Bogafit
Sejenis yoga atas air. Ini semua plan member-member aku. Kebetulan hari dorang discuss pasal ni aku busy tapi main letak je nama sekali. Kira "I trust them". Follow saja sebab yang aku tau dorang suruh aku join dorang pergi gym. Aktiviti apa aku tak ambil tau lagi masa ni. hahahaha Kebetulan minggu tu laki aku free nak tolong jaga anak dan dia pun bagi aku join kan tu yang letak je nama.
So lepas aku free kejap tu aku tengok balik kelas yang dorang pilih terus macam "what?!!!" hahahhahaha dan dorang siap pesan jangan aku cancel pula. fuhhh fuhhh you can do it. Aku terus youtube "bogafit" ni tau dan terbahak-bahak gelak sebab boleh ke aku main benda ni nanti. Member aku cakap kelas ni antara yang available weekend masa kami nak tu dan why not we try. Baiklah baiklah walaupun sebenarnya sis nervous. hahah Paling tidak dah boleh bayang dari tontonan youtube kan.
So ahad tu pagi-pagi dah suruh semua hulu balang bangun sebab mama nak pergi gym. Kelas gitu kannnn dan aku ingat laki aku nak jaga anak dekat rumah sekali dia pun kalut bangun bersiap. Okay fine dia nak ikut so okay je. Asyraf aku dah mandikan siap cuma adik je angkut je tak mandi muahahhaha... Kawan aku pun laki dan anak join tapi daddy daycare at the other side la kan. Pool side ni geng the girls bogafit gitu. Kelas start 9pagi sharp tau.
Bogafit ni macam yoga atas air yang perlukan kita tahan imbangan badan dan pernafasan masa aktiviti. Ingat kan main-main dan tak penat tapi serius berpeluh juga weh. hahahha. Habis terkejut muscle dan lemak aku tau. hahaha Tapi sebab pergi dengan member so jadi seronok gila. Tak la serius sangat. Kira kami punya me time la ni. Bogafit ni lebih kurang sejam juga la. Dapat trainer pun best siap rekod kan time lapse ktorang lagi. Macam kartun dah masing-masing haaa.
Time-lapse Bogafit
Sementara dekat area sebelah kaum bapak-bapak tengah babysit anak-anak. Yaaa aku lupa nak ambil gambar elok dekat area sini. Masa ni tengah sibuk instastory weh. Gambar tempat bersalin baju dengan toilet pun lupa nak ambil gambar. Dah la cantik gila deco dalam tu. Adik pun aku mandikan dekat sana terus je. Kawasan agak selesa dan ada cafe juga dekat sini. Gambar bawah ni adik dah ngamuk sebab belum mandi. hahahah
Kalau korang berminat boleh search je bogafit Malaysia.
No comments