Cara buat puri baby mudah

Aku tak pernah update blog rupa nya cara aku sediakan puri baby selama ni. Patut laa aku banyak dapat soalan pasal ni siap kawan aku suruh aku update blog. Aku ingat aku dah pernah share dulu. Okay laa walaupun sekarang anak aku dah 9.5bulan tapi oleh sebab ramai yang minta dah gambar pun ada aku share je la kan. Ini cara manual je sebab aku memang tak beli pun baby food processor tu. Buat cara old school sikit.

Cara masak puri labu (Pumpkin puree baby)


Gabungan color lawa pula haaa purple oren ni hahaha secara tak sengaja. Nampak cantik pula kan hasil puri ni. Barang yang perlu ada untuk buat puree ni.

1) Labu (sayur/buah lain bergantung pada umur baby)
2) Pengukus atau periuk masak biasa
3) Blender / penapis besi - nanti aku explain kenapa
4) Bekas puree









So mula-mula sekali beli je pumpkin atau labu dekat kedai. Terpulang la nak organic ke tak. Biasa ibu-ibu muda kisah bab ni tapi aku beli je labu biasa ni. Beli yang siap potong kecil ni je. Baby makan sikit kang yang lebih tak tau buat apa pula. Nak masak tak ada sapa suka makan dekat rumah aku ni. Dari membazir maka aku beli je yang dah siap potong ni.



Potong dadu dan rendam dulu kejap sebab takut bergetah lagi ke apa. Nak masak untuk baby kan so kena extra care gitu. over haaa


Dah siap cuci boleh kukus. Haaaa ni terpulang la kalau nak kukus atau rebus. Masa awal ni aku rajin la kukus tapi after that aku slumber je rebus. Rebus dengan air sikit dan air tu juga la boleh guna untuk blend nanti. Sama juga kalau kukus nanti nak blend kena juga tambah air sikit kalau taknak terlalu pejal haaa texture.





Lepas kukus kita blend. Ni pun ada pilihan lain iaitu lenyek dengan penapis besi. Pergi kedai korang tau la ada banyak jenis penapis. Masa ni aku tak beli lagi penapis besi tu. Kekadang kalau malas blend aku guna penapis teh tu je penyek tapi tengok juga puree apa sebab bukan semua puree boleh guna tu. kah kah kah tapi halus benor plak pastu kena guna tenaga nak penyek. Tak suka. Tapi labu ni lembut, penyet guna garfu je pun boleh sebenar nya. Maka terpulang.



Tadaaaaaaaa ni hasilnya. Ni masa Amsyar mula-mula start makan aku blend macam ni. Dah besar tak perlu blend halus macam ni pun sebab tu la aku tak beli pun baby food processor tu sebab mahal dan tak guna lama. Akak kan suka berjimat (kedekut). hahahah




Banyak weh boleh dapat dengan 2 slice pumpkin tu. Kalau beli mahal juga kan. Modal RM2 je kau dapat ni cuma masa dan tenaga la. Kalau rajin dan ada masa boleh buat sendiri tapi kalau sebaliknya boleh je beli homemade puree. Banyak dah orang jual.


Moga bermanfaat. Terima kasih =)

3 comments

  1. Hi. Tumpang tanya, kat mana beli bekas puree tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby shop ada jual.. cuba tgk dekat manjaku. aeon bahagian baby atau dekat marissa shoppe shah alam.

      Delete
  2. wow.. hebat.. blog walking😁

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...