Water Rafting Ulu Slim River Perak
Water rafting ni dekat Ulu Slim Perak. Gerak awal pagi dari rumah konvoi ramai-ramai ke sana. Team kereta aku sampai awal so dorang lepak kejap dekat warung yang dekat dengan tempat berkumpul. Dekat situ jumpa la orang kampung yang kira guide juga aktiviti lasak dekat area kampung tu. Rupa nya banyak lagi aktiviti lain yang ada dekat situ selain water rafting. Survivor masuk hutan berhari-hari pun ada hanya berbekal kan 1 pisau je. Pakcik tu la yang biasa bawa orang masuk hutan. Masa ni la aku tanya pakcik tu. Selamat ke musim hujan main water rafting ni. Dia kata memang water rafting paling best main musim hujan dan paling ramai orang la musim hujan. Kalau air slow tak best nanti bot slow je dan lagi banyak batu timbul. Susah nak kawal.
(gambar team lain terbalik)
So aku apa lagi dari kata taknak main terus tukar fikiran. Hahahhahahahah. Well benda camni kan aku suka cuma fikir ada anak dengan laki je rasa takut sikit kot bahaya ke apa. Sweet kan aku. Hahah tapi sebab orang kampung tu cakap memang masa tu terbaik main so should be okay la kan. Hahah
Sampai je tempat berkumpul tu orang situ tak benarkan bawa apa-apa kecuali diri sendiri. Handphone pun kena tinggal je kecuali go pro atau gadjet yang boleh masuk air itu pun kena attach dengan body. Bukan sebab apa pun tapi takut jatuh dalam air memang sekian terima kasih. hahaha
Dan kami dibawa naik ke puncak atas dekat port mula rafting tu guna lori ni weh. Hahahha dah rupa apa dah semua. Ramai kan. Naik guna lori dan turun kebawah hanya melalui water rafting sahaja. Kah kah kah. Berani tak nak main dan tunggu je dekat atas? Asal nya ramai juga konon tak nak main tapi tukar fikiran sebab terpaksa la main. Nasib la siapa tak study sangat kan. Main follow je. Kui kui.
Gambar sepanjang water rafting ni memang pihak pengurusan tolong ambilkan gambar dan juga jasa go pro orang yang bawa la. Hahah. Lagi yang menarik dekat sini memang line tak ada so semua kena bersosial. Bagus bukan? Hahah Memang sesuai sangat buat team building ke apa. Semua jadi fokus. Hp pun memang tak boleh bawa.
Gambar atas ni sebelum pedal kawan aku patah so semua ada pedal dan bersama-sama la mendayung. Gambar bawah ni pedal dah selamat patah dan dicampak ketepi sungai. hahah Tempat paling curam yang bawah ni. Memang guide kami pesan jangan sampai terbalik so kena dengar arahan, Kerjasama gitu.
Ni team aku. Kami berjaya rempuh tempat paling susah sebab ramai juga bot terbalik dekat sini. Kawasan sini agak curam. Dekat depan tu dah ada orang standby untuk rescue. Serius weh tak boleh nak main-main sangat sebab kalau jatuh kau still main-main memang habis la. Water rafting kena campur laki perempuan sebab kalau semua perempuan risau kudrat tak kuat. Ni pun pedal kawan aku sampai patah tapi dia ambil aku punya ganti. Aku tak payah guna pedal sebab tu aku pegang tali je ha. Eh eh eh. hampeh betul dia tu tau. 1 bot ni akan ada 2 guide. Sorang kat depan sorang dekat belakang. Dorang la paling membantu, ye la kami ni bukan nya terer kawal arus deras gila dengan batu dan curam semua tu.
Pengalaman selamatkan orang lemas
Ni antara pengalaman yang tak boleh lupa juga sebab ada team lain bot terbalik. Memang banyak je bot terbalik kalau salah kawal. Tapi yang ni terbalik depan kami lepas tu ingat okay je la sekali kena bawa harus deras jauh terus yang guide bot kami cepat bawa bot kejar. Mula-mula ingat memain kami siap tergelak-gelak siap nyanyi ninonino lagi macam ambulan tu. Weh ni recorded tau dalam go pro member aku tapi tak boleh upload sebab banyak censored la selamatkan orang kan. Lagi pun privasi orang kena jaga juga.
Ada 3 orang kami kena selamatkan. Aku tukang tarik ketepi sambil yang lain kawal then yang laki tarik masuk bot. Mangsa yang last sekali tu yang teruk sikit. Peringkat pakcik juga la. Dia dalam air jerit "help" banyak kali. Mungkin sebab tu tertelan air paling banyak. Masa aku pegang dia tu dia dah lembil ha. Angkat ke bot pun terus lembik tak boleh buat apa. Yang lagi 2 tu okay je. Tapi memang dorang cakap macam nak mati dah. Seram weh. Terus lepas tu ktorang macam diam je lepas transfer mangsa tu ke bot lain. Nervous weh.
Ni memang pengalaman yang tak boleh lupa. Tapi bukan takat tu je bila dah sampai ke bawah aku tengok semua turun bot. Guide bot cakap biasa sini semua dah terjun kalau nak merasa masuk air la. Dah tu belum habis ayat guide aku geng bot aku semua terjun tinggal aku sorang. Dorang memang tunggu nak terjun kalau boleh ha. Aku tengok semua terjun aku pun terjun sekali. Sekali apaaaa dalam dan harus kuat nak mati. Sumpah aku merasa perasaan pakcik yang lemas tadi tu. Gila scary memang aku di bawa arus masa ni campur cuak tu memang panik gila. Nak pijak bawah tak rasa langsung sebab arus laju kan. Masa ni ada beberapa orang cuba nak tarik aku tak dapat last sekali baru berjaya tarik aku. hahahah Dorang heret je life jacket aku tu tarik ketepi. Kejam gila rasa kena heret gitu. hahahha
Flying Fox Ulu Slim
Lepas water rafting kami di bawa makan tengahari dulu sebelum sambung aktiviti seterusnya iaitu flying fox. Surau dan toilet ada disediakan. Flying fox ni masuk dalam air juga. So aktiviti hari ni memang semua nya air la kira nya. hahah mana yang taknak main boleh mandi sungai bawah tu je.


Dari atas bukit mendarat ke dalam air. hahahah Aku try sekali je flying fox ni sebab terseksa tangan aku. Baik main air dekat bawah je. Dah macam tengah picnic je ramai-ramai. Santai habis ha semua. Dekat sini ada team tentera tengah prepare untuk BBQ bukan main harum bau sedap gila. hahah
Habis semua main flying fox dah petang so beransur la semua pulang ke pangkal jalan. Syok sebab cuaca pun baik je hari kejadian. Water rafting memang best gila tak tipu tapi kena berani je la.
Perghhh best gilerr tu!! Lepas ni kalau ada nak join ar...haritu ada dapat tapi ada hal lain, ini kali mesti nak cuba! Walaupun tau diri sendiri tak tau berenang hahahaha..
ReplyDeleteTapi adeii ngeri plak bila baca tak jejak kaki tu hohoho
menarik nyer. 2 aktiviti ni aida teringin nak join meskipun perasaan hati ni takut giler!
ReplyDeleteextreme kan. lelebih yg water rafting tu.
memang la boleh terjatuh dan hampir lemas. Allahu Akbar. seram!
mujur la athirah and the geng dpt menyelamatkan. alhamdulillah...
Ini satu satunya permainan yang sia tak pernah cuba sebab sis tak pandai berenang. Buatnya bot terbalik haru lak susahkan semua orang.
ReplyDeleteSelalu nampak siswa/i Sains Sukan UPSI post gambar kayaking dan flying fox dekat sini. Nampak mencabar fizikal dan mental seseorang. Tapi menarik juga 💪😀
ReplyDeleteDulu boleh la I buat aktiviti macam ni. Sekarang dengan lutut la pinggang la semua berpenyakit. Boleh tengok je la. Best nye...So enjoy dapat join aktivit macam ni.
ReplyDeleteGambar water rafting tu sangat mengujakan rasa macam nak cuba jer tapi tu lah takut kalau kita naik nanti tercampak dari boat hehehehe wakakakak bestnya dapat buat aktiviti ini kita tak pernah cuba lagi ni.... Kat Perak jer ok lah boleh pergi nanti..
ReplyDeleteSemua ni semua sis dah cuba, kalau sekarang suh cuba memang tak larat dah sis rasa, kesihatan tak mengizinkan, dan berat badan pun dah terlebih lebih..hehehe. Ehhh baca bab water rafting tu memang scary weii...nasib baik tak ada yang serius
ReplyDeleterindunya nak water rafting. last buat aktiviti lasak ni tauhun 2018.. teruja pulak BBL tengok awak flying fox tu
ReplyDeleteBestnya buat aktiviti macam ni. Saya dah lama tak join benda benda outdoor macam ni. Lepas tengok gambar, rasa nak buat pulak dah
ReplyDeleteSeronok baca pengalaman awak. Tapi bila mao kat part bot terbalik tu... dup dap jugalah jantung Sis. Syukur semuanya selamat. Aktiviti lasak memang ada risikonya tapi seronok.
ReplyDeleteWeiii tengok mula dgr ceriat best..tapi baca [part tenggelam, bawa arus deras terus cuak..hahhaaa..tapi rasa nak cuba, tapi takut..acano ni..hhahaha
ReplyDeleteMenariknya outdoor aktiviti ni. Pernah jugak buat beberapa kali di Johor tapi tak pernah la sampai kat Ulu SLim Perak. Mungkin cuti raya cina ni blh la kot nak try.
ReplyDeleteSeronok kan aktiviti macam ni! Saya pun suka aktivit lasak & sungai. Tapi yg paling penting aspek keselamatan perlu dijaga :)
ReplyDelete