Melancong ke Korea - Day 2

Macam mimpi je dah sampai Korea, dari dulu asyik berangan nak ke sana. Alhamdulilah. Berangan tak rugi apa-apa pun. Tapi kena juga usaha kan jangan berangan kosong gitu. Hari kedua dekat sana kalau tengok dekat itinerary yang aku plan ni macam padat sangat tapi realiti nya semua nya dekat-dekat rupanya. Hari kedua ni memang kami naik train masa pergi dan balik ke guesthouse je. Yang lain memang jalan kaki weh. hahah macam tak percaya je tapi mungkin sebab cuaca sejuk dan seronok tengok pemandangan luar tempat orang. Tak rasa penat. Dekat Malaysia jangan suruh aku jalan haaa.. hahahah lencun baju peluh. hehe

Melancong ke Korea Day 1

Itinerary Korea Day 2 

 



Itinerary yang aku share ni dah edit ikut actual, tapi actual ni banyak jimat part train sebab kami jalan je. Kalau plan semua tempat tu naik subway padahal dekat je.. hahaha.. So tips yang aku boleh share sebelum ke next place tu cuba waze atau google map dulu. Kang buat penat cari train je padahal walking distance.


Ni exit Hongik Univ. Stn paling dekat dengan guesthouse so selama seminggu ni je jalan utama kami nak kemana-mana. hehe. Rindu pula rasa nak ke sana lagi. Best sangat.

1) Gyeongbokgung Palace


Macam biasa kena tengok apps dulu check route mana nak ke Gyeongbokgung Palace. Kalau ikut plan the nearest exit 5 tapi since aku bawa stroller aku guna lif so macam terkial sikit kat mana sebab setiap station ada 1 je lif biasa nya. hahaha.. Masa ni agak nervous kat mana aku ni keluar-keluar station terus sebelah jalan raya besar. hahahha..

Kalau keluar guna lif akan nampak patung bogel tu sebelah lif. Dan ada nampak dinding batu palace tu. haaa tu la Gyeongbokgung palace. Lintas jalan tu dan go straight je. Akan nampak ramai pakai hanbok, boleh follow dorang ni hahahha..


Datang 10-11 pagi boleh tengok pertukaran pengawal istana tapi aku rasa tak tengok pun takpe. hahahha aku ambil gambar dengan pengawal tu dan terus cari kaunter tiket masuk dalam. Entrance fee 3000won seorang. Kalau korang memang betul nak belajar pasal sejarah dorang better tunggu tour guide palace tu. Ada jadual waktu dan kumpulan. Lepas beli tiket pergi kaunter informasi untuk minta tour guide. Kami ni main redah je tak tunggu tour. hahahah



Semua gambar tangan dalam poket sebab sejuk walaupun nampak terik matahari. hahahha.. dan jangan cuba nak duduk atau sandar dekat dinding batu tu. Macam duduk atas ais. hahahhaha.. Dekat korea dapat berjemur bawah matahari tu paling best sebab rasa suam sikit. 

 (paling susah nak dapatkan pemandangan belakang kosong sebenar nya.. ramai orang)


Ni entrance Gyeokbokgung Palace. Ada banyak palace lain tapi ni kata nya paling besar dan menarik.

2) Gwanghwamun Square

Dari Gyeongbokgung Palace hanya jalan kaki je ke Gwanghwamun Square. Nampak gambar bawah tu gerbang palace dengan statue king sejong? heheh dekat kan. Area ni macam dataran merdeka dekat Malaysia. 





3) Cheonggyecheon Stream


Dari Gwanghwamun jalan sampai nampak menara macam aiskrim ni. hehe memang depan ni la Gyeonggyecheon Stream. Masa kami dekat sana tengah ada perhimpunan apa entah so polis ada merata-rata. Aku busy rekod suasana sana sampai tak tengok sangat jalan.. muahahaha.. Walaupun nampak macam serius tapi dorang masih rilex dan tenang okay, kagum betul. Malas share dekat blog sebab nampak tak cantik pemandangan hahahha..





Dekat area sini ada surau dalam KTO, boleh solat jamak terus dekat sini so senang sikit sambung jalan kan. Kalau refer gambar atas ni, KTO area bangunan sebelah kanan dekat jambatan tu. Gambar bawah ni surau dalam KTO tu. Dekat sini juga korang boleh cuba hanbok dan ada banyak gambar artis kpop. Kalau suka kpop suka la kot masuk sini tapi aku tak dan explore sangat sebab busy dengan anak aku. Semua benda dia nak sentuh.. oh anak.. Laki aku je sakan posing dengan PSY oppa gangnam style sangat.. ggrrrrr


Beberapa minit lepas kami masuk KTO tiba-tiba satu rombongan sampai nak solat. hahahhaha satu bas kau haa sampai.. hehehhe

(dalam KTO Cheonggyecheon)

(sekitar Cheonggyecheon stream)

4) Insa-dong

Settle dekat KTO tu kami terus berjalan ke Insadong. Ni agak jauh sikit la jalan dan stop juga kejap rehat tepi jalan sambil usha orang sini. Best!! Aku rasa penat sebab dukung anak, dia dah mula cranky nak tidur. Kalau letak stroller memang dia tak tidur. Kena masuk carrier baru tidur so aku la pembawa carrier itu. Dengan abah dia mana mau. hahahha. Kalau rasa tak larat boleh je ambil taxi dari cheonggyecheon ke insadong tapi aku advise korang jalan sebab sejuk-sejuk best gitu. Lagipun suasana baru kan. hahahha.. Aku suka sangat tak tau macam mana nak cerita. Kalau naik taxi dalam 3000won je.



Kalau tengok orang ramai share, area insadong tempat shopping souvenir comel-comel kan tapi masa sampai ni tengah lapar dan penat berjalan dari cheonggyecheon stream so sampai sini kami cari makan je. Makan dekat vegetarian restaurant. Kedai dia agak tersorok ke belakang tapi penuh kot. Cheonggyecheon kira centre so dari situ pilih la next either ke insadong dan bukchon hanok atau ke myeongdeong dan namdaemun atau gwangjang market dan dongdaemun. hahahah... tapi kami cover kearah insadong dan bukchon hanok village dari cheonggyecheon.


Insadong ni macam shopping street so kalau nak tau korang dah sampai ke Insadong ke belum ikut je waze atau google map dan masuk dekat lorong ni (gambar atas). hahhaha Kalau tengok blog lain share pun memang landmark gambar macam ni je depan traffic light.


Ralit perhati ajumma ni jual chestnuts. Kenapa aku tak cuba ek? hahahhaha mungkin lapar cari makan je masa ni. Souvenir pun aku tak layan. hahahha.. Jangan tanya mahal ke murah tapi dekat sini ada jual cincin dan brooch batu jade. Jumpa Malaysian dekat sana dia cerita pasal tu.


Insadong agak luas dan aku tak explore semua pun. Fuhhh macam kena repeat je rasa. Yang bangunan bertingkat ni tak ingat apa nama bangunan tapi atas sekali macam open air rooftop. Anak aku dah tidur memang tak la naik atas dengan stroller. huhuhuhuhuu.. Lunch dekat sini merasa duduk ala korea hehehhe.. memang semua vege la dan portion dia besar gila untuk sorang makan. Aku tak habis pun makan tu.

Lunch 8500won sorang.




Kalau korang rajin pergi la tawaf area sini. hahahha.. mungkin jumpa benda menarik lagi. Ada juga tempat untuk pakai hanbok dekat sini. Selain souvenir dan kraf tangan ada banyak juga jual makanan dan dessert tapi aku tak ambil gambar la pula. 


5) Bukchon Hanok Village

Dari entrance insadong just lintas jalan dekat traffic light untuk ke Bukchon Hanok Village. Ikut je orang ramai. Nampak orang ramai ni, semua nak kearah Bukchon Hanok Village. hehehhe Masa mula aku ingat kawasan macam kampung.. hahahah rupanya bukchon hanok ni just rumah bentuk tradisional di tengah kawasan padat. Kawasan agak berbukit dan masih ada orang tinggal kat situ.


Sepanjang jalan ni ada macam-macam street performance. Yang unik bukan orang local tau tapi mostly foreigner yang siap boleh cakap korean. hahahha..





Patut la orang suka datang sini awal pagi sebab nak ambil gambar tanpa orang ramai berpusu-pusu. Disebalik tabir ni sebenarnya ramai tengah beratur tunggu giliran nak bergambar.. hahaha.. Dekat lorong tu jangan harap nak dapat gambar terbaik.. waaaa sedihhhh.. Tapi aku macam lagi suka ambil gambar yang rumah moden je sebab unik.. heheheh selalu tengok drama kan. Sepanjang jalan sini ada banyak rooftop coffee shop. View memang cantik laa...



Bila belek-belek nampak gambar dekat tempat yang memang spot untuk bergambar ada satu je tu pun gambar anak aku tak duduk diam dan ada orang. waaaaa busy kejar dia berlari kawasan bukit ni. fuhhhh challenging betul bawa anak tengah membesar ni.. hahaha..Lastly gambar area ni je aku rasa tenang tak ramai orang.. hahahha YESS!!!!



6) Itaewon


Nampak macam rushing dan full itinerary hari ni tapi actually biasa je. Lepas pusing Bukchon Hanok Village terus ke nearest station. Ingat nak balik tapi macam awal lagi so terus tukar plan ke Itaewon. Boleh solat sekali dekat sana. Then dinner dekat restoran Siti Sarah. Dekat sini halal so terus order nasi dengan ayam. Macam ayam penyet je aku tengok. Satu set 10000 won.



Alhamdulilah dapat solat dekat masjid Itaewon ni. Nak kearah masjid ni memang bukit curam. Mungkin aku lalu jalan lain ke apa entah tak tau. Since dah dekat nak malam dan kawasan bukit. Sejuk dia lain macam sebab agak berangin.. Masa ni warmer pad pun aku tak rasa pape. Terus beli coffee panas dekat mesin air untuk panaskan tangan je. hahahahha.. Tempat wuduk dekat luar so boleh faham tak keadaan tu? Gila sejuk wehhhh dari tempat wuduk pakai selipar then jalan ke tempat solat. Kebas terus tangan kaki.. waaaaaaaa... Air tu macam ais.. Pengalaman baru betul.. Biasa kan ada heater dan memang indoor ni dekat luar.. hahhaha gigil ambil wuduk pun.



Nak cari makanan halal memang paling banyak dekat Itaewon. Ramai juga yang suka cari guesthouse dekat sini tapi bagi aku tak laa kot sebab kawasan dia memang berbukit. Sembang dengan orang Malaysia yang jumpa dekat sana pun dia cakap penat menapak duduk Itaewon. Area sini ramai gila foreigner hahahaha tak berapa nampak orang korea. Bagi aku dekat Korea ni yang penting cari guesthouse yang dekat dengan subway sebab sekali dah keluar korang mana balik guesthouse pun. So macam sama je mana-mana. hehehhe.. Tu pendapat aku laaa.

(Masjid dekat hujung sekali jalan ni sebelah kiri sebelum selekoh)

Nasib pergi Itaewon last sekali sebab penat naik turun bukit. Lalu kedai kebab yang famous pun jadi takde perasaan dah. hahahha Fikir penat je seharian berjalan then kena naik turun bukit.. wahhhh kau.. Kalau jalan melenggang tak la rasa sangat tapi kami tolak stroller lagi.. hahahhaha.. Lepas itaewon memang terus balik laa.. Gila kentang kau berjalan seharian.. hahahhaa..


Kitorang hari kedua ni naik subway dari guesthouse - Gyeongbokgung then Bukchon hanok - itaewon dan itaewon - guesthouse. Jimat kan padahal banyak tempat pergi tu hahahhah

TIPS : Study map seoul tour dulu. hehehhe sebab tu ada variasi itinerary ikut masing-masing. Kalau aku rajin nanti aku scan map seoul tour dekat sini. Dekat google tak clear sangat semua. Cuba juga cari tapi tak jumpa yang elok.  (UPDATED)



Sharing walking distance area;
1) Gyeongbokgung Palace, National folk museum, Gwanghwamun square, Cheonggyecheon stream, Insadong, Bukchon Hanok village.
2) Deoksugung palace, Seoul city, Myeongdong, Namdaemun, Namsan tower, Namsangok Hanok village
3) Dongdaemun, DDP, gwangjang market

Belanja hari kedua

Entrance fee Gyeongbokgung palace : 3000won X2
Coffee shop palace : 3000won X2
Lunch vegetarian restaurant : 8500won X2
Coffee itaewon : 800won
Dinner Siti Sarah : 10000won (1 set)
Air oren + banana milk : 4400+1200won

Total won : 45400won
Balance Tmoney : 6500 (athirah) + 7300 (husband)


No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...