Baby 3 bulan demam panas

Faktor pemakanan semasa mengandung mempengaruhi imun baby?


Biasa kategori baby ni yang umur bawah 12bulan la kan senang kira. Baby biasa kalau sakit tak ada ubat kecuali yang teruk, itu pun kena refer doktor juga. Kalau anak aku yang pertama jarang sakit dan seingat aku 2 kali je dia demam teruk. Mungkin faktor pemakanan aku masa mengandung pun mempengaruhi juga. Beza sangat mengandung yang pertama dengan kedua. Sorry adik. huhuh..


Masa mengandungkan abang Asyraf aku rajin makan ubat dan ambil supplemen tambahan lagi. Rajin makan makanan sunnah seperti kismis, kurma, susu kambing, kekacang dan juga jus delima. Buah pun aku suka makan, memang berkhasiat sangat la kira TAPI masa mengandungkan adik aku sangat malas makan ubat lepas tu susu memang tak boleh minum sangat sebab rasa loya tapi aku jadi suka minum nescafe. Masa Asyraf 5bulan ke nak masuk 7bulan baru minum coffee tau. So mengandungkan adik macam kurang makan makanan berkhasiat. Kurma kismis pun jarang sangat aku makan apatah lagi supplemen lain. Beli juga tapi tak gigih amal macam mengandung abang. Sorry dik...


Kesan yang boleh nampak adalah imun abang lagi kuat dari adik tapi aku doa yang baik-baik saja untuk dua-dua anak. Adik lepas keluar hospital kena prolonged jaundice (kuning lama) siap kena ambil darah hari-hari selama 21hari usia dia dan kena refer pakar kanak-kanak tapi kuning dia tak sampai la kena letak bawah lampu. Cuma lama sangat kuning tak tinggi tak rendah so tengah-tengah. 

Baby demam panas




Masa nak masuk 3 bulan adik demam suhu lebih 38c tau. Pengasuh anak aku ni jarang complain atau suruh aku balik ambil anak kalau apa-apa, sekali hari tu tiba-tiba dia whatsapp suruh balik ambil adik sebab demam. Rasa nak luruh jantung masa tu sebab kalau sampai whatsapp suruh balik bermaksud teruk la tu.

Masa ambil tu dengar adik macam mengeram uh uh uh gitu aku dah cuak terus pergi klinik tapi dah petang masa ni bulan puasa. Aku pergi 3klinik semua takde doktor dan kena tunggu tapi sebab tak sedap hati mintak nurse tu check suhu dulu sekali suhu 38.5c kau aku dah berdebar, terus nurse tu call doktor mintak balik cepat. huhuhuhuhuhu

Ni pertama kali la aku hadap baby demam panas sebab asyraf dulu dia demam pun masa dah besar. Lepas jumpa doktor aku okay la sikit tapi badan dia still panas so dekat rumah ak terpaksa la buka baju semua jerlum walaupun dia nangis aku biar je peluk je dia. Baby demam sedih tau sebab risau sangat tengok. Doktor klinik suruh bagi je ubat demam kanak-kanak dengan dos baby tapi balik aku macam was-was. hahahha Paracetamol oren tu.



Bila tengok demam tak kebah-kebah dan nafas masih bunyi kahak so aku ajak laki aku ke hospital sg buloh dekat emergency. Aku cuak sebenarnya sebab dia baby lagi dan aku takut nak bagi dia ubat. Bila dekat emergency suhu masih tinggi 38c maintain terus nurse situ bagi ubat bontot. huhuhuhuhu Dan tu pertama kali aku ke emergency sg buloh untuk check demam macam ni. Aku sangka teruk kalau pergi hospital kerajaan ni tapi rupanya sangat la okay dan lengang je masa ni. Mungkin rezeki aku kot masa tu. Selalu dengar cerita sibuk la ramai orang la kan.

Lepas jumpa doktor, doktor pesan kerapkan je susu badan dan jaga suhu badan. Masa ni nak buat blood test pun baru lagi demam so tak perlu. Nak neb pun masa ni paru-paru dia clear je tapi bunyi tu biasa tak teruk pun. Alhamdulilah lega sangat masa ni. Cuma kalau demam lagi lama baru doktor tu minta datang balik untuk further checkup. Balik dari hospital dan esoknya dah okay. Alhamdulilah hanya viral fever atau mungkin beralih bulan orang kata.


Oh ya dekat hospital dapat ubat demam untuk baby, botol pun lain sikit dari ubat demam biasa tu. Nanti aku update gambar ubat tu ye. Kalau baby demam jangan panik, berjumpa la dengan yang pakar dan jangan bergantung pada rawatan tradisional semata. Dan baby boleh je bagi ubat demam paracetamol dengan dos yang betul la, jangan was-was macam aku. hahah





1 comment

  1. alahai kesiannya baby. semoga cepat sembuh sayang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...