Pengalaman di wad hospital

Ni sambungan dari post sebelum ni gagal vbac dan trauma hospital. Lepas skin to skin sekejap then nurse bawa baby cuci dan masa ni baru aku rasa penat nak tidur je. Masa tengah jahit tu aku pejam mata tidur kejap sebelum ditolak ke wad.

Di wad hospital - urusan diri dan baby sendiri

Ini la part paling sedih sepanjang dekat hospital tu. Dah la menunggu seharian dah sebelum kena operate lepas tu dekat wad memang tak boleh ada orang teman. Maka semua urusan diri dan baby pandai-pandai la. Aku lupa survey pasal ni sebab yang aku target adalah VBAC tapi belum rezeki juga so cser pun okay janji selamat dua-dua kan. Aku baru tau pasal wad hospital tak boleh ada teman ni masa dekat high risk tu. Terus sedih dan aku rasa sebab tu juga la aku rasa segala proses jadi tak selesa sebab moral down kan. Terus la rasa sakit la perit la trauma la dekat hospital sebab terus rasa tak selesa. Emosi betul orang beranak ni kan tapi itu la realiti. Siapa yang pernah rasa je faham. Masa nak beranak kan Asyraf dulu memang husband sentiasa ada disisi dan even masa dalam OT pun dia boleh masuk.


Nak dekat pukul 12 malam juga la aku masuk wad biasa tu dan baby pun di bawa bersama. Masa ni still ada kesan bius so aku tak boleh bergerak pun lagi. Nurse bagi husband masuk sekejap jumpa dan bagi barang. Baby tidur je sebab baru keluar lagi kan dia macam diam senyap je. Aku dah doa banyak-banyak jangan la dia nangis ke apa. Rupanya malam tu nurse ambil tolong jaga kan baby dulu sebab nak bagi mak rehat. Nurse datang bagi masa nak menyusu saja. Alhamdulilah.


Tak kenal anak

 



Husband aku cerita dia terkejut tak tau nak azankan baby mana. Ini kelakar korang, serius! Tempat menunggu tu nurse bawa keluar 2 baby dalam baby cot. Sorang baby chinese look dan sorang lagi indian look. Dekat tempat menunggu tu ada husband dan seorang chinese. Dia teragak nak ambil baby mana azankan sebab dia cakap nurse tu tolak keluar suruh tengok baby. Real situation aku tak pasti la macam mana kan sebab dah malam pun. Husband takut tersalah azankan baby maka dia biar je sampai nurse tu datang balik. hahahahhahahahahaha Bila nurse datang dia cakap dia tak pasti mana anak dia. Ini lawak. Nurse ambil check tag baru bagi dia azan. hahahha..  Adik lagi sepet dan lagi cerah dari abang Asyraf sampai abah pun risau tersalah anak. hehe




Hari kedua di hospital - 14/3/2018




Tepat pukul 5pagi nurse datang kejut suruh minum air sebab dah lebih 6jam kan puasa untuk operation tu. Baby nurse dah letak sebelah ibu dah masa ni so pandai-pandai la uruskan anak nak berak ke kencing ke menyusu. Seriously pagi tu dah mula hilang bius so dah boleh slow-slow gerak. Seingat aku dulu lama tau bius aku sebab tukar pad pun nurse kena buat. Tapi yang kali ni semua sendiri. Bila bius habis faham-faham la rasa sakit tu tapi ada la jadual ubat kena makan sepanjang dekat sana dan kena cucuk heparin juga. Nurse tak bagi duduk je atas katil so kena bergerak nak bagi darah berjalan lancar. Hari pertama lepas bius habis memang muntah je la kerja aku. Itu standard la lepas operate tapi stress tau. Seksa gila. Azab orang beranak normal masa nak beranak kan. Azab beranak cser ni dari mula sampai habis la kan. Husband datang masa waktu melawat je dan Asyraf terpaksa tinggal dekat rumah mentua sementara.


(gambar kenangan)

Masa Asyraf aku tak merasa tengok najis pertama baby. Selalu aku dengar je orang cerita najis baby warna hitam. Pastu dorang cerita melekit macam gam so kali ni aku dapat alami sendiri, mungkin pada orang lain macam rasa tak perlu cerita dan tunjuk kan tapi aku nak share juga sebab aku excited boleh tengok sendiri hahah macam tak pernah ber anak pula kan. Asyraf dulu semua nursery hospital uruskan. Pengalaman tu yang mahal tau. (mak positif)



Hari ketiga di hospital - 15/3/18



Beranak cser ni paling kurang memang kena 3 hari 2 malam dekat hospital untuk monitor. Ibu sihat dan baby okay semua boleh la discharge. Baby dan ibu kena boleh berak dan kencing dulu baru boleh balik tau. Walaupun 3 hari aku rasa macam 3 minggu. Asyik tanya je bila aku boleh keluar kan. Lepas tu pagi tu masa doktor buat round ward dan bagitau boleh discharge tuhan je tau betapa excited nya haaa. Tak sabar gila nak balik sebab sedih la duk sorang-sorang kat wad. Yang beranak normal cepat je haa aku tengok boleh balik. huhuhu

Doktor cakap bila dah dapat ubat boleh discharge so aku tunggu la dan aku ingat tengahari tu terus boleh keluar dah sekali petang baru aku discharge tau. Lama gila proses dan berapa kali aku duk ulang tanya. Bila tanya nurse kata tunggu doktor bagi ubat sudah nya dorang lupa ubat aku. Patut laaa lama gila dari tengahari sampai ke petang. Itu pun lepas aku terus complain dekat nurse pakai baju biru lama sangat tunggu ubat dari pagi sebab bila tanya nurse baju putih suruh tunggu doktor kan.


Bil hospital kerajaan - kos beranak caesarean



Laki aku terkejut tengok bil. Alhamdulilah kerajaan Malaysia bagi subsidi. Walaupun awalnya aku rasa terseksa juga dan emosi tapi hanya untuk 3 hari. Alhamdulilah for everything. Apa lagi kau nak complain ha. Mungkin sebab post ni aku karang selepas anak 7.5 bulan. Cuba masa lepas beranak tu terus aku update aku rasa posting aku mesti berbaur emosi yang stress. Bila ingat balik memang aku trauma nak beranak dekat hospital kerajaan. kah kah kah. Masa aku cerita dekat kawan-kawan aku pun sampai dorang pun rasa macam teruk gila but well "time will heal" like today aku okay je masa mengarang ni sebab dah lama lepas kan. Trauma ni datang bila mana kita tak berapa nak prepare kan. Tapi lepas ni kalau ada rezeki lagi mungkin kena set mental fizikal so everything will be fine insyaALLAH.

Aku dah ada 2 pengalaman bersalin cser di swasta dan juga kerajaan. Both ada pro and con. Terpulang pada masing-masing. Personally dekat swasta lebih pada keselesaan sebab bab sakit tu sama cuma bila dilayan dan tempat selesa automatik manusia ni rasa rilex. Psychology semua nya. So kena la menabung dari sekarang kot kalau lepas ni nak beranak dekat swasta. Kalau dekat kerajaan pula, obviously pesakit ramai. Nak selesa kena willing to pay more. Simple.

1 comment

  1. waahhh! banyaknya entry baru. park sini jap, nanti datang lagi continue baca.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...