bilik yang baik, heater/ air semua function well dan juga luas bagi aku.
4) Ada restoran halal - guesthouse ni provide halal food even orang luar pun datang makan sini tau. boleh refer website mereka.
5) Toilet dalam bilik
6) Komputer dan printer - boleh guna komputer dan printer secara percuma, print boarding pass dekat sini je ritu dengan bantuan owner guesthouse
7) Laundry room - boleh cuci baju so tak payah susah bawa banyak2 baju.
8) Walking distance to subway/bus stop - Hongik Univ Stn Exit 4
7) Ada lif - ni best sebab tak semua guesthouse ada lif ye, senang untuk yang bawa stroller/ orang tua

Cara nak ke Boa Travel House



INFO : Banyak lagi guesthouse lain yang murah dan dekat dengan attaraction seperti dibawah tapi kami memang pilih area Hongdae.

BEEWON GUESTHOUSE - dekat dengan palace, gwanghwamun square, cheonggyecheon stream, insadong, bukchon hanok village
NAMSAN GUESTHOUSE - dekat dengan myeondong, namsan tower, namdaemun,

 3) Travel insurance


Aku pilih travel insurance AXA kali ni sebab murah dan ramai recommend.
Travel insurance untuk kami 3 beranak - RM97.50. Boleh refer link ni Travel Insurance AXA. So lebih kurang RM32.50 seorang.

4) Stok makanan 




Gambar ni nampak macam beria kan tapi sebenar nya tak semua ni pun aku bawa sebab berat sangat beg. So bila fikir secara rational 6 hari dekat sana. Milo/Coffee aku bawa untuk 6 paket je bajet sehari sekali minum lagipun breakfast provided. Maggi pun 3 pek je aku bawa since itinerary aku dah set sekali tempat makan. Yang lebih sikit pun aku bawa Brahims boleh refer link produk Brahims ni. Biskut je wajib lebih sebab standby untuk anak aku. heheheh.

Realiti nya dekat sana yang betul makan adalah serunding dengan sambal bilis. Korea senang nak dapatkan instant rice so tak payah susah nak masak ke apa. Dan kami banyak makan dekat luar murah-murah. hahhahaha.. So bab stok makan ni aku suggest jangan membazir sangat bawa banyak. Sakit badan nak angkut beg oi kecuali korang memang nak jimat taknak makan dekat luar then standby juga extra baggage ye.

5) Wifi / Internet - Travel Recommend




Ramai cakap guna je wifi free dekat Korea yang ada dimana-mana. Actually aku try la juga ritu walaupun ada wifi ni tapi sangat la tak best so end up aku guna juga wifi ni. Aku tak plan pun nak sewa portable wifi ni asalnya tapi sebab laki aku kerja dia on call je so kena prepare wifi. Ni laki aku yang sewa. Aku suggest Travel Recommend sebab baca review orang ramai.  

RM15/day unlimited data untuk Korea selatan.

Macam mana nak sewa?
1) pergi website travel recommend
2) apply secara online - isi semua info
3) perlu ingat tambahan RM200 deposit wajib, nanti lepas return dia refund balik
4) Sebelum fly kena self collect dekat airport atau korang nak dia courier pun boleh tapi kami ritu self collect je.
5) Balik je dari korea pergi balik dekat tempat pickup tu, just return.
6) lepas beberapa hari TR refund balik deposit RM200 tu.


6) Tukar duit korean won


Kitorang bajet RM2000 kira RM1000 seorang dewasa dan tak kira pun anak aku sebab dia macam semua free je. Ni rate masa tu;

1) 1000 won : RM3.90 so dapat tukar 256 000 won : RM998.40
2) 1000 won : RM3.925 so dapat tukar 254 000 won : RM996.95

Total korean won bawa sana 510 000 won tapi balance won bawa balik Malaysia adalah lebih kurang 170 000 won aku tak kira syiling yang banyak tu. hahaha. haaaaa ni sekali belanja untuk transport, entrance fee, makan dan kira souvenir sikit laa.. Just guna dalam 340 000 won untuk 3 orang tau. Kalau convert ikut rate 3.925 la ye nampak banyak sikit.

Belanja 340000 won : RM1334.50
Balance 170000 won : RM 667.25


7) Tour guide


Ni memang optional. Kalau korang rasa takut tak sempat nak cover semua baik ambil khidmat tour guide tapi kena ambil yang private la kalau reramai jangan mimpi sempat cover semua. Actually aku memang tak plan pun asal nya nak amik tour guide tapi lepas aku baca review ramai kata leceh kalau ada budak nak plan segala so aku takut dan terpengaruh la juga. Bukan selalu dapat peluang pergi sana. So terus gatal cari tour guide tapi agen mana nak offer pakej exclude flight and accomodation. Senang cerita sangat susah nak cari tour guide daily yang bawa jalan sahaja. Sebab susah nak kira rate. Kalau pergi Indonesia dan Thailand memang senang cari tapi Korea susah.

Lepas survey dan tanya aku pm la beberapa orang. Ada yang nak tolong bawa free of charge tapi macam tak berapa selesa la pula. So cari punya cari jumpa la ex student Korea. Dia buat tour secara sambilan dan sangat flexible. Aku minta tour 2 hari je dan kalau let say nak tambah kemudian pun dia kata okay je. Alhamdulilah jumpa yang senang kira dan memang baik sangat. Harga pun murah-murah la aku rasa. Aku tumpang join tour dia untuk 2 hari pertama je sangat-sangat la membantu. Terima kasih banyak-banyak tau.

Berapa rate dia? Sila pm beliau sendiri sebab dia ada pakej tour guide juga boleh refer link ni. Yaddtravel. Dah balik baru tau. hahah

8) Parking kereta & KLIA Transit


Part ni terkejut juga la sebab lama dah tak parking sini. Rate parking dekat Putrajaya Sentral dah naik. KLIA Transit pun naik harga. eh eh



Parking putrajaya sentral 6h5m RM42.00. Ni sebab masa sampai sini dah lepas pukul 12 malam so harga dia mahal la. Aku pun tak reti nak kira tapi apa yang aku tau ni rate putrajaya sentral sekarang;

15 minit pertama : percuma
Bayaran sehari sebelum 12 malam : RM2.00
Bayaran sehari selepas 12.01 malam hingga 6.00 pagi : RM4.00


KLIA Transit untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak RM46.00 return. Beli siap-siap pergi balik senang sampai malam tu.

SUMMARY



1) Return flight : RM742 /seorang tak termasuk meal & baggage
2) Guesthouse 6H5M : RM607 /seorang (kanak-kanak free)
3) Travel insurance : RM32.50 /seorang
4) Stok makanan
5) Wifi : RM15/day
6) Korean won : RM670 /seorang tak termasuk anak aku
7) Tour guide
8) Parking & KLIA Transit
 

Harap dapat membantu yang tengah buat bajet ke Korea dengan anak kecil. Anak aku masa trip ni 2 tahun 10 bulan. Aku rasa yang aku bayar untuk dia hanya la flight dan makan je. hehehhe lain-lain free.



3 comments

  1. Menarik..dan info yang lengkap.

    Saya teringin juga ke korea nie

    ReplyDelete
  2. wah best! kalau bilik diorg ada tetapkan tak bape orang kanak2 boleh masuk sekali?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...