Tips dan cara putihkan kain putih yang kuning dan lama

Sekarang dah 7 bulan mengandung so baru nak gali balik baju Asyraf masa baby mana yang boleh dipakai. Paling penting sekali barut baby sebab aku sayang barut Asyraf dulu. Itu turun temurun dari zaman aku adik beradik kot. Mama pass dekat aku so memang tahan laaaa. Ada beli juga tambahan baru masa Asyraf dulu tapi tak boleh guna lama pun dan tak tahan pun. Tali dah tercabut la berbulu laaa.. So yang turun temurun ni juga la yang berjasa sampai laaa. Sementara larat ni aku cari siap dan asing kan mana yang nak guna dulu tapi bila tengok keadaan baju putih dan barut ni macam kain buruk dah. Kalau yang tak cukup tu baru beli tambah sebab elakkan pembaziran. Guna je mana yang boleh.



Bila tengok keadaan barut baby dan kain putih ni rasa macam hurmmm nak buang je sebab macam tak ada harapan je nak cerahkan balik tapi sebab ada sentimental value so sis cuba juga laaaa.


Tips dan cara untuk putihkan kain


1) Rendam air panas dan hirisan lemon
Aku rendam semua tu dengan air panas beserta beberapa titisan essential oil lemon atau boleh guna hirisan lemon. Ni sebab aku google kata boleh tapi tak berjaya pun cuma bau kain lama ni dah wangi la.. Mungkin kalau kain yang baru kena kotoran dan menguning berkesan tapi sebab kain ni hasil peraman 4tahun hoiiii so susah la.

2) Rendam dengan vanish
Vanish pun aku cuba sebab orang kata bagus so aku biar lama juga rendaman dengan vanish tapi nampak berubah sikit je tapi kotoran macam karat tu still there. Okay stress la juga sebab macam warna masih ada kuning juga.

3) Clorox
Ni option last aku guna sebab ramai tak suggest guna clorox takut kulit baby sensitif ke apa kan tapi aku rasa okay je sebab lepas tu cuci la balik banyak kali dengan pencuci kain baby biasa. Ini paling berkesan weh.. Aku rendam semalaman dengan clorox dan taraaaa putih bersih semua balik weh. Serius!!! Tak guna la semua lemon ke vanish ke apa. Clorox win untuk kain putih!!! hahahahha.. Nila aku tak cuba sebab all this while aku paling gagal guna nila dengan sekata. hahahahah





Tengok sarung tangan baby tu. Dari warna kuning terus putih haaa yang tompok karat pun tak ada. Semua putih like new. hahahhahahha Tapi lepas tu berapa kali aku bilas dengan pencuci baju baby tu sampai hilang bau clorox. Fuhhh legaaaa bab barut baby. Aku baru start cuci baju putih je. Yang lain belum lagi, kita cuci sikit-sikit la kan. Sakit pinggang nak cuci semua sekali sebab kena cuci tangan baju lama-lama ni. Takut tak perasan kalau ada kotoran ke apa kan.

16 comments

  1. Memang clorox win! Hehe.. cara lama juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb baju kain baby kan so igt ada cara lain.. so no choice laaa

      Delete
  2. Hahahahaaaa selalu guna clorox je. Memang putih betul jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb baju baby.. kl baju lain tu mmg clorox je..

      Delete
  3. guna clorox memang berkesan. suka pakai clorox kalau nak hilangkan kesan degil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju putih senang la clorox tp baju color lain ni kena fikir laa cmne plak nak bersihkan.. heheheh

      Delete
  4. tQ for the tips. kebetulan saya pun tercari-cari tips nak putihkan pakaian. banyak pakaian lama especially baju baby nak kena putihkan semula sebab nak pakai. huhu

    ReplyDelete
  5. yang first tu belum pernah baut lagi..pergh rajin..kita pun baru selongkar fariza punya..dah siap masuk beg..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fariza x gap sgt dengan baby.. mesti byk lagi yg ok tu.. jimat mana boleh kan

      Delete
  6. insyallah..nak cuba pulak yg no 1. mmg byk stok lemon dalam peti ni

    ReplyDelete
  7. Haaa ingat dulu mmg wat yg lemon tu mmg jadik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kotoran baru maybe jadi.. kotoran lama tu ssh skit kot

      Delete
  8. Aku tengok pic yang first tuh kan..semua kuning. Kalau aku pun rasa nak buang jugak. Tapi nak beli balik macam rugi jer pulak dengan barang sekarang pun semua dah mahal. Tengok gambar last..fuyyooooo~~~ terbaik lah. Putih melepak. Memang ternyata clorox lebih berkesan! HAHAH~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau biasa nampak buruk tu aku buang je tp sbb fikir ni turun temurun dan kualiti elok tu yang syg.. nasib la aku fikir panjang juga dan cuba dulu cuci.. alhamdulilah menjadi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...