Bil elektrik naik lepas pasang coway? Boleh jimat

Sebelum ni aku selalu curious orang lain punya bil elektrik kenapa tinggi kalau yang surirumah atau memang duduk dekat rumah tu aku faham laa elektrik guna 24jam. Tapi ada pula yang duduk dekat rumah tapi yang bestnya bil elektrik boleh murah. Ini aku jeles la kan. hahahha.. Kena ingat juga bil letrik ni bergantung kepada alatan elektrik dirumah dan cara kita guna. 


Bil elektrik aku sebelum ni dalam average RM100 macam tu je paling banyak pun kalau tak silap walaupun guna 2 aircond dan standard barang elektrik yang lain la.Tak ada apa special macam air purifier atau pun deep freezer ke hanya standard barang elektrik dekat rumah je sebelum ni.


Sehingga la aku pasang penapis air coway. Aku ingat tak laa dasyat sangat bil elektrik pasang coway tapi nah kau beza gila bila pasang coway. Bil elektrik naik sampai RM180 haaa.. Dari mula pasang makin menaik bil elektrik. Aku tengok berturut RM180 tu macam tak boleh jadi ni. Confuse aku apa sebab jadi macam tu. 


Actually since pasang aku tak pernah off pun coway so satu hari ni aku start cuba bila keluar pergi kerja aku off coway dan bila balik baru aku turn on balik. Yela buat apa pasang kan siang semua kerja anak sekolah. So aku decide untuk off je coway siang. Kira eksperimen sendiri je ni sebab ni je barang elektrik tambahan dekat rumah masa ni sampai mencanak naik elektrik. hahaha. So hasilnya bil terbaru dalam RM117 je. Happy gila kot. hahahhahaha jimat banyakkkkkkkk.


Sebab semua tu pilihan kita sendiri so kena usaha juga la buat apa patut kalau nak jimat kan. hihihihi... Jangan tau nak cari salah lain je. hehhehe coway tu tak salah sama juga kalau kau pasang aircond. Sejuk nak tapi bil naik bising. hehehe


Tips jimat elektrik lain yang aku boleh share juga adalah sebelum keluar rumah pastikan tutup dan cabut plug. Bukan tutup suis sahaja tau. Ini memang kami laki bini selalu buat la.

15 comments

  1. betul lah tu
    sebab kalau on selalu memang elektric dia akan terus gerak

    ReplyDelete
  2. sentiasa pasang penapis cum pemanas air ni, memang bil akan naik..nak mantain panas jeakan..tapi tak apa, water filter nielah boleh provide air yang bersih untuk keluarga..ini yang penting.

    ReplyDelete
  3. beza sngat eh? i guna stakat ni mcm ok je, macam lebih kurang je bil dgn bfore pasang

    ReplyDelete
  4. Saya pon same mcm nieja...ok je bil... ada jugak aircond... tapi xdela sampai naik mendadak mcm sis...🤔🤔 xpernah tutup..hmmm pelik...

    ReplyDelete
  5. Saya pon same mcm nieja...ok je bil... ada jugak aircond... tapi xdela sampai naik mendadak mcm sis...🤔🤔 xpernah tutup..hmmm pelik...

    ReplyDelete
  6. Saya pun dekat rumah pakai jugak coway,bil letrik sama je..kadang tu bawah lagi harga dari biasa..kalau naik pun rm 2 atau rm 3 je.. Xpernah sampai mcm ni..biasa bil letrik rumah rm 30 kebawah..

    ReplyDelete
  7. Saya tengok bill 9 Nov,ade tunggakan rm19.20...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Dekat rumah saya pakai jugak penapis air coway,bill letrik still sama macam biasa...

    Saya tgk bil 9 November 2017 ade tunggakan sedikit..

    ReplyDelete
  10. Setiopa model COWAY lain2 spec atau sama ? Ikut jenis model kot...

    ReplyDelete
  11. bil sy naik sekali ganda lps pasang coway 😶😶

    ReplyDelete
  12. bil sy naik sekali ganda lps pasang coway 😶😶

    ReplyDelete
  13. Coway tu x salah tp penjual coway yg salah sbb mse promo tu mmg mati2 ckp coway sgt jimat letrik.. tambahan bil cuma x smpi 10 rggit la cmtu. Tp hakikatnya srupa psg freezer satu lg..
    Mungkin pada pengguna yg bil blnn x smpi rm50 ok kot sbb tarif letrik msih rendah..

    ReplyDelete
  14. kalau alat itu purata 0.5kW. sejam jalan tak stop kena caj 0.5kW. 1kW kalau caj 30 sen, maksud nye 24jam x 0.5kW/jam x 30sen = RM108 sebulan elektrik bil.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...