Pakar telinga Thomson Hospital - tahi telinga tersumbat

Taik telinga anak keras? Euwww geli kan? Mungkin ada setengah orang akan rasa eh kotor la cakap pasal ni tapi ada juga yang akan google cari maklumat mengenai taik telinga keras dan apa patut buat. Aku la antara nya. Hahhaha dan bila aku google rupanya memang normal berlaku pada kanak-kanak umur 4-6 tahun. Bukan sebab tak cuci tapi entah la aku pun tak pasti apa sebab jadi macam tu.

Taik telinga keras ni ada setengah kes biasa saja tapi ada setengah kes boleh jadi serius dan menganggu sistem pendengaran. So agak merisaukan bukan? Asyraf ni aku rajin juga cuci telinga dia sebelum ni tapi ada juga orang pesan jangan cuci selalu sebab bahaya. Aku biasa guna cotton buds tu je. Cuma baru ni je bila aku panggil dia tak layan so aku tak pasti saja perangai dia ke atau sebab lain. Mana la tau buat perangai sebab mama asyik layan adik je ke kan.  Satu malam ni dia mengadu asyik sakit telinga pastu aku try tengok besar betul taik telinga macam tertutup terus. Nak korek lagi la tak berani weh. Kang tercucuk kedalam lagi la risau. 

Masa dia mengadu sakit tu aku dengan husband try juga korek. Kami guna yang besi korek tu tapi baru je sentuh sikit dah meraung nangis sakit. Ktorang terus cuak la apa benda aku sentuh tu sebab melalak nangis. Takut weh! Hahah Malam tu juga laki aku try call hospital tanya pakar telinga ada tak malam. Sekali call semua kata siang baru ada dan kalau malam kira emergency kes la. Dah pernah bawa dia dekat Sime Darby Ara Damansara tengah pagi buta dulu dan nak warded pun penuh so sama juga. We need to pay for that la kan sebab insuran tak cover.. Ggrrrrrr so kali ni try juga tunggu siang jumpa pakar.



Esoknya terus bawa ke Thomson Hospital Kota Damansara sebab situ ada pakar telinga. On his birthday anyway. Hahahh anggap je birthday treat kan. 

Cara cuci telinga 

Bila check alhamdulilah doktor kata tak serius dan perlu cuci saja. Aku bayang doktor sedut je keluar.  Rupanya doktor kepit tarik je. Macam kulit mati je doktor cakap. Pastu nurse tu ajar cara cuci telinga kalau jadi lagi macam tu. Titis baby oil sebelum tidur malam then letak cotton buds/ kapas je dekat telinga. Nanti akan keluar sendiri pagi esok nya. Aku ni bukan apa, takut nak simply masuk apa-apa dalam telinga. Titis air biasa ke dalam pun seriau kot. Hahhahaha.



Aku saja masuk kan gambar yang tak clear sangat sebab takut ada yang geli kan. Ni salah satu gambar dalam telinga masa doktor check tengok. Lepas tu masa nak korek keluar tu memang drama la cerita nya. Budak tu dah la pengeli tahap apa so nak bagi dia diam tu susah. Doktor masuk camera dengan pengepit je nak tarik keluar.



Lepas tu memang clear la. Kalau nak buat sendiri pun bukan reti dan tak berani pun. Ye la suruh sendiri je tengok bukan tahu apa benda dalam tu. Kalau setakat kulit mati okay la takut benda lain. So better la rujuk yang pakar.



1 comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...