Assalammualaikum
Just nak share resipi pavlova, gambar pavlova pun malas nak watermark sebab semua pavlova macam lebih kurang je..
Bahan untuk pavlova base (meringue);
4 biji telur gred A (putih telur sahaja)
200g gula castor // 3/4 cawan (ikut tahap kesukaan manis masing2)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar tepung jagung
Bahan untuk topping;
240ml // 1 cawan whipping cream (ramai orang guna jenama rich's)
buah-buahan masam (kiwi/strawberry/anggur)
TIPS;
1) makesure takde sikit pun kuning telur/bendasing dekat telur putih tu
2) mixer pastikan bersih dan kering dari minyak/air sepenuhnya sebab nanti "meringue" tak menjadi
3) jangan campur telur putih dan gula castor dari awal (serentak)
4) esen vanilla untuk buat adunan wangi dan hilangkan bau hanyir
Barang yang perlu ada;
1) mixer (better stand mixer)
2) bowl besar (jika guna hand mixer)
3) spatula
4) loyang
5) kertas minyak untuk baking (ni penting untuk pavlova)
Cara-cara meringue;
1) masukan telur putih ke dalam mixer dan pukul sampai berbuih
2) setelah telur putih berbuih, masukan gula castor sedikit demi sedikit hingga habis dalam keadaan mixer masih berputar
3) putar/pukul sehingga adunan nampak berkrim dan berkilat
4) masukan esen vanilla
5) putar/pukul sehingga adunan bertanduk (bila terbalikan bowl, adunan tak kan jatuh) macam dah tepu tu la..
6) lepas tu dah boleh stop kan mixer dan masukan tepung jagung dan cuka.. kacau guna spatula je.. jangan kacau lama sangat..
7) alas loyang dengan kertas minyak
8) letakkan adunan tadi bentuk bulatan atas kertas minyak dan tebalkan sikit kawasan tengah kalau nak rasa marshamallow tu banyak, ikut saiz yang kita nak.. ni agak2 je nampak bulat.. ada orang siap buat bulatan dengan pensel tapi tak payah pun tak pe.. agak2 je bentuk bulat.. memang tepek camtu je atas kertas minyak.. (ni memang ikut style masing2, nak 2 layer buat la 2 base)
9) panaskan oven suhu 130-150 celsius.. bakar selama 60minit sehingga pavlova bertukar perang.. tapi bergantung pada oven masing2.. masa guna oven baru hari tu lain jadinya.. awal2 dah hangus sebab gula kan.. nak selamat better guna suhu rendah tapi bakar lama...
10) dah masak tu jangan terus kuar kan dari oven, biar sejuk dalam oven untuk elakkan pavlova crack atau pecah.. sambil tu boleh sediakan topping
Cara-cara untuk topping;
1) makesure whipping cream sejuk, baru keluar dari peti sejuk untuk putar..
2) esen vanilla 1sudu kecil (aku tambah)
3) gula kastor/gula icing 1sudu kecil (aku tambah)
4) putar dengan kelajuan tinggi sampai dia gebu dan bertanduk tapi jangan terlalu lembut atau terlalu kental
Bila meringue/base pavlova dah sejuk, kuarkan dan boleh start hias.. Letak topping cantik2.. Guna piping ok kot nampak kemas tapi aku guna spatula biasa je letak topping atas base pavlova.. Dan hias dengan buah-buahan.. Pastu simpan dalam peti baru sedap makan sejuk2.. Kalau nak ngap terus pun boleh tarak hal..
Sekian terima kasih
No comments