Anak kedua ni memang aku target untuk cuba VBAC (Vaginal Birth After Caesarean) sebab anak pertama memang dah kena cser masa kandungan 36week 6days sebab breech dan air kurang so yang kedua aku follow up dan awalnya baby pusing elok semua tu aku ingat ada harapan normal delivery tapi bila dah dekat 35week macam tu dia breech sama macam abang dia dulu so agak terkilan juga la walaupun ada yang cakap dengan aku kenapa aku nak juga beranak normal sedangkan ramai berharap nak operate je dan ada yang sanggup kumpul duit semata nak cser dekat private. haa gitu kau sekali aku dapat pertanyaan. Tapi biasa la manusia ni bila tak boleh tu yang nak sangat kan. Aku study dan baca pengalaman orang semua yang baby breech biasa dekat kandungan 39week akan pusing normal balik so sebab tu juga aku target untuk refer hospital kerajaan kali ni dengan harapan untuk bagi peluang baby pusing normal balik disamping aku cuba juga segala exercise dekat rumah.
Yes tepat jangkaan aku bila refer hospital kerajaan ni doc bagi tempoh masa untuk baby pusing. Kalau pergi private sure advice untuk cser je. Tapi yang agak sedih masa refer dekat hospital kerajaan pun masa scan tengok baby still breech dan air ketuban dah border line so doc tu cakap bagi tempoh seminggu untuk baby pusing dan masa tu baru nak masuk 37week. Kalau ikut kes anak pertama aku dah diminta untuk serah diri je sebab bahaya air ketuban sikit semua. Masa ni aku dah redha je kalau kena cser yang penting dua-dua selamat.
Check in Hospital
Dipendekkan cerita 13/3/2018, selasa tu masa kandungan 37week 3days masa solat subuh aku rasa macam ada air keluar tapi bukan kencing dan nasib baik dah pakai pad kan. hahhahaha Okay aku tak pernah rasa contraction dan air ketuban pecah sebelum ni tapi hasil pembacaan tanda-tanda air ketuban keluar memang rasa macam kencing gitu dan tiba-tiba. Tapi setahu aku air ketuban warna cerah jernih je tapi ni macam kuning sikit so aku google la kenapa. Part ni aku nervous sebab malam tu memang aku tak boleh tidur sangat pun. Bila baca kata mungkin baby dah berak laa lemas laa sebab warna kotor tak jernih kan terus whatsapp laki aku dan dia pun sama gelabah dah. hahahahha Tapi aku cuba rilex dan siapkan Asyraf sekolah semua dan balik termenung kejap. Masa ni aku dah start ambil cuti pun. Kebetulan hari tu la semua jalan jem teruk weh sampai aku stop tepi jalan termenung lagipun aku tak rasa contraction. Masa ni fikir sama ada patut pergi check ke atau biar je sebab next appoinment hari Jumaat dalam 3 hari je lagi. Tapi sebab baca tanda air ketuban warna kuning tu tak bagus maka aku pergi juga hospital tapi singgah rumah mentua dulu dan bapak mentua aku tolong hantar masa ni sebab laki aku kerja.
Pengalaman di wad high risk
Sampai hospital lebih kurang pukul 10.30pagi kalau tak silap. Aku dah cuak juga kalau kena beranak hari tu sebab tak prepare kan. Apa ni beranak pun boleh tiba-tiba. Tak suka gila weh. huhuhuh Lepas dah check in terus kena masuk dalam dan nurse nak tengok warna air ketuban dekat pad tu. Lepas dorang tengok tu terus aku kena tahan dekat wad high risk so faham-faham laa dan bermula la kisah yang aku tak sangka. huaaaaaaaaaaaaa.... Pengalaman bersalin setiap orang dan setiap anak berbeza. Aku ingat aku dah cukup pengalaman beranak dulu dah rupa nya berbeza weh beza. hahahah.
Bila kena tahan tu terus kena salin baju hospital dan ujian kencing lepas tu kena start CTG untuk check baby. Kena masuk jarum untuk drip dan tak silap aku dekat 4 botol juga drip ke lebih sepanjang dekat sana. Terus doc datang cakap dekat aku
"puan kena cser hari ni juga"
Macam tak tau nak rasa apa, terus whatsapp laki cakap kena cser so dia pun siap-siap nak datang hospital tapi kena ambil anak semua dulu la kan. Before tu kena soal last makan bila semua sebab kena puasa atleast 6jam sebelum operate. Pagi tu aku sempat makan sikit je weh sebab risau kan tapi tu pun dia kira makan so agak menyesal tak makan beria pagi tu. hahahha. Last makan 10pagi so schedule cser aku patut pukul 4 petang la.
Kena seluk check "jalan"
Prosedur biasa kata nya sebelum cser dan walaupun cser still kena check jalan berapa cm. Wehhhh kena seluk juga hidup-hidup. Bila check baru 1cm. Ni part aku rasa nak tendang orang tapi nak buat macam mana dah kena tahan dan terpaksa la. Macam mana pun kena keluarkan baby juga kan. hahhaha. Tak tau nak sedih ke stress ke macam mana. CTG tunjuk ada contraction tapi aku tak rasa pun lepas tu kena check air ketuban pula so doc masukan corong muncung itik macam buat pap smear tu. arghh ni benci gila sebab aku pernah cerita kan pap smear tu sakit gila tapi terpaksa. Doc check memang air ketuban leaking then dia seluk pula untuk check bukaan berapa. Ini aku tak sukaaaaaaaaaaa.. tapi merasa juga la kena check jalan tu walaupun beranak cser. Tak tau kenapa sepanjang dekat sana rasa macam kena seksa dan terus rasa trauma nak beranak. huhuhuh..
Masa masuk jarum untuk drip tu tak silap aku budak HO, aku faham dia nak belajar tapi sakit nya dia cucuk. Kejung je sebelah tangan aku yang kena cucuk tu sebab bila gerak sikit sakit gila. Aku pernah kena drip juga sebelum tu tapi tak sakit macam ni, bila dikenang aku ada adik juga tengah HO dan demi bagi dorang pengalaman aku redha je la walaupun terseksa. hahahahah.
Aku ingatkan dah cucuk drip dan kena seluk bawah tu dah terseksa dah sekali ada satu lagi aku kena. Masuk kantung kencing. Ya rabbi sakit perit sangat weh, macam mengada kan tapi aku ter compare dengan pengalaman sudah. Cser juga tapi kenapa cucuk drip tak sakit, tak kena seluk bawah dan tak rasa masuk tiub kencing. hahahah.. Nak nangis je rasa sebab husband pun tak boleh masuk teman kan. Entah la aku rasa teruk gila macam kena seksa je ha.
Patut cser pukul 4 petang so drip, kantung kencing semua dorang masuk siap-siap la. Sekali... tahu tak last sekali aku masuk operation room pukul berapa? Pukul 10 malam tau dari 10 pagi. Sepatutnya pukul 4 petang jadual aku operate tapi sebab ramai yang kena emergency masa tu dan aku dalam kategori masih dalam kawalan so aku redha je la. Tapi sakit sangat menunggu, sakit bawah dan tangan. Serius weh lenguh badan sebab 3 ke 4 kali tukar katil. Kena bawa sendiri kantung kencing drip tu bila tukar katil. Nurse tak tolong pun, dia suruh je aku turun tukar katil. Bila gerak rasa ngilu sangat tiub kencing tu. Tak selesa sangat-sangat. Pastu lama bukan main aku kena bersabar dan tahan ketidakselesaan itu. Sedih weh ingat balik sebab aku tak ready mental fizikal sebab tiba-tiba kan.
Bila nak dekat pukul 4 okay nurse datang suruh tukar katil, naik katil untuk operation. Sekali dapat call operation room (OT) penuh. Okay tunggu lagi dan lepas tu pun OT penuh so nurse suruh turun balik katil lain. Dalam pukul 6 dorang suruh tukar lagi katil lepas tu eh tak jadi. Tunggu punya tunggu punya tunggu dan aku dah give up dan malas nak layan. Nak tidur memang tak boleh la sebab sakit ngilu dan perit. Memang rasa nak nangis tapi aku tak nangis la. Maybe tu dugaan aku.
Pengalaman operation 10 malam
Tepat jam pukul 10 malam baru aku dibawa ke OT. Aku sangka kan dekat rupanya jauh. Keluar masuk lif lepastu 2 kali tukar katil. hahahah Dah la malam lalu kaki lima hospital tu. Nurse tu pula duk sembang pasal hantu la gangguan la sesama dorang like macam dah lali ha. Dorang ni sedar tak aku ada dekat situ. Bengang je aku dengar. Dah la lalu kawasan dorang cerita tu. Aku siap cuba tak dengar dorang sembang. Geram gila. hahhaha Sebelum nak tolak ke OT tu nurse akan inform husband untuk ke tempat operate juga which is aku pun tak pasti dekat mana. hahaOh lupa sebelum ke OT tu aku kena makan ubat tahan muntah ke apa entah. Nurse cakap kena minum sebelum operate so telan je la. Pahit gila ubat nya. Masuk je OT, gila sejuk. Masa nak cucuk epidural ke ubat bius tu. Aku mengigil dan sepatutnya tak boleh gerak. Serius masa nak operate tu aku jadi tak sabar. Cepat la bius cepat la bedah aku sebab aku dah penat menunggu dengan tak tahan sejuk nya lagi. Paling tidak bila bius dah tak rasa sejuk.
Masa nak bius dorang tanya nak bius half ke full sebab ada orang memang tak boleh half sebab ada rasa sakit ke macam mana entah so kena full. Macam aku minta half je sebab masa Asyraf dulu pun aku bius half okay so proceed je. Bahagian perut ke atas ditutup habis weh. Aku tak pasti kenapa sebab dulu aku boleh je tengok sekeliling OT tu masa kena operate tapi masa ni semua kena tutup lepastu dia bagi haba panas je lalu masuk so aku jadi rilex boleh rehat sambil perut dikerjakan. hahahah
Lepas bius operate tu kena sambung puasa lagi 6jam. Kalau tak silap dekat 4 botol drip juga sepanjang dekat sana ke lebih.
Tepat 10.38 malam lahir la si kecil ni dengan berat 2.87kg. Nurse bawa tunjuk dekat aku. Masa keluar sebiji muka Asyraf masa baby tapi sedih pula sebab husband tak boleh masuk. Dekat private dulu laki aku ada sepanjang operation. So boleh ambil gambar baby fresh lagi. Nurse bagi kiss dan skin to skin sekejap sebelum bawa baby cuci.
Panjang pula cerita aku ni. Okay aku sambung next part lah. Ada cerita kelakar juga. Post sebagai kenangan.
Pengalaman yang tak dapat dibayangkan.. Seram pulak cik ash baca pengalamab ahirah ni. Harap kalau mengandung dipermudahkan gak urusan sehingga bersalin
ReplyDeleteim cryingggg
ReplyDeleteTetiba terkenang diri sendiri. Anak kedua saya pun gagal vbac. Anak ketiga dah terasa contraction kebetulan masuk labour room pada tarikh plan untuk cesar. Memang 3 kali cesar lah jadinya. sobs.
ReplyDeleteaduh.. takutnya..
ReplyDeleteSis2 semua yg tak berjaya vbac jgn sedih. Cri elmu gentle birth. Alhamdulillah sy berjaya vbac ank ke2 janji kite ade elmu & tak serah diri bulat2 pd doc utk decide semuanye melainkan ade risiko. Sy mse ank ke2 mmg doc dh buat appointment utk induce hnya sbb ank 1st czer. Thats not ok. So sy tangguh appontmnt. Bile dh sakit bru ke hosp so ni induce. Alhamdulillah dpt normal. Bce tntnelmu bersalin dgn doc yg pro gentle birth. Ade yg procedure yg kite boleh elak sbb tak berisiko. Cri fb Dr Tan Ee Ping, beliau mmg sgt2 elakkn unnecessary czer. Ade juga doc yg skit2 nk czer. (kalau kite tkde elmu, kite akn ikut je btul tak). Kite kena ade elmu utk bby kite sndri bru doc tak boleh pkse kite for unnecessary treatment. In sha Allah.
ReplyDelete