Ubat chicken pox

Masa tengok anak orang kena chicken pox berdebar juga sebab anak aku belum kena so bermakna kena standby je kan bila-bila masa akan kena. Chicken pox ni kata nya setiap orang akan kena juga sekali kan. Bila kena chicken pox confirm lama dan kena kuarantin. Ni antara sebab yang aku risau, dah la laki aku susah nak cuti. Kalau orang lain senang juga boleh bergilir cuti jaga anak.

Masa Asyraf kena tu nasib baik masa family aku datang bercuti dekat sini. Kalau tidak mungkin aku kena resign terus agaknya sebab banyak cuti straight berturut-turut. Baru ni dah cuti lama sebab dua-dua anak aku bergilir demam panas then habis demam panas kena pula chicken pox. Dah cuti lama so tak kan kali ni kena cuti lama lagi kan. Ni memang dilema biasa mak-mak yang bekerja. Aku tak boleh bayang yang ada anak ramai tu. Macam mana la agaknya. Itu la yang bila dah jadi mak ni, nak main tukar kerja dah susah. Bila dapat offer pun kena fikir panjang juga. Ada benda kena korban kan. Moga laki aku lebih hargai bini dia la kan. kah kah kah.


Ubat chicken pox - cacar air


(dari kiri ubat spray mulut, ubat makan gatal, ubat makan anti virus dan ubat sapu)


Asyraf kena chicken pox ni masa umur dia 4.5 tahun. Mula start dengan demam panas sampai suhu 40c. Rupanya tanda awal nak kena chicken pox. Nasib baik tak jangkit dekat adik. Kalau dekat kampung ni mesti dah cari daun semambu tapi dekat KL ni kita ke klinik je la. Klinik sekarang pun dah ada banyak ubat bagus. Ni ubat yang dapat masa dekat klinik. Memang bagus sebab cepat kering dan dia tak mengaru gatal pun. Untuk ulser guna ubat spray jenama ni sebab best tak pedih kan langsung. Sesuai untuk budak juga.


Ni masa mula kena tu aku terus sapu herbal cream shaklee tapi dia macam mengaru juga so aku try guna cosmoderm tea tree oil magic body lotion ni pula sebab benda ada dekat rumah kan. Nampak kurang mengaru sikit sebab losyen ni macam sejuk sikit. Asal dia cakap gatal je sapu losyen ni. Ni masa sebelum pergi klinik tak dapat ubat lagi. Guna je apa ada. Lepas pergi klinik guna yang klinik bagi je la. Seminggu juga la kena kuarantin.

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...