Tablet keyboard
Aku buat instastory masa test keyboard ni terus ramai tanya aku apa benda ni. Alang-alang kita buat review sekali la. Keyboard ni sebenar nya sama juga macam keyboard lain cuma yang nampak menarik sebab ada holder untuk letak tablet atau smartphone. Ni khas untuk tablet sebenar nya sebab senang untuk bawa kemana-mana tapi boleh juga untuk komputer dan laptop. Aku guna untuk handphone dan ipad. Nak senang update blog konon nya.
Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard K480
Logitech Multi-Device Bluetooth Keyboard K380
Jenama Logitech ada 2 jenis tablet keyboard yang menarik perhatian aku. Model Logitech K480 Bluetooth Multi-Device Keyboard dengan K380 Multi-Device Bluetooth Keyboard. Cuma model K380 tu tak ada holder tapi lagi nipis dan ringan berbanding K480. Kedua-dua model ni boleh connect dengan 3 peranti. Kalau ikut saiz compact aku lagi suka K380 sebab kecil dan ringan dari K480 tapi tak ada holder kena beli asing. Model K480 nampak lagi stylish la kan. hahahah Kalau ikut fungsi dua-dua sama kecuali saiz, berat dan design je berbeza. So pilih mana nak.Boleh guna untuk komputer window, mac, dan chrome atau boleh juga untuk peranti android dan ios. Sambungan mengunakan bluetooth je. Menarik kan. Nak switch between device pun cepat je. Kedua-dua keyboard ni guna bateri je bukan rechargeable battery.
Ni aku connect dengan ipad mini dan kalau dengan hp pun senang juga boleh taip dengan selesa dekat mana-mana je. Aku beli dengan harga RM95 masa sale 12.12 dan ada kawan aku dapat lagi murah dari tu. Kalau ikut harga asal RM169 macam tu. Sebenar nya banyak je lagi brand tablet keyboard yang lain tapi aku tertarik dengan brand logitech ni sebab dah well known kan. Lagi pun tengah sale. So why not?
menarik jugak, lagi senang cmni
ReplyDelete