Harga Tiket KL Tower Mini Zoo
Dewasa : RM32
Kanak-kanak : RM27
(Budak bawah 90cm percuma)
Mini pakej (1dewasa + 1kanak-kanak) : RM50
Family pakej (2dewasa + 2kanak-kanak) : RM98
Waktu dibuka : 10pagi - 9malam (isnin-ahad)
Geng
KBBA plan kumpul 9.30 pagi untuk urusan tiket sebelum mini zoo dibuka.
Kang orang start ramai pun nak masuk mau nya padat dalam tu kan. Hikkss. Tapi aku lambat sikit je.. 5 minit before 10 pagi. Okay la kan..
Sebelum masuk korang akan beramah mesra dengan 2 ekor burung kakak tua ni. Comel gila. Lama aku tak melawat binatang ni boleh pula jakun kan. Yang best mini zoo ni, korang bukan tengok binatang dekat dalam sangkar tapi korang yang masuk sangkar. hahahha best kan? Boleh pegang binatang yang ada dengan guide orang dari mini zoo la ye.
Nampak tak binatang dalam karung tu? Tengok gambar ni baru perasan. Comel gila.. Aku tak sempat nak bermesra dengan binatang tu. Anak aku dah start takut sebab banyak binatang keliling. hahhaha.. aku pun sama terkejut. so tak boleh nak marah anak.
Kebanyakkan binatang dekat mini zoo ni yang jinak-jinak je. Kecuali ular la dalam sangkar dia. Aku dah cuak kalau ular pun dia lepas memang kejung la aku kat situ. hahahha..
Suasana dalam ni pun redup je dengan alam semula jadi so tak risau sangat bawa budak-budak. Tak panas. Ada tempat rehat juga. Boleh tengok map bawah ni. Kawasan dia tak besar dan tak kecil sangat.
Paling aku suka tempat kura-kura gergasi ni. Kura-kura lagi tua dari aku weh... 30 tahun haa.. siap ada nama. ADAM. ahhahaha comel. Ni kecil je, ada lagi besarrrrrrrrrr sampai anak aku meraung nangis. Mula-mula masuk area ni aku ingat batu sekali dia keluar kepala dia, memang terkejut la aku.. hahahha...
Overall aku suka mini zoo ni. Memang sesuai bawa budak yang baru nak belajar kenal binatang. Semua jinak dan boleh pegang. Tapi anak aku penakut. hahha apa boleh buat.. Sepanjang dalam tu duduk dalam carrier je. adehhh.. Banyak gambar tapi penuh la post aku nanti, Aku upload sikit-sikit je.
kesiannya anak...takut ke.kura2....heheeh
ReplyDeletehahah dia semua pun takut
Deletememang seronok..first time bawak anak p tempat macam ni
ReplyDeletelain kali leh bawa lg.. kl dh bsr skit lg mesti best
Deletemenarik mini zoo ni terutama aktiviti animal feeding..
ReplyDeleteRamai nya pergi jalan jalan. Dapat harga tiket lain ke sis?
ReplyDeletemana la tau kan :)
Nnt na g lg la. Na g gn kengkawan
ReplyDeleteBest kan bawa anak mai sini.. very da desa
ReplyDelete