Tahun 2018 apple keluarkan iphone XR, iphone XS dan juga iphone XS Max. Berbeza dengan tahun 2017, apple keluarkan iphone 8, iphone 8 plus dan juga iphone X. Saiz Iphone 8plus lebih kurang sama dengan XS max je sebenar nya cuma XS max dah tak ada home button. So antara iphone terkini yang mana jadi pilihan? Buat masa sekarang iphone 7 plus dan keatas masih relevan.
Bagi aku iphone XR adalah iphone pilihan aku untuk 2018. Kenapa?
1) Harga - termurah antara 3 model baru ni. Kalau duit bukan masalah aku sarankan korang pilih terus iphone XS Max la sebab korang kan ada duit dan tak kisah dah kan. Hahah
2) Resolution rendah - ini aku kurang faham kenapa orang kutuk sangat sebab sebenarnya resolution XR sama seperti iphone 7 dan iphone 8 je. Mungkin yang logik ramai tak puas hati tu sebab walaupun aku cakap harga murah tapi masih antara yang mahal dikalangan smartphone jenama lain yang lebih terbaru dan canggih. Harga XR sama lebih kurang Huawei mate 20 pro dan Samsung note 9 dengan feature lebih canggih.
Tapi kalau korang dari iphone 7/8 plus then guna iphone XR akan rasa sedikit cacat masa mula-mula guna XR. Korang akan rasa mata korang berpasir sebab low resolution kan. hahahah.. Aku guna 7 plus sebelum tu memang aku rasa regret kejap tapi untuk 2 hari pertama saja lepas tu okay weh serious. hahaha
3) Battery - ini antara sebab utama aku pilih iphone XR. Aku sangat penting kan battery yang tahan lama. Jangan suruh aku guna hp lain yang tahan bateri macam Huawei mate 20 pro ke sebab yang sebenarnya aku pernah ada niat nak tukar ke android sebab faktor bateri juga. Tapi hasil survey aku tengok bateri iphone XR antara yang tahan di kalangan semua model iphone. Paling terbaik. Again iphone XS Max pun antara yang tahan bateri sebab bateri XR dan XS max hampir sama saiz.
Tahukah anda iphone XR dinobatkan smartphone kedua tahan bateri bagi tahun 2018 selepas Huawei mate 20 pro oleh youtuber. So why not? Sesuai untuk kaki movie dan gamer.
Lepas 2 bulan guna aku dah tak perlu bawa powerbank. Itu paling aku kagum sangat sebab aku ni suka tengok kdrama dekat handphone dan agak aktif social media. Biasanya cas pagi lepas lunch macam tu dah kena cas balik kalau tak masa nak balik bateri habis terus. Sentiasa kena bawa powerbank dulu. Sekarang sampai powerbank yang habis bateri dulu sebab tak guna. hahahah Kalau aku cas pagi tu boleh tahan sampai balik rumah malam baru cas balik.
4) Skrin LCD - ini yang membezakan dengan iphone XS dan XS max tapi still pada aku okay je
5) Camera feature - Wide lens back camera dan chip yang sama dengan iphone XS. Gambar sama lawa dengan XS series cuma yang kurang potrait mode detect manusia sahaja. Object tak boleh. Ada yang cakap boleh install apps for that function tapi since aku memang tak guna sangat potrait mode so aku okay je. Beside gambar memang terang dan superb sangat.
Ini review dari pengalaman aku sendiri selama lebih kurang 2 bulan aku guna iphone XR. Aku beli 15 Disember 2018. Masa nak beli tu okay laa aku dah target iphone XR je la sebab tengok review semua kata bagus kecuali beza sikit-sikit macam aku mention tu. Sekali bila sampai husband aku hint XS sebab nya beza harga sikit-sikit buat sakit hati juga la. Pegang XS terus macam okay laa XS sebab body XS memang best la senang cerita tapi fikirkan bateri dia kecil je haaa sebab aku memang target strong bateri masa ni. Lepas tu masa dekat kaunter aku tanya orang kaunter ramai beli model apa kan. hahhahha Sekali dia cakap orang akan ambil antara XR atau XS max je sebab XS macam tak okay sangat. Lebih kurang iphone X. Kau rasa??? Gila lalang tak tetap pendirian dan aku rasa sayang gila duit. Beza masa tu dalam RM1.5k okay untuk XR dengan XS max. hahahahah Lawak gila ingat balik masa nak beli. Last-last aku firm nak XR juga sebab dah baca review semua cakap puas hati dengan XR. Lagi pun husband aku dah beli iphone XS max so aku amik je la iphone XR.
Ramai review XR better dari XS. XS nampak la premium tu tapi itu tak penting pun bagi aku. Iphone XS skrin OLED, gambar boleh potrait mode object dan feature lebih sikit dari XR untuk zoom gambar dan high resolution. Lagi satu yang beza 3D touch. Seriously yang beza tu semua bukan function/ tools yang aku guna hari-hari. Tapi yang penting bateri XR way better dari XS.
Lepas 2 bulan guna ni memang aku puas hati la. Chip dan ios latest sama dengan XS series so why pay more (
No comments