Pencuci muka untuk semua jenis kulit – Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Masalah kebanyakan orang dalam pemilihan pencuci muka ni antaranya sebab tak pasti jenis kulit muka lepas tu masuk drugstore main beli je apa yang ada. Janji dapat cuci muka lepas tu bila muka break out, kusam ke berjerawat mula panik. Sebenar nya kita kena tahu jenis kulit masing-masing sebelum beli apa-apa produk dipasaran. Aku ni pun sama bila terlepas masuk drugstore jadi lama sangat sebab ralit baca bahan-bahan dekat setiap produk tu. Pencuci muka ni pula ada sesetengah tu kena ikut kategori kulit seperti oily, dry, combination, sensitive, acne-prone. Masa tu la confuse jenis kulit apa kan. Lagi satu kalau salah beli takut ada effect pula bila guna. Semua orang terutama nya wanita memang sangat pentingkan pasal kulit. Yela siapa taknak kulit cantik dan sihat kan. Aku ni tengah sunburn kerja site pun dah bising macam mana nak buat kan.



Cetaphil Gentle Skin Cleanser


Tapi aku nak share satu jenis cleanser ni. Ramai dah kot tau even pakar kulit pun recommend guna produk ni cuma aku je lambat sikit guna. Cetaphil Gentle Skin Cleanser (GSC). Yang best Cetaphil GSC ni sesuai untuk semua jenis kulit so tak perlu termenung lama dalam kedai untuk tengok cleanser type mana. Senang kan? hahahah


Cleanser GSC ni juga boleh guna di muka dan juga badan tau. Yang ada masalah kulit badan atau jerawat badan pun boleh la guna produk Cetaphil GSC ni. Tak perlu nak cari body wash lain untuk badan pula sebab sekali je ni. Tu yang special nya produk ni. Cleanser ni tanpa buih sabun dan juga tanpa pewangi. Memang macam neutral je. Dermatologist pun recommend produk ni untuk mereka yang ada masalah kulit.



Cara penggunaan Cetaphil Gentle Skin Cleanser 



Tahu tak yang GSC ni boleh guna cuci muka dengan air macam biasa atau TANPA AIR. Hebat tak? Aku dah cuba guna kedua-dua cara memang best dan tak rasa melekit sabun macam pencuci lain walaupun tanpa bilas dengan air.

Mencuci dengan air

1) Pam sedikit ditelapak tangan
2) Urut atau sapu lembut terus ke muka atau badan
3) Bilas dengan air

Berbeza kan? Biasa kita ambil pencuci dan campur sedikit dengan air sebelum urut ke muka kan?

Mencuci tanpa air

1) Pam sedikit ditelapak tangan
2) Urut atau sapu lembut terus ke muka atau badan
3) Lap dengan towel yang bersih, kering dan lembut atau boleh guna cotton pad



Mula-mula aku was-was juga nak terus sapu tanpa guna air ni. Aku paling tak suka benda melekit ni memang aku alergik sikit. Tapi ni saja test guna tanpa air memang betul la. Elok je cuci weh tapi kalau rasa tak puas nak kena bilas dengan air pun terpulang la. Texture sama lebih kurang macam anti bacterial sanitizer tu tanpa perlu bilas.


Cetaphil GSC ni memang sesuai untuk semua jenis kulit dan selamat digunakan kalau mengikut kata dermatologist sebab recommended by them. Lagi satu yang korang kena ingat bila nak tahu pencuci muka tu elok ke tak dengan kulit korang. Pastikan selepas mencuci muka tak rasa tegang atau perit sebab apa? Kalau dulu aku ingat muka rasa tegang tu bagus dan ingatkan minyak dekat muka bersih lepas dicuci kan. Silap sebenarnya bila tegang tu sebenarnya tanda tak bagus sebab kelembapan pada kulit dah tiada la lebih kurang. Bila guna Cetaphil GSC ni memang tak rasa kering atau tegangkan muka. Rasa moist je lagi satu bila cuci guna GSC ni memang tiada buih sabun tau so jangan beria sangat picit banyak-banyak sebab sama je banyak ke sikit tetap tak buih. Hahahhah Pencuci ni juga tak menyumbatkan pori-pori pun dan tak pedihkan mata pun. Okay je guna cuma nya benda yang tak best sebab kalau dah biasa guna pencuci yang berbuih mesti korang rasa tak puas sikit. Itu je la tapi fungsi mencuci tetap sama dan selamat. Lepas cuci akan terus rasa kulit moisturized.


Macam aku jenis kulit kering sekarang sebab kerja dekat site sepanjang hari so aku sangat kisah dengan pencuci muka yang boleh bantu kulit lebih moisturized dan balance kan balik PH kulit. Takde la terlampau kering dan memedihkan kulit. Lagi satu yang aku suka sebab GSC ni boleh guna sebagai sabun badan maka aku akan sental area tangan aku yang sunburn tu juga. Makin kering pedih dekat tangan sebab terdedah panas kan. Takde la fokus dekat kulit muka semata sebab tempat lain pun kena extra care juga. Ni kang muka dah elok tangan hitam sunburn pun mencacatkan juga. Hahahaha Nak raya dah ni so kena la jaga lebih sikit. Segan kang jumpa orang masa raya nanti. Dah la jarang dapat jumpa sanak saudara kan.


24 comments

  1. Banyak review fiza baca kata cetaphil ni bagusss. Nak tryy jugak lah!

    ReplyDelete
  2. wah biar betul boleh tanpa air. menarik produk ni. kalau ada pakaging travel memang sangat memeudahkan ni.

    ReplyDelete
  3. Ramai kawan-kawan pakai skincare ni.

    ReplyDelete
  4. saya suka brand cetaphil ni, especially anak i ada eczema, doctor syorkan setaphil sebab PH dier ok. nanti ada sale nanti i nak beli a few. ;)

    ReplyDelete
  5. Kawan2 emi ramai je yang guna pencuci muka cetaphil ni. Katanya elok, lagi2 untuk kulit muka sensitif dan jenis yg dah breakout. Macam emi so far kulit muka masih terkawal, so tak berani la nak tukar skincare.

    ReplyDelete
  6. Ramai kata produk ni bagus, sis lom cuba lagi. Tapi rasanya nak bagi anak dara cuba sebab kulit muka dia jerawat teruk, mcm2 produk dah cuba tapo still gitu. Nak cuba yang ni pulak lah

    ReplyDelete
  7. I'm loving this cetaphil product... I'm using it too and found it really good.... quality product indeed...

    ReplyDelete
  8. ni la pencuci muka yg aida beli utk anak dara aida.
    recommended by doktor utk kanak-kanak seawal umur 10 thn.
    jika ada dah jerawat kecil2.
    bagus. bila doktor kata bagus, surely bagus kan.

    ReplyDelete
  9. serius mmg bagus..sepjg yanie guna ni. xnaik jerawat tp bila tukar pcuci muka..naik blk jerawat..huhu gtai oi tukar pencuci muka huhu

    ReplyDelete
  10. Betul, aku ni jenis tak tahu apa produk yang sesuai dengan kulit muka. Asyik berganti je bila satu produk tu da habis. Tapi kalau yang ni mungkin ok kot, sebab aku banyak kerja luar berbanding office. Kadang seminggu lebih baru ada kat rumah...Lagi pun, macam ok je produk ni boleh guna tanpa air..

    ReplyDelete
  11. Pernah LG Guna cetaphil ni. Tpi masa kt Ausie hari tu murah betul cetaphil ni. Balik Msia terkejut tgk rega diaπŸ˜…

    ReplyDelete
  12. banyak juga yang saya dengar produk ni mmg bagus. jenama yg dipercayai. tapi belum pernah try lagi. in shaa Allah nak trylah lepas ni. :)

    ReplyDelete
  13. Wah, macam produk baharu ka? Naim tak biasa guna lagi. Kalau guna produk berasas biasa macam anti jerawat. Kekadang kulit x sesuai semua produk sebegini. hehe. Apapun terima kasih review terbaik hehe

    ReplyDelete
  14. Kak nina pun guna cetaphil. Best!
    Senang sangat sebab satu family boleh pakai. Jimat mudah. Sebotol ni jer cukup tuk bawak travel.

    ReplyDelete
  15. Setiap muka lain2. Kena kenalpasti dulu kan jenis kulit sesuai atau tidak. Bagi kitorang lelaki pun perlu jaga kulit dari minyak, jerawat. Selalu jugak tengok orang post pasal produk ni. Hopefully membantu la masalah kulit ni πŸ˜…

    ReplyDelete
  16. ramai orang kata bagus tapi haritu orang yang pro organik tak berminat snagat dengan cetaphil katanya ada paraben contained... huhuh.. macma i pakai cetaphil awal awal memang bagus deep cleansed je rasanya tapi tak tahu lama lama kulit i jadi macam immune pula :(

    ReplyDelete
  17. sis tak prnh guna lg jenama ni.. ramai ckp okay.. bagus.. x tau tak pernah try lg.. lepas baca review ni hmmm mcm nk cuba beli n kasi kat anak teruna yg ada masalah jerawat kat umah ni

    ReplyDelete
  18. Produk ni memang menarik sebab ianya sesuai untuk semua jns kulit. Kalau org ada masalh kulit pun xde masalah gunakannya. Harga agak pricey tapi berbaloi

    ReplyDelete
  19. ramai orang suggest, muka yang bermasalah guna cetaphil clenaser ni..diaornag kata muka semua ok..menarik..nad cuba suggets dekat akwan2 nad yang problem skin..lagipun clenaser ni tak banyak buih kan

    ReplyDelete
  20. best sabun ni. sesuai untuk kulit sensitif. saya pun pakai yang ini

    ReplyDelete
  21. Cetaphil memang terbaik. Saya dulu pakai. Tapi sekarang tukar sebab jumpa yang lebih sesuai. Hehe.

    ReplyDelete
  22. masih guna sampai skrg terutamanya bila muka rasa berminyak sangat ....memang best sebab boleh guna air dan tak...kadang sapu jer kat muka pastu lap dengan kapas ...pastu baru bilas

    ReplyDelete
  23. Cetaphil ni mmg bagus ...tp more to body rasanya... Sbb xsemua kulit muka sesuai utk jdkan as cleanser...kalau badan mmg wawa setuju sgt sbb segala gatal2 mslh kt bdn mmg cpt baik...cetaphil jenama yg sgt bgus utk tubuh badan serta beberapa jenis kawasan muka

    ReplyDelete
  24. Bestnya tak perlu guna air ye. Teringin juga nak cuba sebab ramai dah gunakan dan akui mmg bagus. Kulit Haida ni sensetif so sesuailah kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...