Berkumpul di Restoran De.Wan by Chef Wan

Jarang-jarang sekali pergi “mengopi” with the girls only ni. Tapi macam biasa la plan lain jadi lain so susah laa kalau nak plan apa-apa ni sebab masing-masing ada komitmen sendiri kan. Dari asal semua nak bawa family last-last semua datang sendiri je kecuali yang seorang itu. Hahah Aku sendiri siap tak confirm nak ikut ke tak sebab boss aku kan busy kalah menteri.. hehehe (hi bang) Macam sebelum ni dorang lepak pun mana aku ikut sangat tapi bila aku free wajib laa join kan.




Restoran De.Wan by Chef Wan


Kali ni semua nak cuba makan dekat De.Wan ni sebab review kata best. Masa member aku bincang pasal tempat makan ni macam biasa aku tak ambil port sangat sebab mana aku tau sangat pasal ni. Lupa dah macam mana mula pasal ni. Tak silap aku masa semua tengah lapar dan tanya mana best makan. Then the list go down. Hahhahaha sampai la tempat ni terpilih.

Lagi satu tempat ni kena buat reservation dan tak boleh main redah je. Haa kau hebat kan? Nak makan pun kena reserve so nak taknak member aku reserve je dulu padahal tak confirm pun siapa lagi yang betul nak follow. Takut habis slot. Aku pun keep remind husband aku bagitau nak join member aku dengan harapan dia free la hendaknya masa tu. Macam biasa aku tak letak harapan yang tinggi walaupun dalam hati mengharap. Kah kah over.

Lokasi De.Wan ni terletak ditengah Kuala Lumpur dekat Jalan Tun Razak. Dalam bangunan The LINC. Suka pula aku dengan deko dalam mall ni. Cantik sungguh semua dekat dalam tu. Dah la aku kekadang kena teman laki aku kerja. Kalau la aku tau wujud tempat ni baik la aku suruh dia drop aku situ je. Office laki aku area sana juga. Hahahah

Menu De.Wan










Lauk dan menu dekat sini mesti la lauk rakyat Malaysia. Bukan western ke apa kan. Memang untuk makanan beramai-ramai macam kenduri tu. Jangan takut tengok harga tu sebab ni portion untuk 3orang makan menurut kata staf situ. Tapi kami degil maka kami order double lauk seperti sambal sotong. Hahhahaha yang akhirnya tak habis pun sebab sotong nya gemuk. Hahahah padahal staf dah ulang tanya betul ke nak order tu double. Dia siap tolong suggest lagi apa yang okay tapi kami masih ikut selera sendiri. Hahahhahaha



Ikan jenahak masak stim asam boi tu yang 1kg tau. Udang sotong semua saiz jumbo okay. Pucuk paku kerabu tu paling awesome. Sedap gila ratah. Nasib baik tu pun order double. Hahhaha
Dekat sini baik korang pilih yang ada Chef Wan recommendation tu jangan nak ikut tekak sendiri sangat sebab semua yang recommended tu memang sedap. Yang ikut selera sendiri tu okay je la tak wow sangat. Siapa suruh degil kan. Hahahahha Tapi gambar ni nampak biasa la pula sebab pinggan dan sudu lauk tu jenis besar. So tak nampak saiz sebenar lauk ni semua.

Kalau tanya aku best ke tak best. Sedap ke tak sedap. Aku nasihat order ikut recommendation je then korang akan rasa wow seperti mana aku teruja bila makan kerabu pucuk paku itu. Hahahah Nasi pula ada 3jenis nasi. Tak sempat bergambar sebab ni bukan nak food review mana. Ni memang nak bersosial dengan kawan sambil makan tenpat sedap kan. Hehehe


The LINC KL


Aku rasa situ ada limit masa tak boleh mengopi lama sangat. Maaf tak tau sebab bukan aku yang buat reservation sebab selepas 2jam lebih orang tu tanya nak clear meja. Hahahah mungkin nak beri laluan pada next customer kot. So kami bergambar area mall tu pula sebab semua tempat cantik sangat. Aku share gambar je la kan.










Kalau ikutkan banyak lagi gambar nak letak sebab semua pun cantik kan. Hehehe. Area dalam sini banyak kedai atau cafe hipster. Semua ID cantik dekat sini. Nak mengopi pun boleh nak pergi groceries pun boleh.


21 comments

  1. lawanya interior restoran chef wan niii tengok menu pun macam banyak pilihan yang sedap-sedap tiba-tiba rasa terliur hahaha

    ReplyDelete
  2. Deko di dalam kedai pun dah cantik. Kalau tak cantik mesti chef Wan marah kan. Rakyat Malaysia sedia maklum siapa Chef Wan. Melihat pada harga makanna mampu milik. Terima kasih review, terbaik

    ReplyDelete
  3. Menu dia best2 belaka. Semua masakan melayu tradisional. Harga boleh tahan gakla. Agak expemsive bagi rakyat marhaen yg biasa macam marina ni. Hihi

    ReplyDelete
  4. wah cantik hal De.Wan ni.. bila baca headline ingat typo tersalah letak titik kat dewan tu rupanya The Wan.. menarik konsep chef wan bawa. sesuai untuk buat majlis kahwin ni

    ReplyDelete
  5. wah cantik hal De.Wan ni.. bila baca headline ingat typo tersalah letak titik kat dewan tu rupanya The Wan.. menarik konsep chef wan bawa. sesuai untuk buat majlis kahwin ni

    ReplyDelete
  6. Seronoknya! Tempat makan eksklusif dan menarik macma ni, memang berbaloi. View pon tenang sahaja. Tempat pon luas. Makanan fuh! Terbaiklah!

    ReplyDelete
  7. Wow.. sangat cantik dekorasi restoran ni! Buku menu pun siap bagi penerangan ringkas lagi tu. Takdelah pelanggan tertanya-tanya kan ehehehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  8. wow interior design dia wow-wing i.. tak sangka ye ada restoran mewah cenggini boleh dijadikan sebagai tempat berjumpa dengan kawan kawan... menu dia mak aih sangat english style betul white fonty je...teringin pula nak makan kat sini.. :(

    ReplyDelete
  9. harga dia not really expensive lah. masih lagi pada kadar mampu. maklumlah restoran chef wan kot, ingatkan beratus ringgit. nanti boleh singgah

    ReplyDelete
  10. menarik juga cara susun atur dan design dalaman restoran chef wan ni ye. Ye la, dia ada bajet dan juga cita rasa yg sangat tinggi tentang apa yang dia nak dengan restoran dia ye tak? Hopefully i can manage to stop by here and try some chef wan signiture foods :)

    ReplyDelete
  11. Seronoknya. Girls day out! Sejujurnya bila beranak pinak ni- dah 3 orang anak. Dah takde makna nya girls day out haha. Pasal restoren chef wan tu baru tahu dia ada restoren hehe.thanx for sharing

    ReplyDelete
  12. Bestnya dapat makan kat kedai Chef Wan. Maknanya memang betul makanan kat situ kena share sebab portion besar kan. Next Rawlins nak pergi situ la sebab tak pernah sampai lagi.

    ReplyDelete
  13. oo baru tau chef one ada restoran jugak.. hehe.. ni mesti sedappp giler niii... boleh plak gi ramai2 cm gini kan.. best best!! tq utk info ni

    ReplyDelete
  14. Cantiknya dekorasi restoran Chef Wan. Tengok menu dan harga macam affordable je. ramai gak yang review kata best dan makanan menarik.

    ReplyDelete
  15. Seronoknya berkumoul di rentoren de wan by chef wan. So bila nak belanja I makan sini?

    ReplyDelete
  16. dh byk kali dengar ttg De.Wan tp blm prnh ke sana. i love how diorg highlight our local dishes and ingredients. x sabar nk try rojak betik terengganu & rendang udang galah. tq for sharing Athirah :)

    ReplyDelete
  17. Cantik dan esklusif bila tengok restoran chef wan ni. Paling penting banyak ditawarkan masakan melayu tu yg best hehehe

    ReplyDelete
  18. Bestnya dapat makan kat restoran Chef Wan kita sendiri pun tak pernah makan kat sini nak tunggu chef ajak tak tahu bila wakakak hehehe nampak sangat sedap makanan kat sini tempat cantik...

    ReplyDelete
  19. wow ! cantiknya pemandangan dalam dan luar restoran tu, tenang dan indah. Menu makanan pun nampak sedap-sedap hehe

    ReplyDelete
  20. Anywalay lawanya cafe ni betul2 memang banyak sudut bergambar ni. Lepas makan memang boleh bergambar je ni. Nak kena singgah juga ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...