Buat passport baby Malaysia

Post untuk kenangan sahaja. Hari ni baru siap buat passport untuk baby. Bila ada baby ni yang untung ada no khas so tak perlu tunggu lama macam no biasa tu. Ni aku cerita pengalaman sendiri la ye sebab bukan tiap tahun buat passport pun.



Passport baby tahun 2015


Masa aku buat passport Asyraf dulu sekali dengan renew passport kami laki bini sekali. So memang untung la juga masa tu. Seingat aku tak perlu beratur pun ambil no. Just pergi bagitau nak buat passport baby dan renew passport terus dapat no. Masa tu buat dekat UTC Keramat. Tapi sampai ke petang juga kena tunggu. Tak silap dekat pukul 4petang baru siap. Nasib baik dekat situ ada library mini so memang lepas anak bebas dekat dalam tu je sampai siap passport. Mungkin masa tu yang lama sebab nak tunggu passport siap. Dulu proses lama kan. 

Passport baby tahun 2019


Selepas 2015 patut kami semua renew passport balik tahun 2020 kan tapi sebab ada baby baru lagi  So dia pun kena la ada passport. Pastu gambar Asyraf masa passport lama tu muka baby. Biasa boleh je tukar gambar je tak payah renew. Masalah nya dekat UTC Shah Alam ni tak boleh tukar gambar. Kena ke imigresen cawangan biasa je. Satu hal pula kan. Tapi ada yang cakap tak payah tukar pun tak apa. Tapi bila fikir balik kang ada masalah pun susah kan muka lain. Nak ke cawangan lain kena pergi hari biasa sebab weekend UTC je buka (ni aku google tengok hari tu). Dan tak pasti UTC mana boleh tukar gambar.  Macam-macam hal sangat so decide renew je Asyraf sekali alang-alang tumpang no baby. Fastlane. Lagi pun tahun depan pun kena renew juga so sekali je senang. Bila tanya pegawai situ sah-sah la dia suruh tukar. Hahhaa



Kali ni buat dekat UTC Shah Alam. Dua kali juga berulang sebelum dapat buat passport ni. Dekat sini kena beratur ambil no tak kira la ada baby ke tak. OKU aku tak pasti. Untuk buat passport confirm la kena ada surat beranak dan ic mak/bapa yang original dan juga copy. Lepas tu masa beratur ambil borang kecil untuk diisi. Masa ambil no tu pegawai nak tengok tuan badan sendiri dan semua document complete baru bagi no.

Macam kes aku masa pertama kali pergi tu. Just nak buat passport baby dengan tukar gambar passport asyraf je. Tak sangka tak boleh tukar gambar passport dekat situ. Bila nak renew je surat beranak asyraf pula tak bawa. Bagitau nak ambil no dulu sebab dah panjang dan lama beraturkan dan datang kemudian nak balik ambil surat beranak kejap pegawai tu tak bagi sebab no fastlane laju sikit dari no biasa. Hahahah. Kalau proceed je buat adik punya nanti asyraf dah kena ambil no biasa tak dapat fastlane. Hahhahaha makpak dia tak sanggup so cancel je buat. Plan datang balik kemudian.

Kali kedua datang okay alhamdulilah semua smooth. Siap plan laki aku beratur dulu. Nak dekat sampai dekat kaunter no baru kami semua turun sebab pegawai nak tengok tuan badan kan. Tak boleh wakil dekat sini. Tapi sini memang kejap je tunggu tapi yang rasa jadi lama sebab melayan perangai anak-anak la. Lepas ambil gambar dan bayar terus turun makan dulu. Dalam setengah jam naik terus boleh ambil dah passport. Dorang cakap je dalam masa sejam tapi dalam setengah jam dah siap.

Yang kelakar baru perasan gambar asyraf masa baby pakai baju yang sama dengan adik pakai untuk buat passport ni. Baju turun temurun haaa. Heheh so now semua dah ada passport yang sah so boleh holiday dah.. yahooooo.. kemana tu kena tunggu. Hihihi Ada yang ralat sikit dekat passport adik. Masa turn dia tu dia tengah badmood. Nak ukur tinggi pun susah sebab dia ngamuk kan pastu lepas siap passport tu mood dia okay terus saja ukur tinggi balik. Hahahah lain. Bila tanya pegawai dia cakap tak apa la baby. Hahahah dari 75cm jadi 66cm. Nasib la dik 

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...