Stroller pilihan terbaik 2019 - easywalker mini XS

Ramai yang view post pasal survey stroller compact dan ringan aku yang dulu tu. Tak lupa juga ada yang bertanya pasal post tu. Nampak tak aku survey stroller tahun 2017 masa tengah mengandung tapi tahun 2019 baru aku beli stroller. Stroller new year terus. Lama tak lama laa aku survey sebab tersangat la banyak pilihan dan aku ni pun cerewet bukan main. Bukan apa sebab duit tak berapa nak subur ni. Alang-alang membeli biar la berbaloi kan.


Tapi yang buat makan masa nak beli tu sebab aku masih guna stroller lama yang Asyraf dulu walaupun dah barai. Tali adjust seat pun dah putus tak boleh adjust seat kena baring je. Itu pun biasa guna kalau Asyraf nak tidur je. Adik masih guna baby carrier tapi bila letak stroller meraung taknak. Aku suspek sebab stroller tu kena baring je kan dan tak selesa. Mungkin tu punca adik taknak kot. Asyraf pun guna stroller untuk tidur je tapi makin adik besar ni aku rasa lenguh juga nak dukung. Lagi satu adik ni pula dia suka tengok orang sekeliling dan tak berapa suka orang dukung dia. Kalau dukung pun tak duk diam. Dia pusing badan dia, mengeliat la so kita ni jadi lenguh tau. Tu aku cakap dengan husband kena cari juga stroller untuk adik ni. Mungkin stroller baru boleh adjust seat dia selesa nak duduk kan. Lagi pun stroller lama memang rosak cuma kami je lenjan juga. hahahha Guna selagi boleh.


So pilihan aku untuk stroller baru biar la compact, ringan dan senang nak handle sebelah tangan sebab banyak masa aku sorang dengan anak-anak. Pastu aku nak seat tinggi, bakul luas dan frame stroller kukuh. hahahha amacam? cerewet teruk tak? kah kah kah Pilihan aku lain terus dari apa yang aku survey dulu tu.

Ni pilihan stroller terakhir aku ritu sebelum decide nak beli - GB pockit plus, Tavo dan easywalker mini XS.




Ikutkan hati nak GB pockit plus (RM1299) yang latest version tu. Tapi tahukah anda bahawa berat nya sama lebih kurang dengan stroller compact lain seperti tavo dan easywalker mini xs. Tapi sebab lipatan GB pockit+ paling kecil so ia menang la bab compact ni. Aku dah try angkat gb pockit dan tavo. Macam sama je berat haaa cuma saiz structure lipatan tu je yang membezakan. Lagi pula gb pockit plus ni tak smooth nak tolak dan rasa goyang. So dengan harga tu aku rasa tak berbaloi kecuali korang memang banyak duit dan tak kisah langsung. Tapi aku agak kisah sebab leceh nak tolak dan agak sempit untuk anak nak tidur. Tak boleh fully recline kan. Tengok orang pakai memang mengedik la nak juga tapi banyak kali pergi kedai mesti tak jadi juga beli. Mungkin kalau nak travel nanti baru sewa sebab GB pockit ni ramai buat sewa je.


Stroller Tavo Basic Edge 2018 pun aku berkenan tau sebab harga tavo separuh dari harga GB pockit plus dalam harga RM559 je. Ni latest version dan kalau memang terdesak nak kena beli stroller memang aku akan beli tavo je. Frame kukuh, boleh fully recline dan spacious. Anak selesa nak tidur. Compact juga bila lipat. Tolak pun smooth je. Ni penting tau sebab makin anak besar dan berat agak lenguh kita nak tolak stroller. Dulu tak heran pun bab ni tapi belajar dari pengalaman la kata kan. hahhaha.



Tapi aku beli easywalker mini XS oxford black (RM1129). Kenapa? Semua ciri aku nak ada dekat mini xs dan mini xs ni agak compete dengan mountain buggy nano V2 cuma yang buat aku buang terus mountain buggy tu sebab bila nak lipat kena guna 2 tangan so aku kurang minat. Aku ada toddler (Asyraf) yang ada masa dia nak duduk stroller je so frame kukuh dan smooth tu penting. Ikutkan tavo pun boleh dah tapi sebab easywalker mini xs slightly compact dari tavo dan agak ringan sikit dari tavo. Warranty 2 tahun dan aku nampak video mini xs ni redah batu hutan salji semua okay je. Memang nampak tahan lasak. Selain design yang lawa gila di mata aku. Husband aku pun approve stroller ni dan terus kami order. kah kah kah random sangat sebab lain survey tapi lain yang dibeli. Nak handle sebelah tangan pun senang sangat sebab buka tutup boleh sebelah tangan je.



Design easywalker mini xs ni ada banyak jenis tau. Yang famous design union jack macam warna biru gambar atas tapi aku laki bini decide nak yang design ni dan warna ni. Design yang ada logo mini kooper tu tak semua seller ada stok dan design ni ada 2 color sahaja. Black dan grey. Kebanyakkan seller ada stok yang union jack tu je. Satu lagi limited edition design disney mickey.

Boleh refer sini untuk more details pasal easywalker mini XS - https://www.koopers.co/category/stroller/


Overall memang aku puas hati gila beli stroller ni. Enough said. Lagi pun sepanjang pengalaman travel dengan anak pun bawa stroller lama tu tak pernah ada masalah pun. Yang penting stroller tu kena selesa baru la kurang drama.

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...