Sweet Cherry Zitron stroller D5126

Review sweet cherry zitron stroller D5126 



Boleh guna CS28 carseat for travel system ๐Ÿ˜˜


Dari masa mengandung selalu survey stroller.. Kira antara barang baby yang nak beli la siap ada dalam checklist... Of course mata duk usha quinny zapp and babyzen yoyo... Compact style stroller la kata kan.. Model sweet cherry tak ada lagi compact stroller macam tu kecuali umbrella style masa tu.. Tapi ni kira model agak baru sweet cherry.. Compact style.. Dalam website tak ada model ni tapi dalam facebook page ada.. Tak pasti kenapa.. 


Tapi kalau nak beli stroller better try dengan baby sekali sebab tak semua baby suka stroller macam my baby masa kecil meraung dia kalau letak stroller so kitorang hold dulu beli stroller.. Pernah try banyak kali siap bawa pergi midvalley still tak suka.. Nasib baik tu member bagi pinjam stroller dia je.. 


Kebiasaan orang cari stroller mesti nak yang ringan, jimat ruang (bila lipat), senang pasang dan lipat.. Yesss model ni ada semua ciri tu and mama is happy (lompat bintang)... Dulu mengidam quinny zapp la babyzen yoyo la sebab dia punya compact style menawan hati sangat.. Sekarang sweet cherry pun dah ada compact stroller selain jenis umbrella stroller tu... Yang penting murah dan cantik sangat model ni... dah mula berkenan masa mula2 tengok.. 




Boleh tengok beza umbrella folding (biru) dengan zitron stroller.. Lagi kecil dan jimat ruang compare umbrella style.. Dalam gambar ni tak nampak beza sgt sebab angle ambil gambar ni (sorry) 


Dia demo cara buka dan tutup sangat senang.. So kalau sorang pun tak leceh sangat nak pasang dan lipat balik... 


Nampak macam selesa kan baby tidur.. Actually tak berniat langsung nak beli stroller.. Husband ajak tengok stroller dan saja nak try letak baby.. Test2 la konon nak tengok meraung lagi tak.. Sekali letak terus dia menguap nak tidur.. Angkat masuk carrier balik takmau dah.. Nak masuk stroller balik.. Lepas tengok org jual tu demo pasal stroller ni terus berkenan bayar dan guna terus boleh??  Dari start letak dia tidur sampai nak balik masuk kereta baru dia terjaga.. Suka pula dia dengan stroller... 


Ni beli dekat AEON One Utama RM475


Even babywear but still kena ada stroller..  Now i know this is still in need but depend on situation.. For me sangat recommended this stroller.. Macam sama je dengan quinny zapp xtra 2.0... Hehehehe... 

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...