Suffy goat selepas susu badan

Si adik nak masuk 2 tahun dah bulan 3 ni tapi masih menyusu badan. Aku ingat senang je nak tukar susu si adik ni rupa nya lagi susah dari Asyraf. Even asyraf yang hisap botol sepenuh nya dari ebm pun senang je bagi susu formula. Si adik berapa banyak jenis susu formula aku cuba bagi tapi semua gagal kecuali satu jenis ni je. Suffy goat.



Lepas tu bukan semua orang bagi susu dia nak minum tau. Pengasuh dia saja je dia nak. Masa dia duduk dengan nenek dia pun sama. Rela tak minum susu langsung. Tapi dia okay je makan dan minum air masak macam biasa. Dah besar kan. Ada bagus nya juga kalau putus susu terus sebab dah nak 2 tahun. Tapi dekat rumah pengasuh kena juga bekalkan susu ni. 

Baru ni aku cuba lagi tukar susu biasa yang murah sikit. Langsung tak nak juga. Hahhaah adik ni kan.  Bukan apa sebab susu ni bukan semua kedai jual so susah sikit kalau terputus. Hanya boleh dicari dekat farmasi atau azzain mart berdekatan. Tempat lain aku tak pasti. Susu ni juga aku bagi masa Asyraf dulu selepas susu badan. Nampak nya adik pun serasi dengan susu ni juga. Boleh la dari taknak langsung kan. Itu pun hanya dekat rumah pengasuh dia je dia mau.

Redha je la adik nak susu ni saja. Kena beli borong la nampak nya baru murah sikit. Harapnya senang juga nak putus susu badan lepas ni. Lagi 2bulan je lagi ni. Susu ni aku bancuh pun dia taknak minum. Macam mana la weh. Hahahah mak dilema ni.

1 comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...