Hari pertama Asyraf tadika

Pengalaman pertama anak sulung ke tadika. Ini patut di blogkan juga kan. Excuse new mama ni ye. Dari tengah tahun 2017 lagi aku dah mula survey tadika untuk anak aku ni. Dia pun asyik minta nak pergi school sebab mungkin dia tengok kawan dekat rumah pengasuh ramai dah pergi school kan. Lagi satu terpengaruh dengan upin ipin pergi tadika so dia rasa best kan. hahaha. Pergi speedmart nampak buku, pensel, pemadam semua dia nak so benda macam ni aku beli je la. Memang dia punya level excited nak sekolah tu awal sangat so aku ingat dia memang suka la kan. Takpe sebagai mak kita layankan je.


Gigih survey tadika anak dan ramai juga kata awalnya 4 tahun hantar anak tadika tapi apa yang mendorong untuk hantar awal ialah sebab anak aku sendiri tunjuk minat nak sekolah dan bukan kehendak aku semata. Kalau anak tak ready lagi jangan la hantar. Lagi satu bayar pengasuh dengan tadika pun lebih kurang so bagi aku ada bagus dedahkan dia playschool atau preschool awal-awal sebab umur 4 tahun tu dia dalam fasa nak belajar dan senang ikut apa dia nampak.



So nak dijadikan cerita aku daftar anak aku dekat Little Caliphs sebab dekat sini Islamic English medium dan kawasan tempat ni selesa. Aku tak prefer shoplot so masa survey area sini memang LC nampak selesa dan yuran semua agak okay. So proceed je la. Lagi pun ramai cakap LC ni bagus kan so tak salah mencuba dan dalam setahun pertama tu kita kena ambil tahu juga. Bukan main lepas je harap dekat teacher asuh anak kita pula. Dekat LC aku ambil fullday sebab bagus dekat sini petang tu dorang diajar solat jemaah sekali dari aku trasnit kan dia macam lagi risau je naik van tu pula. So biar je dia dekat sana sampai petang.

Hari pertama - daycare


Hari pertama hantar 2/1/2018 tapi belum belajar cuma ni kira daycare sebab aku ambil fullday kan. Pagi tu dia paling excited bangun pagi mandi dan minta pakai baju seluar handsome (jeans). Jam complete la.. Tak perlu baju sekolah pun tapi aku ingatkan anak aku punya request tak sabar nak pergi school tu dia okay la sebab seminggu sebelum sampai taknak dah pergi rumah pengasuh. Sekali haaa kau... tak boleh lepas macam budak kena dera je. Masuk pintu pagar mata dah berair lepas tu tak lepas baju mama dia, bila dia okay bangun nak keluar dia punya menjerit tu haaa macam apa dah so tunggu la kejap dekat situ. Aku dah sedia maklum anak aku ni tak mesra alam sangat dengan orang. Susah sangat dan lagi-lagi hari pertama semua orang baru.

Tapi nak cerita yang bukan anak je sebak tapi mama dia pun sama bila tengok anak nangis teruk kena tinggal tu ya rabbi. Aku ingat aku ni hati besi sekali dengan aku bergenang gak air mata. kah kah kah emosi lain beb. Lagi pun ni pertama kali tengok anak aku meraung bagai didera macam budak mak buang je adehhhh... drama gila weh. Segala ayat dia keluar sambil teresak 'jangan laa tinggal asyraf' aduhhhh lemah gila rasa. Mula-mula aku paksa suruh teacher dia pegang tapi lagi teruk dia meraung. Pertama kali sepanjang umur dia aku tengok dia nangis teruk camtu sebab even tak dapat mainan pun dia still boleh dipujuk elok. Ini memang lain terus sampai aku jadi berat hati sangat.

Oleh sebab teruk sangat ada teacher lain datang pesan dekat aku. Jangan paksa anak macam tu sebab nanti dia akan lagi trauma, kira psychology budak juga so tips dia teacher tu pesan tinggal dalam keadaan dia okay dan slow-slow. Jangan paksa minta orang pegang dan tinggal. Itu budak akan lagi trauma. Tunggu sampai budak-budak lain sampai berkumpul dan dia nampak ramai kawan dulu.


Yaaa tips ni betul sebab Asyraf ni suka kalau nampak ramai budak sebaya dia. Dorang akan ada perhimpunan pagi so teacher dia panggil beratur ramai-ramai dan dia tiba-tiba bangun juga beratur join yang lain. Masa ni la teacher dia kata boleh slow-slow tinggal tapi kena cakap elok-elok dengan dia. Masa ni aku bangun ke pintu slow-slow dia pun perhati je mama dia gerak tapi dah pesan mama kena duduk luar sebab teacher suruh beratur dan dia dah siap pesan jangan tipu asyraf.. jangan tinggal asyraf tapi masa ni sorry anak mama kena tipu sikit nanti kita counter balik. hahahahhaha Anak aku memang pantang orang tipu dan akibat dia sampai now dia cakap aku tipu dia. hahahahha jenuh aku nak clean up balik memory dia tu.

Masa dekat kereta haaa aku dah dengar suara jeritan dia cari mama tapi sorry anak mama terpaksa gak. Mama join nangis sekali la dalam kereta sambil drive masa tu. hahahahhahhahahha Dalam hati moga dia okay saja.

Hari pertama - preschool


Bagi umur 4 dan 5 tahun hari pertama pendaftaran tadika 3/1/2018 dan umur 6 tahun daftar pada 4/1/2018. Mungkin nak biasakan yang baru-baru sekolah. 6 tahun biasa dah besar tak kisah pun kan. Tapi untuk Asyraf ni kira hari kedua dia dekat LC. hahhahahaha sebab hari pertama dia macam trauma terus hari kedua nak daftar sekolah ni dia taknak bangun pagi. Tapi sebab hari pertama daftar tadika ni ada aktiviti dengan parent sekali so aku dengan abah dia ambil cuti la. Hantar sama-sama dan join aktiviti tu. Mula-mula dia badmood pagi tu tapi sebab abah dia ada sekali so okay sikit. Bila sampai semua parent ada so nampak meriah la. Terus dia happy mungkin ingat mama abah dia join school sekali kot. hahahha..



Hari pertama sekolah menarik betul aktiviti. Okay la untuk menarik perhatian budak kan. hehe tapi aktiviti ni kejap je dalam pukul 9.30 ke 10 pagi tu semua parent dah beransur balik dan berjemaah la mereka melalak. kah kah kah. Hari tu bapak dia janji nak bawa tengok tv besar (movie) bila balik school tapi sama tak makan saman. Melalak juga tapi nak buat macam mana. Kena kebal kan hati la. Masa ni terpaksa tipu juga konon mama tunggu luar dan suruh dia ikut teacher masuk bilik maka berlari la kami laki bini keluar. hahahahhahahaha..



Oleh sebab tak sampai hati kami dua cuti so hari tu ambil dia separuh hari je. Habis class kami ambil, padahal konon nak juga dating berdua kan bukan selalu tapi tak sampai hati. Tengahari tu ambil dia awal so tak tunggu daycare la kira. Masa ambil ingat dia okay sebab 1st day masa daycare tu dia nangis pagi dan masa nak tidur kejap nangis tu je. Ini kali dari saat kami tinggal sampai ambil non stop nangis teacher cakap. Masa kami sampai tu dia baru tidur sebab penat nangis. Nasib baik laaa ambil tengahari tu. Suara serak teruk kauuu.. Sedihnyaaa..


Dan hari seterus nya drama pagi berterusan dan dah la bapaknya out station. Dengan mama dia pun nangis la pagi-pagi hantar anak. hahahhahahah Emosi semua la ada. huhuhu Tapi masuk minggu kedua ni nampak ada perubahan sebab dia punya perasaan nak ke sekolah tu ada dari tahun lepas cuma environment dan orang baru tu buat dia rasa tak selamat so setiap malam dan setiap masa kena cakap ayat-ayat manis dan tabur segala janji haaa... Seminggu pertama tu azab juga laa mama dia kena tunaikan janji toys, bawa jalan laa dan sebagainya. Cuma word "mama tipu dia" tu tak boleh nak padam kan lagi dari minda so kita reverse psychology la cakap mama bukan tipu atau tukar topik. Pandai-pandai laaa. hahaahhaha So minggu kedua mama dah tak perlu tabur janji. Cuma kena cakap segala kebaikan sekolah-sekolah di Malaysia. hahahahahha dan minggu kedua dia dah start belajar so dia dah nampak kebaikan yang mama dia cerita selama ini. Okay la kan... Idaman dia nak menulis, mewarna dan belajar macam abang-abang yang dia tengok dekat rumah pengasuh dah tertunai la gitu.



Sekarang seronok je dapat whatsapp teacher update aktiviti mereka dekat sekolah. Baru masuk minggu kedua dah macam-macam improvement nampak. Antara nya makan siap doa sekali maksud, biasa dia tau baca doa je tapi sekarang siap maksud baru makan. hahaha.. Asal dengar azan je nak solat sampai kadang-kadang solat isyak sampai 3 kali. hahahah.. Dengar orang bagi salam walaupun jiran sebelah pun dia tolong jawab. hehehehhe.. Comel sangat. Tak sabar nak dengar dia cerita bila ambil tu. hehehhe. Moga menjadi anak soleh.

9 comments

  1. wahhh, nampak mencabar betul hantar anak ke tadika ni, anak IQ pun macam lebih kurang macam asyraf ni, huhu, sama plak nama asyraf ni dengan arwah suami IQ, rasa kekok plak..haha!

    asyraf anak yang baik, InsyaAllah lama2 dia boleh adapt dengan sekolah dia. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. macam mana la fariza nanti..hahaa..kita pun akan ikut nangis juga kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe fariza lambat lagi kan.. lagi pun dia ada adik pula nanti.. matang awl okay kot insyaAllah..

      Delete
  3. hamboi kemain kebaikan sekolah di Malaysia hahaha. terbalik dengan Lihin. 1st day super excited. lama lama dah malas sebab kena bangun pagi. kena heret dia pergi mandi, pakai baju kena paksa. dia sanggup berkemban lari lari kat ruang tamu, lepas tu heret turun lift. Ya Allah dengan I masuk lambat -,-'' kesian jugak dia, dia memang tak biasa bangun pagi, mandi pagi bagai. I sendiri pun tadika petang -_- nak kena tukar tadika lain la jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ye tadika petang? dia dah biasa dgn nanny dia kot.. I mandikan air panas dia ok cuma biasa drama pagi2 mesti ada.

      Delete
  4. Comelnyaa dengan botol susu diaa tuuu hehee

    ReplyDelete
  5. comel asyraf. sama macam anak saya FL - tahun ni masuk preschool. Alhamdulilllah dia seronok sangat, pagi2 dah tak bangun lambat - bangun awal sebab excited nak pergi school.hihi

    ReplyDelete
  6. seronok baca pengalaman 1st tadika anak sis,,,,hhehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...