Pos barang ke luar negara guna Flexipack

Cara pos barang ke luar negara


Kebanyakkan orang kenal poslaju kan. Nak pos barang je yang pertama sekali korang mesti fikir poslaju walaupun ada je servis lain macam citylink ke skynet ke tapi ramai orang kenal poslaju termasuk lah aku ni. Kalau poslaju yang biasa ada banyak jenis kan tapi aku biasa guna poslaju prabayar atau kalau pek prabayar habis baru guna yang timbang ikut berat tu. Dua-dua sama laju sepatutnya. Untuk poslaju domestik ni aku tak perlu cerita pun sebab aku nak share pos barang ke luar negara guna flexipack. 


Poslaju Flexipack


Untuk pos barang ke luar negara boleh guna timbang macam biasa atau guna flexipack yang konsepnya sama dengan poslaju prabayar. Serius tak perlu takut sebab senang je. Mana la tau korang ada customer dari luar ke atau memang nak kirim apa-apa dekat family dekat luar negara ke. Post ni aku share pengalaman aku sendiri. Mulanya terkial-kial la juga sebab takut banyak prosedur ke apa tapi rupa nya senang sangat.

Sebelum tu aku nak ingatkan yang penjualan sampul flexipack ni hanya ada dekat poslaju utama atau yang terpilih sahaja. Sebelum pergi baik korang call dulu cawangan yang berdekatan. Tanya dulu mana yang ada stok flexipack. Macam aku, masa aku call poslaju cawangan dekat rumah, mereka bagi tau yang kena refer ke poslaju utama iaitu paling dekat dengan aku adalah poslaju shah alam. So aku ke sana terus la. Aku share step nya ye. Boleh tanya dekat kaunter pertanyaan kalau tak faham.

Cara guna flexipack

1) Pastikan kod warna negara yang nak kirim tu dulu. Rujuk gambar diatas (aku ambil dari page poslaju Malaysia). Flexipack terbahagi kepada 2 zon. Masa ni aku nak pos ke Abu Dhabi, UAE so kira zon 2 iaitu color biru.



2) Pilih sampul ikut berat barang, macam barang aku tu ringan je so aku ambil saiz XS dan harga dalam RM8 je. Murah kan sebab aku ingat pos ke luar ni mahal. hehehe

3) Tracking number - ini terpulang nak tambah ke tak tapi aku ambil sebab senang nak trace barang nanti. Tambahan untuk tracking number dalam RM4.60 je.


4) Isi macam biasa dan pastikan betul. Pegawai pos tu cakap poskod penerima tu paling penting tapi UAE ni memang tak ada postcode weh so nak buat macam mana. Aku isi alamat yang di bagi je la. hahhaha.. Tapi alhamdulilah barang sampai dengan selamat. Yang penting isi betul-betul.



5) Isi juga bahagian custom declaration ni dan siap. Handover dekat kaunter lepas dah siap isi ye. Simpan tracking number sahaja untuk update.


Senang kan dan harap membantu. Terima kasih yang sudi baca.

9 comments

  1. salam, nk tanya..harga pos ke uae rm8+rm4.90 tu je ke? xde additional dh ye?

    ReplyDelete
  2. Salam kak nak tanye kalau nak post dari Malaysia ke Amerika Syarikat bokeh kee.. ☺️

    ReplyDelete
  3. rasa nya boleh.. masuk kategori negara-negara lain la kot. boleh tanya dekat kaunter

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian sangat membantu

    ReplyDelete
  5. Boleh tahu ke berapa lama barang sampai ke UAE sana?

    ReplyDelete
  6. Kotak Flexipack 2Kg kecik sgt bg saya. Tak muat kalau barang besar skit. Kena guna kotak sendiri dan pos mahal skit.

    ReplyDelete
  7. kalau barang guna kotak sndiri blh ke? sbb brg yg nk post byk dan lbh 2kg.. around 4kg camtu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...