Makanan untuk kaki travel - travel food Brahim’s

Sementara anak taknak tidur ni terasa nak update blog kejap. Mood blogging bukan kira masa sangat.    Lama dulu aku dah pernah update pasal travel food jenama Brahims ni kan. Saja la aku nak tambah sikit update terkini. Sekarang banyak dah pilihan travel food kalau nak diikutkan. Kembara Meal, sharifah food, produk adabi dan banyak je dekat supermarket sana yang well packaging. Even pasta pun dah ada instant food dan senang bawa travel lagi-lagi yang ada budak. Tapi bila travel ni memang tak boleh nak expect nak sedap sangat. Ni untuk standby je.


Okay berbalik pasal brahim ni apa yang aku perasan of course la harga naik weh. Boleh refer post lama aku pasal produk Brahim ni tapi masih kira murah bila beli direct kilang dekat Bangi ni. Pastu kedai dekat kilang dah cantik tau. Terkejut aku sebab berbeza la dari aku pergi dulu. Lebih pada rupa store. Hahahah

Cara ke kilang Brahim’s - https://www.athirahassin.com/2017/03/beli-brahims-murah-dewina-food.html?m=1







Dulu lauk RM4.95 dan nasi bermula dalam harga RM7.80. Ni harga dekat kilang tau. Pastu datang balik tahun ni tengok. Lauk RM5.80 dan nasi beriyani RM9.50. Nasi goreng lain aku tak tengok sebab memang nak cari lauk je. Aku tak suka nasi goreng Brahim ni tapi lauk dia boleh la diterima jika terdesak. Hahaha Walaupun harga naik tapi masih murah okay compare dekat supermarket. Lagi satu harga Brahim agak murah compare dengan travel food lain. Eh jangan suruh aku beli semua yang lain tu. Ni pun pening fikir nak bawa apa standby food last-last pilih Brahim juga.




Tapi kan sebenarnya aku tergoda dengan Sharifah food sambal sotong tu. Hahah Nak kena juga la try order kan. Okay kita order la sikit nanti. Heheh Pastu sambal bilis kering macam wajib juga je bawa. Hahaha.. Nafsu sungguh. Buat berat beg je. Tu je nak share. Bye

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...