Trip ke Jepun - Osaka Day 1

Semangat nak sambung cerita Jepun. Plan asal dari 5 hari berubah jadi 6 hari lepas tu ubah lagi jadi 7 hari. hahah sebab sehari kira travelling saja dah tu yang last-last confirm 7 hari. Itu pun rasa sekejap sangat weh. hahah tamak.



Flight kami ke Jepun kalau ikut jadual asal 12 Oct 2019, 2 petang dan hari tu juga la forecast pasal typhoon terkuat dalam sejarah kata nya, Typhoon Hagibis akan melanda Jepun. Disebabkan aku memang sentiasa update pasal weather forecast ni so boleh prepare sebarang kemungkinan. Dah redha ni kalau flight cancel ke apa kan. Kita hanya merancang haa gitu kau aku dah habis redha masa ni. Aku sentiasa update juga family pasal ni. Lagi satu aku memang ready je tunggu email dari airline kalau ada perubahan ke apa.

Seperti yang aku jangka aku dapat email flight delay. Kalau ikut live forecast typhoon tu dijangka sampai Jepun lebih kurang 6 petang so aku agak AA tukar boarding time sebab ni juga. Waktu asal dijadualkan 2 petang tapi ditukar ke 6 petang macam tu. Aku lega juga sebab nasib baik tukar masa je bukan cancel terus. Lama kan plan trip ni, kalau cancel mesti sedih tapi kalau pergi pun keadaan tak okay pun tak best so memang doa je dipermudahkan urusan semua.

Aku dapat info perubahan jadual waktu ni sehari sebelum penerbangan. Lepas dapat info perubahan jadual flight ni aku kena la inform orang airport transfer tu juga. Kang pergi airport awal-awal melangut dengan budak-budak ni lagi haru kan. Ada hikmah la juga ni, kalau tak pukul 9 pagi dah kena gerak ke airport. So aku tukar minta pickup pukul 11 pagi walaupun flight pukul 6petang sebab standard la kena awal 4jam kan sekarang untuk international flight AA.

Airport transfer dari rumah ke KLIA2 - KLIAVan




Nak dijadikan cerita dalam perjalanan ke airport KLIA2 tu tayar van kami pecah dekat highway. Meletup weh bau hangit siap. Alhamdulilah tak ada apa yang serius terus ke tepi jalan. So driver tu tukar tayar spare semua tu dulu. Nasib baik gerak awal juga so sampai airport boleh terus pergi kaunter print luggage tag dulu sebab AA kan kena self service la ye. Apa yang penting drop luggage dulu ye then baru fikir nak makan ke ambil modem wifi ke. Check in memang aku dah buat online awal-awal lagi. Senang.



Sebenar nya banyak la benda berlaku dalam minggu nak fly tu. Nama salah eja la lepas tu kena tambah bin atau binti la dalam booking details. Macam-macam la. Tapi alhamdulilah semua dipermudahkan. Normal la dan lagi pun pertama kali aku uruskan sendiri trip ramai macam ni. Agak risau sebenar nya. So biasa la kalau aku kalut sikit tu kan. Hahah Biasa fikir untuk aku laki bini dan anak-anak je. Tapi lepas ni kalau nak buat lagi family trip macam ni aku rasa aku dah expert kot. Hahaha. Belajar dari pengalaman gitu.

Settle drop baggage semua cari tempat untuk makan dulu. So sambil makan tu boleh gilir solat sekali. Aku lari kejap ambil modem wifi yang dah siap booking online. Aku booking vision data samurai untuk 7hari dalam RM126 unlimited data. Gilir la jaga anak dengan laki aku. Lepas siap semua makan, solat, ambil modem semua terus gerak masuk. Memang jauh kedalam la weh. Faham-faham je la KLIA2 ni macam mana. Jalan la kau sampai ke hujung dunia. Hahah okay gurau tapi memang kena pula gate kami ni paling hujung. Siap banyak stop weh rehat. Hahaha

Elok ngam sampai gate duduk sekejap dah beratur masuk. Bila ramai-ramai ni tak terasa sangat waktu menunggu. Aku tak sempat nak rasa bosan menunggu ke apa. Memang masa tu just nice je. Mula-mula aku tak perasan orang ramai beratur ni kenapa. Rupanya dah memang betul flight kami.


Dan bermula la the real struggle dengan si kecil tu. Asyraf tu dia dah mula lapar sangat sampai tak boleh tidur. Budak nak membesar ni memang manjang lapar. Baru lepas makan pun lapar lagi. Aku buat susu suruh minum masa take off tapi elok baru duduk dah habis susu. Nasib la dia tu dah biasa naik flight tak banyak ragam. Boleh control sendiri dah. Berdengung ke apa aku bagi je air kosong minum. Si adik je la mak kau struggle banyak. Tu dia ngamuk nak susu tapi aku tak bagi sebab plan masa take off nak bagi. Tapi sebab dia teruk sangat meraung terpaksa la bagi susu dulu lepas tu terus tidur.




Tapi jangan seronok sangat. Aku ingat aku dah lega weh anak tidur. Meleset harapan aku. Dia tidur kejap je. Tapi sempat la aku makan sebelum dia bangun tu. Lepas tu tawaf la kapal terbang tu berapa kali pun aku tak ingat. Nak dekat sampai juga la aku follow dia merayau tu. Kau bayang la flight ni dekat 7jam juga. Faham ke tak faham perasaan aku weh? Orang lain lena dibuai mimpi tapi aku kena ikut dia tawaf kapal. Hahhaahha



Agak tak larat aku pancing la ipad tapi dia taknak tengok sangat pun. Struggle sungguh dan ni his first flight. Hebat adik tak main domestic. Terus international haa. Hahahah abg dia dulu aku ajar juga domestic dulu lepas tu travel international pun dekat-dekat je. Hahah.


Borang Imigresen Jepun


Dalam kapal terbang akan dapat borang macam bawah ni. Makesure korang tahu alamat dan no telefon tempat tinggal dekat Jepun tu. Macam biasa la pergi memana pun mesti kena isi tempat kita nak tinggal sepanjang dekat sana.

(Ni borang dalam flight yang kena isi)


Kansai International Airport Japan - Imigresen Jepun


Sampai Kansai International Airport Japan lebih kurang pukul 1.30 pagi. Beza dengan waktu Malaysia 1 jam je. Jepun cepat 1 jam. Muka bila sampai sana bukan main ceria kan. Excited bukan main. Cuma part nak tempuh imigresen dia je aku cuak sebab aku declare part barang terlarang tu aku tick yes sebab meat product kira barang terlarang tapi better declare kan. Aku dah terbeli banyak so kira gamble je ni bawa. Paling teruk dia rampas je sebab dah declare. Kalau tak declare kena saman kalau kantoi. So pilih la mana nak. Hahahah 

(Cop pengesahan lulus pemeriksaan kastam)

Kalau korang tick yes dekat borang kastam tu. Lepas ambil beg semua kena bawa ke kaunter declaration. Dekat hujung sekali. Ikut je anak panah dekat situ ada arahan ke kaunter declaration. Sebelum tu aku tengok semua yang check beg akan dapat cop kalau lepas barang tapi masa aku tu dia kata okay je lepas tu bagi tau “no next time” tapi takde pula cop apa-apa lepas tu akan ada laluan check beg lagi satu. Aku takut sangkut situ so aku pergi balik kaunter declaration tu minta cop. Memang macam ayam dengan itik la sebab pegawai dia tak tau english. Hahahha lawak je tapi dia memang membantu sangat. Maybe takut tengok aku risau so dia follow je aku ke next tempat check beg tu. Tapi kami semua dia dah tak check pun beg situ terus je keluar. Hahaha Orang sebelum tu aku tengok kena buka semua beg. Lega la kan. Rezeki dipermudahkan. 

Kalau ikut jadual asal sampai sana pukul 10malam kan. Tapi sebab jadual dah berubah lain la jadi. Nasib la dekat sana guna private trip. So sekali airport transfer dah. Sampai pukul berapa pun ada orang tunggu. Aku tak boleh bayang kalau travel sendiri dan jadi macam ni. Nak tidur dekat airport dengan budak-budak ni? Fuhhhh pengsan. Hahah

Keluar je airport jadi syok kejap sebab sejuk. Lama tak merasa cuaca sejuk. Last dulu trip Korea la. Budak-budak pun dah segar. Habis la tengah pagi macam tu dorang segar. Lepas subuh baru budak-budak tidur weh. Subuh dekat sana 4.30pagi tau. Hahahha so tu la kisah hari pertama ke Jepun. Travelling saja weh. Hahah

Next nanti aku sambung.

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...