Kari ikan sedap kalau dimasak pekat dan kurangkan santan atau tak letak langsung santan pun okay. Aku pernah cuba tapi kali ni aku share kari ikan mamak kurang santan.
Bahan-bahan kari ikan
1) kepala ikan tenggiri atau ikan apa saja yang kamu suka
2) bawang merah saiz besar 2 biji
3) bawang putih 3 ulas
4) halia 1 inci
5) kari ikan babas 4 sudu besar
6) daun kari
7) halba campur
8) air asam jawa
9) santan kotak kecil guna 1/3 sahaja
10) minyak
11) cili hijau
12) bendi/terung ikut mana suka
13) air
14) garam
Cara masak kari ikan mamak
1) blend bawang bawang merah, bawang putih dan halia.. ada orang suka hiris kan tapi aku lebih suka blend sebab senang kerja.2) tumis bahan blend dengan minyak yang banyak bersama halba campur dan daun kari
3) masuk kan serbuk kari ikan dan masak sampai pecah minyak
4) tambah air dan masak sampai pecah minyak dan ulang la berapa kali yang nak.
5) masukan air asam jawa dan biar sekejap
6) masukan santan dan biar sekejap dan boleh masukan air ikut kepekatan anda
7) perasa kan dengan garam secukupnya
8) akhir sekali masukkan ikan, cili hijau dan juga bendi/terung, biar sehingga masak
9) Siap!
Makan kari kalau tak ada sambal belacan rasa tak sempurna kan. Maka dengan gigih nya ku tumbuk jua sambal belacan ni. Sambal belacan ni macam-macam cara orang buat cuma untuk kali ni aku guna bahan-bahan ni;
Bahan sambal belacan
1) Belacan agak la berapa banyak kamu suka2) Cili besar 1 biji
3) Cili padi berbiji-biji anggaran segenggam
4) tomato 1 biji
5) Perahan limau
6) garam gula
Macam biasa tumbuk sampai lumat. Belacan tu baik goreng atau bakar dulu ye. Ok siap
Aku update post ni sebab aku rasa kari ikan aku ni terbaik gila so dari aku lupa kemudian hari maka baik lah aku update untuk rujukan sendiri dan mungkin bermanfaat untuk orang lain juga. Kalau jadi dan sedap memang aku akan usahakan update resipi dekat blog tapi sepanjang MCO ni macam-macam juga aku dah masak. Tunggu giliran la aku update ye.
No comments