Resipi nasi ayam madu paling cepat dan sedap

Kalau korang sama macam aku. Nak masak pun berperang dengan anak-anak. Semua kalau boleh nak bergantung je dekat mama dia ni. So korang di blog yang betul. Kekadang teringin nak masak nasi ayam tapi rasa renyah kan. Ikut resipi lain untuk sup nasi sambal semua masing asing-asing bahan kan. Ni aku cuba style aku. Paling cepat la sebab aku masak sambil dukung anak weh. Gggrrr Tapi tetap umphhh.. serius weh. Anak dengan laki pun sampai pulun makan. Tiap kali buat kena sekor ayam walaupun yang makan 2dewasa 2budak. 



Ni resipi nya yang penting sup ayam tu la yang utama. 

Sup ayam


- ayam seekor potong 8 ke kecil ke suka hati la kan
- bawang putih dalam 5/6 ulas tumbuk kasar
- halia 2inci lebih kurang ketuk kasar 
- bawang merah yang saiz besar tu sebiji hiris
- kiub ayam knorr (aku guna half je) terpulang
- garam secukup rasa
- air sebanyaknya sebab kuah sup ni la nak guna untuk semua 

Perap ayam madu


Lepas ayam dah masak angkat dan asingkan bagi sejuk tapi aku nak cepat terus angkat ayam tu dan perap dengan kicap manis kipas udang, madu, sos tiram. Gaul sekata dan biarkan. 

Resipi nasi ayam


Untuk part nasi aku basuh 2pot beras dan guna kuah sup je masak. Tak campur air langsung dah. Ambil sekali bawang halia yang ada dalam sup tu sikit. Letak kunyit sikit untuk bagi warna cantik je. Gaul dan masak macam biasa. Sukatan kuah sup tu ikut sukatan berapa pot beras korang je. 

Sambal nasi ayam


-Ini pun aku guna kuah sup. 
-Cili merah besar,
-Cuka
-Garam gula secukup nya
-sos cili

Blend semua dan masak atas dapur sekejap dan siap

Sos kicap nasi ayam

Guna air perap ayam tadi je tambah kuah sup juga




Bila nak makan baru goreng ayam yang perap tadi dan siap la nasi ayam korang yang super express gila. Hahhahah. Nampak tak aku tak menumis apa pun sebab ni untuk mereka yang gedik nak nasi ayam walaupun susah dengan anak macam beruang koala. Hahhaahha 

Gambar nasi ayam yang atas tu masa aku masak secara relax tanpa gangguan. Boleh la nampak senonoh sikit. Realiti nya gambar bawah ni. Baru betul express togel macam tu. Tiada kehijauan langsung tapi rasa tetap umphhh. Nasi pun dengan periuk haaa gigih nak cepat tapi nak juga ambil gambar kan. Hahahhaha 

1 comment

  1. kite suka ayam perap untuk nasi ayam yang guna recipe simple macam ni..
    kadang2 jumpa recipe serabut betul tp dah cuba yashe je.. ni best simple je..
    makan sajaaa pun layan =D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...