Melancong ke Korea - Day 6

Malam terakhir di Korea. Lewat juga balik malam tu sebab jalan area Gangnam dulu kan. Kalau ikut app ni suhu 9 tapi sebab berangin lagi la sejukkk.. Balik je bilik kemas la apa yang patut dan habiskan apa makanan yang boleh dihabiskan. hahhaha Aku beli 25kg je luggage untuk 3 beranak. Seksa juga tau nak pack. Kalau datang musim winter ni aku kena ambil 25kg sorang la kot. heheh ada hati tu nak datang winter.


Gambar sekitar depan jalan besar area Guethouse (Boa Travel House)




Susur pulang ke guesthouse. Mendaki sikit tapi macam takde pape pun. hehhe sepanjang lorong ni banyak kedai makan tapi non-halal la ye. Baju bundle pun ada tu haaa jual murah-murah. Kalau ikut flight aku petang dan memang sempat je nak jalan dulu sebelum ke airport tapi sebab kami nak ada budak kecil dan malas nak rushing-rushing sangat so kami decide lepak dekat area boa je. Pagi tu aku bawa anak breakfast dekat bawah dulu sambil jalan area boa tu je.



Apa yang aku agak regret adalah tak sempat langsung nak try makan dekat restoran boa ni walaupun aku memang stay sana. Tak kebetulan langsung dan aku tak aware pasal ada hari yang dorang tutup. Masa hari yang kami memang nak balik makan dekat boa rupanya tutup dan nasib baik ada makanan dalam bilik. hahah sedih gila okay. Now follow instagram boa terliur je sebab tak dapat nak rasa. Balik jalan-jalan biasa dah kenyang makan siap-siap dekat luar kan. Biasa la awal-awal memang makan dekat luar je lepas tu plan la last-last tu nak makan in-house sekali tutup, kecewa tak yah cerita laa. Orang lain pergi Korea duduk Itaewon pun datang Hongdae sebab nak makan dekat Restoran Halal Boa tau tapi kami ni? hahahahhahahha Ada lagi alasan untuk repeat Korea trip.


Aku rasa beruntung sangat dapat stay sini sebab nya sekarang Boa Travel House tak buka untuk short stay. Kena sewa lebih 10hari minimum baru boleh duduk Boa kalau tak silap bermula 2017. Boleh rujuk website Boa sendiri ye.


Sebelum checkout sempat la pergi rooftop dulu bergambar. Flight petang atau malam ni untung sebab tak perlu rushing. Kalau flight awal pagi pun kalut juga tau sebab anak tak cukup tidur lagi memang confirm meragam cantik sebab tu la masa boarding pun aku pilih biar la normal sikit. Tak menyusahkan diri walaupun kena bayar mahal sikit. Kalau flight pagi sure sebelum subuh dah kena ke airport. Sis tak rela cuma yang best duduk area Hongik ni train straight ke airport tak perlu nak transit. hehe.. Tergoda tak nak stay area sini juga? hehehhehe



Ni rupa underground subway Hongik Univ. Station. Masuk je sini just tengok signboard nak ke exit mana atau nak ke mana ye. Kami straight ke arah Incheon. Underground Hongik antara yang terbesar juga so makesure korang tau nak exit mana kalau dekat Hongik ni. hehehe. Seriously masa first day agak terkial dan teragak-agak juga tapi hari seterusnya korang automatik faham la. hahaha.


Incheon International Airport



Dari subway nak ke drop baggage counter ikut je signboard ye. Masa ni dah tak sabar nak check in luggage dan pergi makan. Lapar kot dah waktu lunch. Kami sampai agak awal sebenar nya, kalau ikut tiket international drop baggage dekat Malaysia kena 3 jam awal so kami ni pergi la awal sekali sampai ramai menunggu kaunter buka. Dekat Korea check in luggage 2 jam sebelum so tunggu je la. Dah la nampak ramai group berkelah makan sementara tunggu kaunter buka. Nyesal pula tak standby makanan apa-apa. Sempat beli air je, asyraf pun dah start cranky lapar dan mengantuk.




Balai ketibaan

Aku rasa dari subway nak ke kaunter check-in tu jauh gila pula. Masa sampai dulu kejap je, ke sebab masa tu tengah excited jalan 10km pun rilex je. hahahah Melampau kan. Walaupun kaunter belum buka tapi masing-masing dah standby beratur so kami follow je la. HAHA


 LOTTERIA KOREA




Settle check-in luggage terus cari makan. Dekat airport ada beberapa kedai yang boleh makan tapi lepas je check in kaunter aku nampak Lotteria ni kira jalan je la. Otak tak boleh berfungsi sangat sebab lapar. hahahahah Lotteria ni kedai fast food macam KFC atau McD tapi ni memang Korea punya. Under Lotter World kalau tak silap aku. Yang boleh di makan hanyalah Shrimp Burger. Ya Allah sedap gila shrimp burger ni.

Shrimp Burger - Lotteria

Anak aku masa ni dah susah nak dikawal sebab dia tak sabar nak naik kapal terbang dan agak cranky. Actually dah waktu tidur dia tapi aku taknak la tidur kan dia lagi, better tidurkan dia dalam flight je atleast tak sengsara sangat mak pak dia sepanjang 6jam flight. hahahhaha. Lapar punya pasal tadi terus aku lupa yang kami ni belum masuk kawasan imigresen pun lagi. wakakakaa slumber bawa air dan fries memang tak lepas la cerita nya. Fries dia bagi la bawa sebab for kids dan segala gajet dia minta keluarkan untuk scaninng. Bukan scan dalam beg tapi kena keluarkan. eh eh


Maka rugi la air disitu, masuk dalam lagi besar okay. Patut makan lepas imigresen kan tapi dah lapar sangat nampak kedai terus masuk je order. hahahha Kat dalam ni ada pertunjukan istiadat diraja dia tapi aku lalu je sebab kejar masa nak solat dulu.

SURAU INCHEON AIRPORT

Surau dalam incheon ni terletak dekat Gate 24. Ikut signboard macam dekat bawah ni lepas nampak kedai Sarang macam gambar atas ni. Lepas sikit dari kawasan imigresen je. Kalau dah cukup waktu better korang cari surau dulu dari pergi kearah boarding gate. Boarding gate kena naik transfer train tau bukan dekat kawasan ni. Jauh nak patah balik. Lagi satu surau incheon tak ada telekung so bawa la telekung sendiri atau pakai la pakaian yang tertutup. Surau campur laki dan perempuan. Ambil wuduk dekat toilet luar ye so pandai-pandai la. hehehhe







Kids Zone - nursery dalam Incheon Airport


Sepanjang dekat Korea memang aku dah tak bawa thermos air panas sebab dimana jua ada water filter tapi masa dekat airport ni terkial juga aku cari sebab budak tengah cranky kan. Susu dah habis sampai la aku jumpa nursery ni dalam Kids Zone. Ada tempat mainan sekali tapi anak aku memang tengah bad mood apa pun dia tak nak. Dia nak naik kapal terbang je. wuwuuwuw so aku masuk topup air panas je kat sini.


Ruang menunggu dah boleh jumpa rupa orang Malaysia dekat sini. hahahah Ada yang solat je dekat tepi-tepi tu mungkin tak tau surau kat mana kot. Dekat area sini boleh shopping macam-macam lagi tapi anak oooo anak sebab dia badmood mama dia pun kena bertenang menunggu. Tak dapat menghabiskan sisa won yang ada. Jimat banyak okay. Hahahahhaha



Budak cranky tak sabar masuk kapal terbang. Nahhh dia yang pertama masuk sebab dah mengamuk tak sabar kan dan kemudian terus dia tidur so mama dia paling happy. Makanan sampai boleh makan setenang nya. hahahahhaha Tapi kannnnnn dia tidur tak lama pun. Siang kan..... dalam 2 jam macam tu je dan selebih nya bergerak aktif dalam kapal terbang tu. Maaf kan kami ye untuk sesiapa yang sama flight dengan kami masa tu. Lebih kurang 4 jam melayan dia taknak tidur..


Apa pun this is the best trip ever. Dah plan for next trip pula so Ahmad Asyraf cuba beri kerjasama next time please. Overall we had so much fun together. Happy family gitu despite all the dramas ye tapi itu adalah normal. Sekian cerita Korea kami.


Itinerary Korea


Melancong ke Korea Day 1
Melancong ke Korea Day 2
Melancong ke Korea Day 3
Melancong ke Korea Day 4
Melancong ke Korea Day 5
Melancong ke Korea Day 6

Apps - Cara guna apps subway

1 comment

  1. Eee... seronoknye dah pegi korea.... bertahun teringin sgt nak g korea.... bile la rezekinye ni... huhuhu ~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...