Bercuti di Lost World of Tambun Perak

Lost World of Tambun Ipoh Perak


Tiap kali aku tanya orang pasal Lost World of Tambun mesti ramai macam excited cerita best gila dah tu siap orang repeat pergi. Nak cakap dah banyak water themepark dah pergi pun tak juga sebab kalau dekat Malaysia ni aku rasa macam sama je semua water themepark nya. Cuaca Malaysia kan panas so nak kata enjoy sangat tu tak juga. Panas kot tapi anak-anak suka la. Apa dorang kisah? hahahha. Aku pun curious juga sebab ramai cakap best ni so here we are. Kita pergi dan rasa sendiri baru tau kan.


Ni family trip sebelah husband, biasa tiap tahun kami ke Port Dickson tapi kali ni tukar angin pergi tempat lain pula so lepas bincang dan decide pergi ke Lost World of Tambun dan budak-budak pun enjoy dapat main air kan. Aku rasa bukan takat budak tapi mak budak pun sama excitednya. Kena pula pergi ni masa cuti sekolah. 1-3 Disember 2017 so memang ramai ya amat la orang nya. Kami pergi ramai satu family so ambil homestay teres 2 tingkat. Urusan homestay adik ipar aku yang uruskan. Tiket masuk ni semua pun dorang. hehhehe Homestay memang luas dan selesa. Kalau pergi ramai-ramai memang selesa ambil homestay la kan. Lagipun masa aku survey date tu semua hotel berdekatan penuh weh.


Adik ipar aku dah pernah pergi sini so dorang suggest masuk awal boleh booking tempat best dekat dalam. Okay kami follow saja sebab dorang lebih tau kan. hehehhe.. Kalau pergi hari biasa dan bukan cuti sekolah mungkin tak kisah pun boleh nak rilex-rilex orang tak ramai tapi masa cuti sekolah harapan la nak conquer tempat. Penuh semua. 


Dapat je tiket terus beratur masuk. Cari port baik punya. Sebelah pool kanak-kanak, ada meja kerusi siap ada kipas berbumbung lagi. Yang menarik nya dekat sini. Tak panas dan tempat redup sejuk je. Memang patut ramai suka datang, tak seperti water themepark lain yang panas terik. Duduk lama-lama boleh tersalai sekali. Dekat sini serius tak sempat berpeluh pun, sangat selesa. Boleh la duduk lama-lama dari pagi sampai ke petang ke malam pun. Nak tidur kejap pun selesa je. Berbumbung dan ada kipas semua. Lagi pun memang kawasan ni dekat kaki bukit je.





Masa laki aku melayan anak aku main air dekat tempat kanak-kanak, aku saja la jalan pusing kawasan lain sementara orang tak ramai lagi. Masa ni kan baru buka so orang baru nak mula masuk penuhkan kawasan. Ada banyak tempat menarik yang lain. Kolam air panas pun ada dan ada peringkat kepanasan air tau. Dari kurang panas ke panas. Pilih la nak berendam dekat mana. Ramai orang tua la aku tengok dekat sini. hihihi






The longest adventure river - Malaysia Book of Record


Sungai terpanjang dekat sini tau siap masuk Malaysia Book of Record ha. Laki aku sewa pelampung untuk pusing sungai ni sambil tengok show keliling. heheh. Kita explore je semua yang ada dekat sini. Rugi la kalau duduk setempat je. Ada patung orang asli semua tu sepanjang sungai, anak aku takut. hahahhahaha. Ada show macam red indian ke apa tu masa lalu sini. Boleh tengok.




Yang ramai berkumpul tu tunggu air terjun dari atas. Seronok betul Asyraf main air. Sepanjang sehari dekat sana dia tak tidur langsung. Sepupu dia yang lain tidur la juga kejap tapi dia nonstop berendam tau tak. Stop suruh dia makan je, lepas tu dia sambung main air. Ya rabbi aku tak tau mana datang tenaga luar biasa budak tu. Memang puas hati betul dia berendam kat sana.


Dah puas main air kita berjalan tengok binatang pula. Ada kawasan ikan dan juga boleh naik swan atas tasik. Kena kayuh sendiri tapi kami tak naik pun sebab tak larat nak kayuh swan tu. So tengok orang bagi makan ikan je. Sebelah tasik ni ada tiger show. Kat sini redup je banyak pokok dan binatang. Macam mini zoo la kawasan ni.


Yang ramai ni sebab berkumpul tengok tiger show dengan binatang lain juga. Tapi macam lambat sangat so kami jalan tempat lain dulu. Asalnya nak beli hotdog1901 tu tapi lama gila nak kena tunggu terus cancel order. Yang lawak nya lepas kami dah round sampai keatas dan turun balik tengok orang yang order hotdog sekali dengan kami tu tak dapat-dapat pun lagi. Nasib baik cancel order sebab buang masa nak tunggu kan.


Si kenit tu dah lapar sebenar nya dan susu dia tak bawa pula. Merengek-rengek lapar tapi nak patah balik semata amik susu memang tak la. Jauhhhhh. Patut boleh ambik tram untuk pusing kawasan ni tapi tak jumpa pula tempat tram tu so jalan je la. Kena naik tram tempat pickup tram je dan tak boleh tahan tengah jalan. Penuh. Dari kawasan tiger show kami jalan je ikut suka hati sebab map pun takde so layan sendiri je ikut orang ramai. hahahhaha


So jumpa la tempat comel-comel dan cantik ni. Tempat orang cari perak pun ada. Siap ada demo cara cari perak lagi. Ada show juga tapi kami tak tunggu pun so sambung jalan lagi sampai kawasan badak sumbu tu.



Dekat sini ada banyak lagi binatang. Rusa ada hippopotamus pun ada weh. Besar gila. Mula-mula kami cari juga mana binatang tu kan, rupanya sedap berendam dalam air. Pertama kali tengok live badak air ni. hahahha Besar gila. 


Tengok saiz hippo tu dengan laki aku. Besar macam gajah saiz dia. Dalam ni aircond so sedap sikit lepak lama. Ada banyak lagi binatang lain dekat sini. Kawasan ni macam baru so jauh kedalam. So kalau korang pergi Lost World jangan lupa melawat si hippo ni sekali walaupun jauh nun kedalam. Dekat kawasan budak-budak camping dan aktivit extreme. Ada kawasan kayak juga. Best kan?


Ikut hati nak upload lagi gambar tapi banyak sangat-sangat gambar. Bukan sekadar water themepark. Memang patut la semua cerita excited kalau dah pergi Lost World of Tambun ni sebab memang best gila. Jangan fokus tempat air saja tau. Sila explore semua yang lain juga. Ada kawasan mainan, rumah hantu, gua batu kapur. Ni semua aku lalu je tak sempat main. hahahahha


Ni restoran dalam gua, tengok menu macam kedai kopitiam. Ramai juga orang dan unik kan. heheh. Boleh lepak sini minum kopi, roti bakar ke. gitu.



Kawasan themepark pun ada tapi aku tak main pun. Akak ni tengah mengandung kang terberanak main benda pusing-pusing tu karang. hahahaha Lepas puas pusing anak aku sambung berendam balik. Kawasan kanak-kanak makin ramai orang.






Gambar bawah ni la tempat menunggu nya. Redup dan selesa je kan. Tak panas langsung dan sejuk je duk bawah tu. Kalau takde kerusi meja boleh bawa tikar duk bawah tu. Boleh baring haa kalau ada tikar. Sebelah khemah dan kawasan budak ni ada kedai makan. Senang je la tak perlu jalan jauh cari makan. Pandai kan dia letak kedai semua dekat-dekat je.


Biasa balik dari water themepark ni kita penat kan tapi kali ni aku tak rasa penat sangat. Macam biasa je la. Mungkin sebab tempat redup kita tak berpeluh sangat so selesa je. Overall memang puas hati datang sini. Kalau diberi peluang memang nak repeat tapi nak cuba duduk hotel Lost World tu pula, kalau ada rezeki.





Actually dekat sini ada 2 tiket iaitu 1 untuk water themepark biasa yang dibuka sampai pukul 6pm dan 1 lagi untuk hot spring & spa yang bermula malam kalau tak silap. Ada pakej ambil 2 tiket ni dapat murah atau korang nak ambil salah satu. Cantik kata nya tapi kami ni ada budak kecil dan ramai. Tak larat nak stay sampai ke malam haa so ambil yang siang tu je. Petang tu kami balik la homestay. Sempat solat semua dekat homestay. Serius la best. Ada rezeki memang nak datang lagi.

3 comments

  1. Dah lama tak pergi lost world haritu dah plan nak dtg tp masa tak mengizinkan
    Last pergi pun tiga tahun lepas kot banyak dh perubahan

    Btw jemput join segmen http://www.airahsyahirah.com/2018/03/segmen-cari-bloglist-sebulan-by-airah.html?m=1

    ReplyDelete
  2. belum ada rezeki sampai disini lagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...