Cara buat air nabeez

Asalnya aku tak suka makan kurma walaupun tahu banyak khasiat kurma tapi belajar dan paksa diri amal sepanjang mengandung dulu buat aku rasa suka dengan kurma. Alhamdulilah sepanjang pregnant aku cergas dan tak ada alahan. Memang berbeza betul la tapi still ada jenis-jenis kurma je yang aku boleh makan. hahhaha dasar cerewet. Ramadan tahun lepas aku amal masa sahur je makan kurma tapi tahun ni aku cuba amalkan air nabeez pula. 


Air nabeez


Air nabeez adalah air rendaman kurma atau kismis dan merupakan salah satu minuman kegemaran Rasulullah SAW. 

Kurma atau kismis dalam bilangan ganjil direndam dalam segelas air bertutup semalaman sebelum di minum. Kurma atau kismis tu kalau boleh carik-carik kan sebelum direndam baru lagi sedap rasa nya. Sebelum tidur rendam dan elok bangun sahur minum. Dah habis minum airnya kurma tu boleh la di makan jangan dibuang pula. Senang kan buat air nabeez. Rendam dan tinggal je semalaman. 


Khasiat Air Nabeez Kurma


1) memberi tenaga - InsyaALLAH cergas sehingga berbuka puasa
2) tinggi kandungan fiber - kawal kolestrol dan memulihkan sistem pencernaan (lawas)
3) banyak zat besi
4) kaya dengan pottasium - jaga jantung dan stabilkan darah

Kalau nak senarai kan terlalu banyak khasiat air nabeez kurma ni sebab kurma sendiri memang penuh dengan khasiat. Rasulullah SAW pernah bersabda yang membawa maksud;

"Rumah yang tiada kurma ibarat rumah yang tiada makanan"


Lepas aku baca ni aku keep on topup kurma. Tak pernah lagi putus kurma dari ramadan tahun lepas. hahahah lagipun senang nak dapat kurma sekarang tak perlu pakcik ucop iklan baru nak cari. Mari la kita amalkan makanan sunnah untuk kesihatan bersama gituuu moga akak dapat istiqomah.. fuhhh~ oh ya satu lagi aku amal sebelum ni adalah minum air jus delima brand gulsan tu. Ni baru je beli baru lagi sebab yang aku beli ritu dah sedekah dekat orang kan lepas tu tak nyempat nak beli sampai la nak puasa baru ni aku beli la buat stok. hehheheheeh 




1 comment

  1. minum gak ni dlu masa nak susu badan.. tp blend lg bes. heehhehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...