Free data roaming dengan U Mobile

Sila ambil tahu wahai semua pengguna U Mobile yang kaki travel tu bahawasanya korang boleh dapat FREE Data Roaming untuk 12 Negara. Jadilah pengguna yang bijak, mana yang boleh jimat kita jimat gitu. Tak perlu la nak sewa portable wifi ke atau beli sim data lain ke. Jangan jadi macam aku ni haaa sebab baru tau. hahahhaha.. Kalau ikut list 12 Negara ni Korea pun salah satu negara yang boleh free data roaming weh tapi yang sadisnya masa pergi Korea tempoh hari kami booking juga portable wifi lain sebab aku belum tau pasal ni. hahahha Apa yang aku tau guna umobile sebab nak unlimited streaming. hahahha

Korea trip : Pakej Percutian Bajet - Melancong ke Korea




Data Backpack 


U Mobile menawarkan free data roaming dengan Data Backpack ke 12 Negara iaitu Australia, Bangladesh, Cambodia, Hong Kong, India, Indonesia, Laos, Philippines, Singapore, South Korea, Taiwan dan juga Thailand.




U Mobile Free Data Streaming


Aku nak share je pengalaman aku guna free data streaming U Mobile ni. Actually aku tau pun sebab nak pergi Singapore tempoh hari. Aku masuk Singapore sehari je so masa tu jenuh fikir nak buat macam mana untuk stay connected ni. Kalau nak sewa portable wifi macam biasa tu leceh pula nak collect semua dan  survey juga simcard Singapore. Last-last baru rasa nak check U Mobile untuk subscribe roaming sehari berapa sekali nah kauuu FREE!! hahahha maaf kan saya jakun kejap sebab tak kisah sebelum ni.


Disebabkan ni kali pertama aku subscribe international roaming so rasa nervous tu ada la juga takut bill melambung ke apa kan sebab kawan aku pernah ada kes on roaming oversea then balik beribu bil tapi itu aku tak pasti la kenapa. Mungkin salah dia sendiri kan so to be safe then sorry aku call dulu customer service U Mobile minta advice untuk activate international roaming semua ni. hahah lawak la sebab baru pertama kali kan.


Cara aktif kan international data roaming -  Hanya telefon customer service dan bagi tau nak aktive kan data roaming nanti ikut je arahan dan siap.


Kalau dah active kan tu kira settle la dan masa dah sampai negara tu baru on roaming tau. Jangan on awal-awal dan tanya aku kenapa sebab aku hanya on bila sampai Singapore. Kalau pengguna iphone boleh refer macam gambar dibawah.

Cara on roaming dekat handphone


1) Setting - Cellular -  Cellular data options - Roaming on


2) Setting - Carrier - pilih carrier operator mengikut destinasi sebagai contoh Singapore dan operator U Mobile dekat sana menggunakan StarHub so pilih StarHub atau selain StarHub boleh guna SGP05 atau 525-05, mana-mana yang dapat signal la. Jangan gatal pilih yang lain pula just follow je arahan. Refer balik table list operator 12 negara diatas.


3) Siap! hehehhe boleh online dengan gembira tapi ini untuk postpaid tau, untuk prepaid aku tak pasti la pula tapi apa pun tak salah kalau check dulu.



Next nak pergi Hong Kong kalau ada rezeki boleh la kita try free data roaming dekat sana pula. Jimat kan tak payah bazir beli simkad atau sewa wifi. hehehe. Pergi Indonesia dan Thailand dulu pun aku beli simcard data sebab tak check postpaid sendiri. Selalu orang cakap roamig mahal tu langsung tak peduli sekarang haaa mohon celik sikit. hahahahhahaha


Moga bermanfaat. Selain U Mobile pun mungkin korang boleh check dengan operator masing-masing. Pesanan ikhlas dari athirahassin.

3 comments

  1. Info yang sangat berguna untuk saya apabila dah keja travelling

    ReplyDelete
  2. Waahh.. menarik info ni. rasanya ramai pun tak tahu lagi..

    ReplyDelete
  3. Nice sharing Athirah..
    Next time bila LZ nak buat boleh refer entri ini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...