Farm In The City Sri Kembangan - tempat menarik bersama keluarga

Assalammualaikum dan hi guys... bukan main omputih kan. Nak buat macam mana sejak selalu sangat dapat komen dan email dari omputih ni. Kot masuk blog aku nak baca siap google translate ke kan so secara tak langsung aku kena la karang ayat penuh dan cuba tidak menjadi budak wechat. kah kah kah. Aku makin tua sebab dah banyak word wechat aku tak faham. fuhhhh



Okay sambung cerita Hari Malaysia 2018, kami ahli Kelab Blogger Ben Ashaari buat family trip ke Farm In The City Sri Kembangan pada hari tersebut. Actually dah lama plan pun sebab melibatkan ramai orang kan so kena plan elok-elok. Masa dekat sana kena bahagi 2 group sebab ramai sangat. Memang meriah. Tengok sendiri meriah tak meriah. Sejak beranak aku dah lama tak pergi mana-mana event blog. Dah kurang bersosial so sebab tu yang family trip ni aku tekad nak ikut juga. Lagi pun jadual kerja laki aku kan tak menentu, siap dah tekad kalau laki aku kena kerja, aku nak angkut je askar aku pergi juga. heheh Tapi nasib baik laki aku available on that day so mama happy la.


Farm In The City, Sri Kembangan- Petting Zoo


Kalau korang nak pergi sini aku suggest pergi awal sebab tak ramai orang dan agak rilex sikit la. Parking pun senang depan pintu masuk je ha. Aku selalu tengok orang bawa family ke sini tapi aku sendiri tak pernah masuk. So kira aku pun sama excited dan awalnya ingat macam sama dengan Mini Zoo KL Tower rupanya lain. Farm in The City dekat Sri Kembangan lagi besar dan lagi banyak binatang. Konsep sama dengan mini zoo iaitu kita boleh pegang binatang lebih dekat dalam ni tapi tempat ni lagi luas dan banyak binatang.

Harga Tiket Farm In The City 2018


Normal Price Rate 
Adult RM55
Kids RM45

MyKad Price Rate
Adult RM37
Kids RM30

Harga untuk kanak-kanak adalah untuk yang ketinggian lebih 90cm dan kalau ketinggian bawah 90cm tak perlu tiket. Masuk percuma.


Kawasan sini macam masuk hutan dan kawasan redup je. Jangan risau panas ke apa sebab memang kawasan ni dikelilingi pokok hutan dan alam semulajadi saja. Aku tak pasti buatan ke atau memang mereka kekal kan konsep semulajadi. Lagi satu biasa kalau ada budak ni dan kalau kawasan besar budak cepat penat. Korang boleh bawa stroller tau. Ada laluan khas untuk pengguna stroller so tak risau kan. Mesra OKU juga. Mana tau ada nak bawa orang tua ke sekali.



Mula masuk je korang akan jumpa kandang kambing, lembu, ayam, burung unta dan banyak lagi la bintang lain dalam tu. Boleh bagi makan sekali. Dekat depan kandang ni ada orang jual set makanan haiwan. Satu baldi kecil RM10. Masa ni laa nak ajar anak kenal binatang sebab mungkin yang mana dah tak ada kampung ke boleh datang sini kalau nak kenal haiwan. Tak la anak kenal haiwan dari TV je kan.


Pony Ride

Dalam banyak-banyak benda aku memang target pony ride ni sebab nak tengok anak aku berani ke tak. Kalau dulu masa pergi mini zoo semua benda dia takut dan nasib baik laa mini zoo tu tak besar mana dan sekejap je. hehhe. So kali ni nampak la anak mama dah besar. Bila orang suruh beratur untuk naik pony dia cepat-cepat beratur walaupun muka macam mengantuk. Yela semua kena kerah bangun awal sebab nak datang sini kan. hahaha


Walaupun muka blur tapi tengok cool je dia naik pony. hehehe.. Dah besar la anak bujang mama ni.




Sebelah pony ada racoon sejenis binatang yang comel tapi sebab aku tengah pegang baby dan bila nak dekat racoon dia goyang badan dia habis bulu dia jatuh terus tak jadi nak pegang sebab takut kena baby kan. So aku perati je orang lain bermesra.


Ada banyak binatang dan boleh tengok kan kawasan ni redup je. Banyak binatang boleh pegang cuma staff sini pesan hati-hati je masa bagi makan dekat binatang takut tergigit tangan. Binatang sini mana tau beza makanan dengan tangan. hahah




Giant Turtle


Lepas pony ride tu Asyraf dah malas nak jalan dan nak tidur je so suruh la duduk stroller sekali sampai dekat tempat kura-kura ni dia semangat balik nak bagi makan. Masa ni dia dah start moody dah sebab mengantuk tapi taknak tidur. Yela banyak binatang menarik kan. Abah dia banyak melayan dia sepanjang dekat sini. Mama busy dengan adik. hahah








Lepas kawasan reptilia, ayam semua ni ada kawasan rusa dengan kambing tapi masalah nya aku tak boleh masuk sebab semua binatang terkam aku. Asyraf masuk menangis-nangis sebab semua binatang terkam. Ye la ktorang bawa makanan masuk kan dan siap ada kambing terlepas keluar kawasan. hahah Laju staf tu tarik balik suruh masuk balik. Jangan tanya mana gambar sebab masa ni dah kelam kabut dan aku paling kuat la jerit haaa terkejut kena terkam dengan binatang wehhhh.. aku dukung baby lg. Kalau aku sorang maybe okay kot. hahahha. Sudahnya ktorang bagi binatang makan ikut luar. Hulur je tepi kandang dia sebab nak masuk kandang kena terkam kan. hahah
 


Lepas dah nangis tadi pergi ke tempat next pula. Boleh bagi ikan makan. Ada swan comel. So bertenang la balik budak kecil ni. Hari biasa abah dia busy so sepanjang dekat sini seronok la dia sebab abah dia ada duk melayan. heheh. Weekend je masa ada dengan abah kan.

Longkang fishing


Ini part paling kelakar, aku sangka anak yang excited sekali laki aku daaa. Tapi kalau tengok memang bapa-bapak yang excited ha. FITC ni memang bagus sangat untuk bonding time anak dengan mak bapa. Aku recommend sangat korang datang. Jangan la asyik ke shopping mall, playground je, boleh bawa la kesini juga. Banyak benda menarik macam tangkap ikan dalam longkang. Ini kalau korang kecil-kecil dari kampung mesti selalu buat kan termasuklah aku. Budak sekarang je tak dapat nak merasa macam ni.



Kalau anak-anak lapar jangan risau sebab dekat sini ada 2 cafe. Dekat tengah alam dengan dekat awal masuk. Boleh tanya ye. Toilet pun ada 2 tempat.


Lepas kawasan fishing ni ada jungle trekking tapi aku tak masuk. Aku lalu jalan luar sebab baby dah badmood nak menyusu. So cepat-cepat lari tempat tersorok sikit nak breastfeed. Overall aku puas hati bawa anak datang sini. Kalau korang tak tau nak pergi mana, aku suggest bawa la anak ke sini okay.

2 comments

  1. FITC ni pergi banyak kali pun tak bosan, anak² seronok.

    ReplyDelete
  2. Anak2 paling happy sampai cakap "laa dah nak balik ke?" Hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...