Survey tadika anak

Aku ni kategori mak yang terlalu fikir masa depan ke macam mana entah atau itu normal untuk semua mak? Aku start survey tadika anak ni dari tengah tahun 2017 lagi. Kalau ikut tahun 2018 baru Asyraf 4 tahun la. Ada yang berpendapat tak perlu pun hantar lagi ke tadika sebab baru 4 tahun dan ada juga suggest hantar awal. Tapi aku macam berpendapat perlu hantar awal sebab aku nampak dia dah berminat nak pergi sekolah. Actually dari awal tahun dia yang minta nak pergi school, beli buku, pensel, beg dan sebagainya. Tiru abang-abang dekat rumah pengasuh la ni. Dia tengok ramai pergi school so dia pun nak. Kalau dia tak berminat memang aku pun taknak paksa hantar. Kena tengok anak masing-masing la. Dari dia baby aku hantar dekat rumah orang jaga bukan taska so environment memang lain.


Oleh kerana dia sendiri tunjuk minat dan minta pergi school siap nak naik bas sekolah so aku gigih la survey dan mula tanya orang. Guess what? Aku terkejut bila tau yuran tadika mahal. Sejujurnya aku ingat macam sama zaman aku dulu. Cukup masa hantar je tadika dan aku ingat murah je yuran sebab tadika je kan. Sekali nah kauuuu mahal! huhuhuh Harga yuran berbeza pula tu ikut kawasan. Luar bandar dan dalam bandar. Itu la tak berapa nak ambil tahu sangat. Yuran bulanan tu aku rasa biasa je sebab bayar pengasuh pun around that tapi yang tercekik adalah yuran pendaftaran. Oh realiti zaman sekarang. Masa member aku pernah cerita daftar anak yuran sekian2 dan masa tu Asyraf kecil lagi aku buat tak tau sangat dan kurang nak amik port sebab aku ingat maybe pilihan dia cari yang mahal rupanya salah! hahahha Maafkan mak sejenis aku ni. Kena rasa baru faham so mind you if sesapa tengah baca ni rasa aku over ambil yang mahal ke apa. Korang rasa sendiri masa nak pilih tadika nanti ye! Jangan kata akak tak remind. Aku share sekali beberapa tempat yang aku dah survey.


1) IMAN PINTAR


Masa aku pergi ni hujan so mampu ambil gambar luar dari dalam kereta je. Aku pernah sembang dengan parent yang hantar anak dekat sini. Dorang cakap anak okay hantar sini tapi actually masa tu aku tak reti nak tanya in details apa lagi pasal tadika. So kalau tanya anak okay ke tak mesti la semua jawab okay kan?



Dari segi tempat aku suka sebab walaupun shoplot tapi 2 tingkat ke 3 tingkat ni, lupa pula nak tanya. Semua bilik ada cctv dan dekat bawah ni ada playground besar untuk anak-anak main.Yang menarik dekat sini terima dari baby so boleh hantar dari umur 2 bulan. Ni susah nak jumpa kan satu pusat ada semua taska, tadika, transit, daycare dan terima baby atau aku je yang tak tau? hahah  sebab masa Asyraf dulu memang target nak hantar rumah orang sebab memang tak nak hantar taska. So memang tak survey pun taska dan daycare.

Iman Pintar ni ada banyak cawangan juga, ada yang provide transportation untuk transit dan ada yang tak ada. Kena pergi check la ye kalau perlukan transport atau boleh je ambil transport luar untuk pickup.




Aku masuk sekali jumpa teacher dekat sini tanya pasal yuran dan details untuk pendaftaran tapi masa ni awal lagi belum ada opening untuk 2018. So just survey current fee je la dulu. Since ni tadika pertama aku survey so aku tak banyak tanya sangat dan lagi pun memang tak pandai nak tanya apa lagi masa ni. Just dengar je explaination semua tu. Ada 2 jenis tau iaitu satu playschool dan satu lagi preschool. Asyraf baru 4 tahun next year boleh kategori playschool atau preschool. Tapi aku survey preschool terus dan kalau yang taknak anak belajar sangat lagi boleh pilih playschool je.

Kalau tanya aku overall aku suka Iman Pintar sebab selain dekat dengan rumah, yuran pun murah. Kalau ikut yuran bulanan 2017 ni RM350 tapi dengar kata 2018 harga dah naik. hahha Cuba cakap apa je tak naik zaman sekarang? Aku survey untuk full day tau, kalau surirumah tu tak perlu risau la hantar anak sekolah je lepas tu tengah hari dah ambil memang murah je dalam RM200.


2) TADIKA ILMIAH BONDA


Sebenar nya ni tadika pertama aku nak survey sebab banyak review dekat facebook aku baca kata bagus dan nampak banyak aktiviti. Tapi hari aku nak pergi tu teacher tak available so tak dapat nak masuk tengok. Tadika ni shoplot tingkat atas tu yang pusing sekitar dan jumpa Iman Pintar sebab dekat sini juga.


Ni yuran yang teacher dia share since aku banyak kali cuba pergi tapi tak ada rezeki lagi nak masuk. Walaupun tingkat atas tapi dari apa yang aku nampak sharing dekat facebook memang menarik. Macam biasa kau pm parent yang pernah hantar sini cakap okay. Aku tak pasti la okay macam mana tu. hahah Tak banyak aku boleh share pasal tadika ni sebab belum berkesempatan untuk masuk tengok lagi.



3) LITTLE CALIPHS




Yang ni paling menarik minat aku sendiri sebab kawasan dia macam rumah sebiji ke boleh panggil bungalow? Kawasan lapang. Masa aku survey ni memang bawa Asyraf sekali dan dia paling excited la. Lepas ambil dari rumah pengasuh aku bawa terus sini sebab dekat then masa sampai tu dia siap excited bawa turun beg dia sekali letak sama-sama dengan beg budak lain. Acah pergi school la kot kan. hahaha. Terus pergi join sekali main dekat playground. Cikgu pun ramai duk perhati sebab masa ni memang masa budak-budak balik pun so tengah tunggu parent ambil anak la.


Ni yuran dekat little caliphs dekat kawasan aku dan yuran LC ni berbeza ikut kawasan. Bergantung cawangan masing-masing so jangan pelik kalau compare dengan harga LC kawasan lain. Memang berbeza dan kalau kawasan luar bandar memang jauh lebih murah la. Aku pun baru tau sebab ramai anak kawan aku daftar little caliph so ada juga survey tanya.

4) SMART READER KIDS


Antara banyak-banyak tadika dekat atas ni aku berkenan dengan Smart Reader Kids pada awalnya tapi smart reader tak ada daycare kawasan rumah aku ni. Kena hantar transit dan harga jadi mahal la. sobbbssss. Masa survey ni aku pergi masa open day senang pergi dengan laki aku sekali. Ramai cakap bagus tapi bab transit tu je. Maybe kena survey transit mana pula murah. Kalau aku ni suri rumah memang dah hantar sini senang hantar dan ambil je. Tapi belum mampu jadi suri rumah sepenuh masa nak.



Yuran bawah ni kata untuk full day tapi full day smart reader bermaksud sampai pukul 4.30 petang saja so kena juga hantar transit daycare kalau makpak dua-dua kerja. Kalau half day sampai tengahari saja. Kedudukan smart reader ni dekat shoplot tingkat atas. Yang bagus ada banyak pilihan bahasa tambahan yang lain sekali seperti bahasa mandarin, tamil dan juga agama. Boleh pilih untuk add on tu antara sebab aku berminat dengan smart reader ni. Sekarang anak aku terpengaruh dengan korean language, dah mak dia selalu tengok drama korea kan anak pun suka kartun korea. haaa ngam laaa tu. hahahhaha



Ni je la antara tadika yang sempat aku survey dan baru ni aku baru tau ada PASTI baru buka dekat kawasan rumah aku. Dulu belum ada tapi opening start 2018. Yuran bulanan dalam RM160 je tapi tak ada daycare dan pendaftaran dalam RM800 je. Aku kena consider juga cost untuk transport dan daycare so lepas kira tambah tolak lagi mahal hantar PASTI. huuhuhuhuh.. Lebih kurang tempat lain. Gila tak dilema cari tadika anak dengan zaman sekarang ni macam-macam ha. Kita pun risau. Aku belum confirm mana nak hantar tapi ada la booking dulu.


Nak tunggu beranak dulu ke hantar je dulu? hahahhaha

2 comments

  1. I feel you babe! ko sama macam aku gak ni. HAHAH! survey semua yang ada and praktikal. Bagus tindakan ko tuh, aku sokong. Cuma aku nak bagitau, pape pun..tenaga pendidik yang ada dalam tadika / taska tuh yang memainkan peranan sangat penting. Kalau hantar tadika KEMAS pun and if cikgu die BAGUS. InshaALLAh..memang puas hati. Compare hantar ke tadika yang namanya sangat gah tapi pengisian yillek. Hehe...sekian pendapat aku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree beb! tp nak tau dkt mana cikgu yg bgs tu pun tricky. Kira rezeki la kalau dpt ckgu anak yg bgs.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...