Sambutan Tahun Baru 2017 di Citta Mall - 16 Going On 17!

Macam dah lama tak pergi sambutan tahun baru? Nak pergi dataran merdeka jauh sangat? Berita baik untuk warga Shah Alam, Subang, Ara Damansara dan sekitar Citta Mall, Subang. Boleh datang ke Citta Mall di perkarangan tempat letak kereta pada 31 Disember 2016 untuk sambutan tahun baru 2017.



Artis jemputan

Hari Khamis lepas 22 Disember 2016 kami semua berada di Citta Mall untuk preview New Year Countdown Party yang bertemakan "16 Going On 17!" bersama-sama hos dan artis jemputan. Antara artis yang bakal membuat persembahan semasa New Year Countdown adalah Dina Nadzir, Shawn Lee, Alvin Lee, Rejuvenate Dance Crew, An Honest Mistake dan juga Baki Zainal.











Dinner - Mr.Dakgalbi

Terima kasih kepada Mr.Dakgalbi kerana menaja makan malam kami. Seriously sedap gila lagi-lagi tteok-bokki tu. Selain Gangnam Station lepas ni boleh pergi Mr.Dakgalbi kalau kempunan makanan korea. Mula-mula aku ambil sikit takut tak boleh nak makan since aku ni cerewet sikit makan sekali haaa.. semua makanan dia aku boleh makan dan sedap gila. Sambil taip ni pun aku boleh terbayang lagi sedap nya makan ni. Fresh lagi kan. LAPARnyaaa~


Jadual festival dan aktiviti sambutan tahun baru 

Untuk semua yang merancang ke sambutan tahun baru di Citta Mall 31 Disember 2016 nanti, festival akan bermula pukul 8.00 malam dan persembahan artis bermula pukul 9.00 malam. Ada mini karnival dan banyak gerai-gerai jualan menarik yang terlibat sepanjang festival sambutan tahun baru 2017 ini.

CITTA CHALLENGE - antara aktiviti yang menarik yang akan bermula dari 30 Disember 2016 hingga 1 Januari 2017. Ada beberapa bahagian permainan dimana peserta perlu melengkapkan semua permainan bagi melayakkan mereka untuk membuat pusingan roda untuk memenangi hadiah yang menarik termasuk barangan elektrik dari Harvey Norman.

Digalakkan datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakkan jalan raya dan untuk lebih maklumat boleh ke CITTA Mall facebook page. Jom sama-sama ke New Year Countdown 2017 "16 Going On 17!" dan menyaksikan kemeriahan bunga api tahun baru 2017 di Citta Mall.



6 comments

  1. I dah kertu..tak lalu nak layan all this thing! HAHAHAHA! jangan mare puann..lebiuuuu...

    ReplyDelete
  2. Rasanya memang happening new yr eve dgn performer yg hebat2!

    ReplyDelete
  3. Tetiba rasa teringin nak makan makanan Korea plak hehe

    ReplyDelete
  4. Ehhh bestnyaaaa. tak pernah p citta mall T_T .
    Done follow akakkk . Jemput follow Mar kt blog juga :)
    -puterymemory.com

    ReplyDelete
  5. Mesti ramai orangg... happeningnye newyear

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...