Malaysia Halal Expo 2019 di KL Convention Centre 24-26 Januari 2019

Lepas ni boleh la jumpa produk halal Malaysia dekat Jepun haaa, tak percaya? Ni antara usaha kerjasama antara kedua-dua negara Malaysia dan Jepun untuk produk halal tau selepas beberapa memorandum berkenaan halal ni.




Selaras Memorandum Kerjasama (MoC) dalam bidang halal ditandatangani antara kedua negara Malaysia dan Jepun, Kementerian Pembangunan Usahawan dan SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) menganjurkan Malaysia Halal Expo 2019 (MHE 2019) sebagai inisiatif untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan halal kepada pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara.




Pra-Pelancaran MHE 2019 telah diadakan baru-baru ni dan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. Antara artis yang akan turut terlibat semasa MHE 2019 adalah Fara Fauzana dan Faizal Ismail.



Jom pakat ramai-ramai ke Malaysia Halal Expo 2019 (MHE 2019) yang akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 24-26 Januari 2019 nanti. Yang menarik mengenai ekspo halal ini adalah ianya diadakan sempena persediaan kearah Tokyo Olympic 2020 disamping memperkenalkan produk halal dari Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.

Pengenalan kelompok halal di Malaysian Halal Expo 2019 (MHE 2019)


Biasa kalau cakap pasal isu "halal" ni benda pertama orang akan terfikir pasal makanan je kan. Lagi pun kita duduk dekat Malaysia negara islam secara tak langsung kita yakin kebanyakkan barang adalah halal. So jarang sekali kita rasa nak ambil tahu secara teliti perkara ni. Sama juga macam kes aku sehingga la bila aku mula travel ke negara orang. Setiap benda kena kaji pasal halal haram ni. Serius weh. Ni aku nak kongsi beberapa kelompok halal yang penting dan kena ambil peduli melibatkan 320 booth pameran.

1) Makanan dan minuman (F&B)
2) Kosmetik
3) Bahan ramuan
4) Bioteknologi
5) Penjagaan kesihatan/ pharmaceutical
6) Logistik


Aktiviti menarik sepanjang Malaysia Halal Expo 2019


Kalau nak lebih tahu mengenai info ni boleh la hadirkan diri ke MHE 2019 nanti tau. Selain 320 booth pameran, knowledge sharing juga akan diadakan sepanjang MHE 2019 iaitu 5 sesi pocket talk, 3 sesi forum dan 2 sesi singgah santai selebriti. Ini juga antara peluang untuk usahawan yang terlibat untuk menimba lebih banyak ilmu. MHE 2019 juga mengadakan Majlis Penganugerahan Islamic Innovation Challenge (IIC) Award untuk memberi penghargaan kepada PKS yang berinovasi dalam industri halal. Sesi business matching dengan sekurang-kurang nya 10 buah syarikat daripada negara Jepun.




Moga expo ini boleh menarik lebih ramai orang awam dan juga usahawan produk halal Malaysia. Boleh la datang untuk belajar dan jadikan expo ini sebagai satu peluang untuk mengembangkan dan meningkatkan lagi pasaran produk halal Malaysia ke Jepun.




Untuk lebih maklumat lanjut mengenai MHE2019 boleh ke laman web http://www.halal-expo.my/

12 comments

  1. Menarik, boleh pegi nanti nak tengok produk apa ada kat situ

    ReplyDelete
  2. Senang nak cari makanan halal bila pegi Jepun nanti.

    ReplyDelete
  3. Senang nak cari makanan halal bila pegi Jepun nanti.

    ReplyDelete
  4. Ada geng kita dah p pulun makan tester daaaah heheheh

    ReplyDelete
  5. tadi dah pergi, memang macam2 produk ada tau..dari pagi samapi petang..hahaa..dah membeli juga tadi..sebab produk tu sedap dan mudah dimasak..heheee..beli juga kosmetik tadi..kihkih

    ReplyDelete
  6. Dah pegi... Rugi pegi hari last. Best meriah! MHE 2019 patut buat lagi.. Program yang bagus untuk usahawan Malaysia

    ReplyDelete
  7. yang ditunggu sangat ni .. moga produk Halal Malaysia berkembang hingga ke persada antarabangsa !

    ReplyDelete
  8. bestnyaa . lepak lama - lama pun xrugi. sebab dapat tengok dan beli macam macam produk

    ReplyDelete
  9. datang sini memang shopping sungguh. macam macam ada

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...