Resipi mudah sambal lada nasi berlauk

Semoga tak lupa kita share dekat sini. Biasa stok sambal lada ni aku ambil stok dekat kelantan bila balik. Aku minta nenek aku sebotol balang kaca atau ambil dekat rumah mama aku je. Sambal lada ni kena letak bekas kaca supaya tahan lama. Kali ni aku buat juga sendiri. Maklum la musim pkp ni nak balik raya pun tak boleh. So semua kena pepandai la sendiri kan.



Resipi ni bergantung juga pada bilangan cili. Banyak cili maka banyak la stok yang dapat sebab nama pun sambal lada kan. Hahahah okay bahan nya.

- Cili padi (kurang)
- Cili kecil hijau/merah (lebih)
- Cili besar 2biji
(Sebaik nya semua cili merah baru warna cantik sikit merah tapi sebab stok dekat rumah mostly cili hijau so jadi la warna seperti di atas)
- Bawang putih 2ulas
- Cuka
- Limau kasturi buang biji potong nipis dengan kulit
- Limau nipis perah ambil air saja
- Garam
- Gula 3sb ikut tahap pedas cili
- Belacan sikit



Cara nya ada step
1) Bakar bawang putih sekali kulit sampai agak masak je jangan hangus
2) Buang kulit bawang dan cuci dulu sebab akan ada kesan hitam kena bakar kan
3) Blend semua sekali
4) Cuka letak agak2 paras kuantiti cili saja
5) Sambil blend tu buka rasa juga, sepatutnya rasa masam manis pedas sekata. Adjust mana yang kurang.


Selamat mencuba

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...