Sesekali nak cerita pasal anak aku la juga. Asalnya tak plan pun nak bawa dia pergi main ke mana-mana. Tapi sebab laki aku ada urusan dekat OU so ikut la. Bila dah sampai OU mana la anak aku nak duduk diam kan. Nak tunggu laki aku settle kan urusan dia tu agak lama so kami decide bawa dia pergi tempat mainan dulu sementara tunggu laki aku. Selama ni aku lalu je tempat mainan Starship dekat One Utama ni tapi kali ni berpeluang juga merasa masuk. Nampak menarik sangat dan selalu ada birthday party dekat sini.
Harga dia boleh tahan tapi dia kira untuk seorang budak, ibu bapa kira FREE la masuk. Kalau datang hari biasa dalam RM30/child tapi kalau datang time cuti dalam RM35/child untuk sekali masuk. Kalau memang plan nak pergi tempat mainan macam ni minta standby la stokin siap-siap ye. Stokin RM5/pair, kitorang beli je la sebab tak plan nak datang sini kan so memang tak bawa la stokin.
Korang tau tak, bukan setakat anak aku hilang arah sebab excited dapat masuk sini tapi dengan aku sekali seronok. Kawasan dia bersih dan memang ada orang dia jaga setiap kawasan tu. Walaupun ramai budak tapi kebersihan terjaga, tak macam setengah tempat mainan lain agak kotor sebab ramai budak? Dah la kau bayar lagi mahal. Tempat mainan lain aku masuk sekali lepas tu memang tak pergi dah. Tapi tempat ni aku ada niat nak repeat.. hahahha... sebab tu juga aku up entry pasal ni.
Kawasan dia ada 3 tingkat kalau tak silap aku.. memang kawasan dia banyak sudut mainan yang best untuk budak dan tak membahayakan.. masa mula masuk memang aku follow je anak aku tapi bila tengok memang kawasan dia selamat tak ada benda tajam dan semua lembut je. Okay la aku boleh bertenang sikit, tak perlu nak terjerit sangat kan tapi jangan terlepas pandang ye. Still kena monitor..
Gelongsor ni memang buat aku menjerit kuat la sebab tinggi gila kot.. anak aku nak turun sendiri kau rasa aku boleh bertenang? memang tak laa!! hahahhahaha.. yang ni memang dengan aku sekali la main. aku tak harap langsung dia turun sendiri.. tunggu la besar sikit asyraf oiii... tak payah nak acah-acah dah besar. tapi ramai je budak kecil dari asyraf mak bapak dia boleh bertenang dan biarkan budak tu turun sendiri gelongsor ni tapi aku yang cuak tunggu anak orang tu.. hahahha dasar mak yang tak boleh bertenang aku ni..
Aku biar je anak aku main sampai dia sendiri minta balik.. hahahhah sebab dia dah lapar sebenarnya.. Memang puas hati la dekat sini. Kalau ada masa boleh bawa lagi.. Aku harap harga tak naik mahal sangat.. Harga ni kira okay la untuk seorang budak.. kalau cas sekali mak bapak kira bye-bye laaa.. hahahah..
Oh dalam ni juga ada toilet dan juga cafe.. kot lapar boleh beli je apa yang jual dalam ni. Kemudahan senang. Memang aku suka la.. tapi lepas ni kalau nk pergi kena bagi anak aku makan dulu dan bukan masa tidur dia. kang dia lemau je masuk.. hahahah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku rasa diorang kena cas kau lah sebab kau pun sampai hilang arah lol. Aku anak berdua ni lagi banyak lah gamaknya. Tapi 30 kira ok lah. Kat Mines 38 kalau tak silap aku..
ReplyDeletekat kluang mall sini ada gak. tapi kira 1jam . 1jam rm6 mcm tu :D stokin rm2 jek
ReplyDeleteBest..best! memang kalau tempat macam ni mahal sket compare tenpat yang lain. Tapi ok kot sebab bersih, cantik, berkilat then ada cafe lagi kan. Pastuh ada macam2 kaedah nak main dalam tuh. So pada aku pun..worth of money.
ReplyDeletebawah wayang tu ek? macam selalu lalu zaman dating dulu. tak pernah bawak kids ke situ lagi . rm35 x 3 =.='' boleh lah kot sesekaliiii. hahaha
ReplyDeletemacam Lihin Maira tu cepat bosan. maain hadap satu benda pastu boring dah. setakat ni masuk tempat macam ni kejap je dah keluar T_T kena tolak dengan budak lain sikit, melalak ajak balik. hadoi