Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang lain yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kelantan;
1) Pembayaran zakat perniagaan McDonald's
2) Pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald
3) Penyerahan pek "Kembali ke Sekolah" kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.
“Kami komited membantu golongan masyarakat
yang memerlukan di seluruh negara memandangkan ia merupakan nilai teras
McDonald’s Malaysia. Sokongan padu yang diberikan oleh pelbagai pihak
membolehkan kami terus menjayakan inisiatif-inisiatif kemasyarakatan ini,
seterusnya meringankan beban yang ditanggung oleh golongan ini,” kata Azmir
Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia
“Kami juga berharap pembukaan restoran
terbaharu di Kelantan ini mampu menjadi nilai tambah kearah merancakkan lagi
ekonomi negeri – khususnya melalui peluang pekerjaan dan pembangunan bakat
melibatkan masyarakat setempat. Kami percaya dengan pertumbuhan perniagaan yang
positif, bermakna lebih besar peluang kami untuk menyumbang kepada manfaat
masyarakat secara menyeluruh,” tambah Azmir yang juga Presiden RMHC Malaysia. RMHC
Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia.
“Program Komuniti yang dilaksanakan oleh
McDonald’s Malaysia ini dilihat sebagai sokongan kearah membentuk keharmonian
ekonomi dan sosial di Kelantan. Kita amat menitikberatkan keperluan rakyat bagi
menjamin kemajuan negeri, memandangkan ia juga merupakan salah satu langkah kearah
meningkat taraf sosio ekonomi rakyat negeri ini. Penglibatan syarikat korporat
seperti McDonald’s bersama kerajaan negeri kearah kesejahteraan rakyat
merupakan sesuatu yang amat dialu-alukan dan wajar dicontohi,” kata YAB Ustaz
Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.
Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia
McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan
zakatnya kepada negeri Kelantan untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah
RM101,000.
McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima
Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima
sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.
"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100
peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami
mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan
masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah
diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari
Arab Saudi," kata Azmir.
Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan
menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30
peratus kelas teori di bilik darjah.
Program yang ditaja sepenuhnya ini
diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia –
salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan
modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.
"Kami teruja untuk mengalu-alukan para
belia dari negeri Kelantan untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap
melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang
diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan
seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata
Azmir.
Program ini adalah sebahagian daripada
Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan.
Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka
layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani
SLDN McDonald’s.
Setiap pelatih menerima elaun
sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta
makanan percuma.
Program “Kembali ke Sekolah”
Lebih 1,400 kanak-kanak dari 48 sekolah di
seluruh negeri Kelantan akan menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini.
Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh
McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia
dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program “Kembali ke Sekolah” yang
dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang
terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan
seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah
dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah"
menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di
negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.
Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan
mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan
beg sekolah bernilai RM100.
Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan
RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai
RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula
menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah
sumbangan sebanyak RM1.2 juta.
RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan
pilihan McDonald’s Malaysia yang memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk
membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. Ini termasuklah Program
“Kembali ke Sekolah”, Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald dan
‘Gift of Smile’.
Pada bulan Jun tahun ini, RMHC Malaysia telah
membuka Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia, yang terletak di Hospital Universiti
Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Rumah Ronald McDonald bertujuan
menyediakan kemudahan penginapan sementara yang lengkap kepada keluarga pesakit
pediatrik yang menjalani rawatan di hospital berdekatan. Pembinaan Rumah Ronald
McDonald di HUSM ini memenuhi keperluan keluarga pesakit pediatrik dengan
membolehkan mereka berada dekat dengan anak mereka, disamping meringankan beban
kewangan dengan kos penginapan yang amat berpatutan, berharga RM5 untuk satu
malam.
Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di
talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/
jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC
Malaysia.
No comments