Cabut gigi sampai kena warded

Sebelum cerita ni basi atau aku sendiri yang lupa baik la buat post sebagai kenangan. Sejujurnya aku tak pernah ada masalah gigi dan last jumpa dentist pun masa sekolah menengah rasa nya ke sekolah rendah tapi yang pasti zaman belajar la. Lepas pada tu aku jumpa dentist last year, itu pun kebetulan bawa anak aku so check sekali gigi aku la. Lagi pun memang company ada benefit dental ni cuma aku yang tak pernah guna. Rugi kan? Hahahahah


Di pendekkan cerita akhir tahun 2018 aku start demam tak baik-baik tak pasti sebab apa. Pergi klinik high fever. Aku ingat sebab panas kerja site. Lagi pun aku ni jenis jarang sakit so bila demam tak elok  ni jadi pelik juga. Then ada orang cakap dekat aku apa kata try jumpa dentist sebab demam bengkak gusi tapi aku tak rasa sakit gigi pun masa tu. Aku tak pernah ada masalah sakit gigi so tak tahu la masalah gigi. Masa sakit ni aku check dekat KK Kota Damansara sebab situ macam selesa je.


Cabut gigi geraham atas


Lepas check tu sah demam sebab gigi. Gusi bengkak sebab gigi bongsu nak tumbuh. Dah umur 30 lebih la baru gigi bongsu nak tumbuh. Hahah tapi doktor kata kena cabut sebab tak cukup ruang dah gigi. Tapi masa bengkak tak boleh cabut so doktor bagi ubat dan set next appointment untuk cabut gigi. Ini gigi geraham bongsu pertama kena cabut dan cabut biasa je. Date cabut gigi 7 Januari 2019, gigi geraham atas sebelah kanan. Siap mark kalendar ha cabut gigi tapi sumpah nervous gila masa ni. So everything went well. 


Minor surgery - gigi geraham bawah


Sampai la dalam bulan 4 macam tu aku demam bengkak pipi. So kali ni dah tau dah pasal gigi sebab masa check dulu pun doktor dah kata ada 2 gigi kena cabut ni tapi masa tu yang sebelah lagi tu tak sakit dan nampak elok je. Tapi masa bengkak tu aku follow up KK balik memang terus dia bagi refer letter ke hospital sebab kena minor surgery gigi tu. Gigi geraham bawah kiri. Dengar minor surgery lagi la cuak aku. Nervous gila weh. Doktor KK siap buat appointment date terus haa dekat hospital so aku pergi la ikut date tu. 16 April 2019. Aku sangka masa ni terus boleh cabut rupanya check dan xray je dulu. Then set appoinment untuk surgery - 19 Jun 2019. Eh cantik pula date ni. Haha

Aku ada tanya orang dan kebanyakkan cakap sakit juga lepas operate gigi tapi bergantung juga pada masalah gigi tu. Macam kes aku gigi tu tak teruk pun cuma tumbuh separuh keluar separuh kedalam so tekan gusi tu yang buat sakit. Kena juga la potong dan jahit sikit. Arghh aku yang taip ni pun masih terasa ngilu nya. Hahahah doktor cakap sekejap je operate gigi aku ni dan memang sekejap gila dalam 15minit tadaa siap. 


Bius habis mengelupur


Ini part paling aku tak boleh lupa sampai bila-bila sebab aku beranak cser pun 2 kali tapi tak la seteruk ni rasa. Ini aku rasa gusi aku disiat-siat then kepala rasa bergetar sakit weh selepas beberapa minit operate. Aku dah confuse memang rasa camni ke atau aku yang tak tahan sebab ye la dah pernah beranak cser pun aku tak mengelupur macam ni. Dah la aku pergi sorang je masa ni sebab nak cabut gigi je kan tak kan nak kena bawa peneman haa gitu aku fikir.

Lepas operate tu kena ke farmasi ambil ubat dan masa tunggu ubat ni laa aku dah bergenang air mata tahan sakit yang tak terhingga. Sumpah weh aku rasa nak maki orang dekat kaunter tu sebab ubat aku lambat. Dah panggil no tapi ubat belum keluar sebab salah so kena tunggu lagi. Weh tengah sakit bergetar kepala aku tak boleh tahan. 

Lepas dapat ubat terus aku gerak ke kereta tapi sambil jalan menangis weh sebab tak tertahan sakit. Gila drama air mata masa ni. Orang tengok aku dah tak peduli langsung. Tak kuat langsung ke bius dan ubat doktor tu bagi? Masa sebelum operate tu dah bagi aku ubat dan kata nya painkiller untuk 24jam atau aku yang salah dengar tapi ni apa belum apa-apa dah sakit bergetar kepala. Arghhhh perit nya ingat balik. 




Sampai je rumah terus telan ubat sebab tak tahan dah sakit sangat then baru okay sikit. So aku rehat la kejap tapi petang tu terus membengkak pipi aku then bila tanya orang ramai kata normal. Kena tuam ais je. Aku tak tau mana dapat ilham aku ambil coolfever je tampal. Hahahha


Komplikasi cabut gigi - wisdom tooth





Malam tu memang tak boleh tidur dan of course la aku emosi gila dengan anak masih menyusu badan. Tengah lasak lagi sampai terhantuk bengkak aku tu. Sakit tuhan je tahu. Telan painkiller baru okay. Dan esok nya ya rabbi bengkak melampau sampai aku text kawan aku dentist dan dia pun terkejut kenapa teruk sangat. Tanya yang lain pun sama terkejut bengkak sangat. Semua suruh terus pergi balik hospital. Memang tengah MC dapat 3 hari. Lepas hantar anak aku termenung jap sebab malas la ke hospital asalnya tapi sebab sakit dan risau juga so aku pergi la balik hospital tu. Sampai senget dah muka aku bengkak. Takut pun ye masa ni tapi dari tak tahu kenapa baik aku refer je kan hospital balik. 

Bila sampai je sana terus nurse sana terkejut dan daftarkan aku terus. Hahahha okay memang dengan aku  sekali cuak dan takut. Yang best mostly tanya awak cabut gigi dekat mana sampai bengkak macam ni. Aku sengeh je.

Ok bersambung next entry


No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...