Transformasi R&R Plus Highway - Jalin Kerjasama dengan Jenama Besar dan menaik taraf R&R

Wahai warga Malaysia, biasa guna PLUS highway? Jangan kata tak pula sebab highway PLUS la antara highway paling ramai pengguna tau. Dari utara ke selatan. Aku pun paling banyak guna PLUS highway dan kalau lalu highway mesti akan singgah R&R. Solat ke toilet ke atau singgah makan. Dalam banyak-banyak highway yang aku pernah guna, aku perasan R&R PLUS antara yang selesa. Toilet luas, surau pun selesa dan tempat makan pun banyak pilihan. Tahniah PLUS.


Terkini, pihak Plus Highway akan dibesarkan lagi dan akan menambah lagi 10 jenama terkemuka makanan dan minuman untuk pengguna highway. Best ke tak best? Jumaat lepas 5/10/2018 pihak PLUS dah sign kontrak dengan 10 jenama terkemuka iaitu;

1) Starbucks
2) Krispy Kreme
3) Harold's Bread 
4) Mohd Chan
5) Famous Amos 
6) A&W
7) Dunkin Donuts
8) MyNews 
9) Kenny Rogers 
10) Nasi Kandar Line Clear

Ini sebagai satu langkah untuk merevolusikan kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya PLUS. Ini bagi memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan. Ia termasuk projek mengubahsuai dan menaik taraf serta memperkenalkan pembayaran tanpa tunai di R&R terpilih. 



Tempat Rehat dan Rawat (R&R)


Aku join tau signing ceremony PLUS dengan 10 new outlet brands dan tanggapan pertama masa join event ni aku ingat nak tukar semua gerai dekat R&R jadi macam dekat shopping mall ke apa kan. Tapi jangan risau, kalau biasa kita singgah R&R dekat PLUS highway mesti nak cari tempat solat, toilet dan juga makan. Kalau makan pula aku mesti cari makanan berat seperti nasi lemak, nasi ayam, bihun sup, mee kari dan gerai asam. hahah Ini aku la tapi aku rasa orang lain pun kebanyakkan nya macam tu kan dan ini semua menu wajib ada dekat semua R&R. Betul? Tapi zaman sekarang makin moden dan mengikut kata Pengarah PLUS, Datuk Azman Ismail

"Kami perlu mengakui bahawa citarasa pelanggan juga turut berubah dengan peredaran masa. Berdasarkan kepada beberapa kajian pasaran dan kajian pelanggan, kami telah mengenalpasti beberapa segmen pelanggan serta corak atau tabiat perjalanan mereka di lebuhraya. Justeru, strategi kami pada ketika ini adalah memberi fokus terhadap jenama-jenama yang mempunyai jumlah pengikut yang besar. Bermula tahun ini, kami akan berkolaborasi dengan lebih banyak jenama lain untuk beroperasi di R&R kami".



Ada betul juga apa yang dikata sebab aku sendiri pun kadang-kadang mengada. Mana mau makan biasa. Nak starbuck la donut la pastry la. Pastry pula tu taknak dah roti biasa dekat kedai serbaneka. Over haa selera sekarang. So tranformasi PLUS yang terbaru ni bagi aku tindakan yang bijak untuk pelbagai kan lagi variasi dan pilihan orang ramai semasa berhenti di R&R PLUS.




Aku sempat juga cuba beberapa menu dari francais yang ada semasa majlis. Paling lama aku mengadap dan ulang makan adalah dekat HAROLD'S ni. hahahahhaha Serius sedap gila semua roti dan pastry situ. Aku baru tau pasal brand ni masa majlis ni la. Lepas aku up dekat facebook dan instagram. Ramai juga yang komen dan akui roti dekat HAROLD'S ni sedap-sedap.


 



Selain itu, pihak PLUS juga turut menambahbaikan dan menaiktaraf beberapa kawasan R&R terpilih. R&R pertama yang telah dilaksanakan adalah di R&R Rawang (arah utara) dimana kawasan rehat tersebut telah menjalani pengubahsuaian rekaan dalaman berkonsepkan minimalis. R&R lain yang akan turut terlibat adalah R&R Machap (arah selatan), Gelang Patah (arah selatan) dan Restoran Jejantas Sungai Buloh. Projek menaiktaraf R&R pula akan melibatkan pembinaan infrastruktur dengan konsep, rekaan dan tema baru dan akan dilaksanakan di R&R Seremban (arah selatan) dan Hentian Sebelah Bukit Gantang (arah selatan) pada tahun 2019.

(eh sambung lagi makan... hahah)

Pembayaran tanpa tunai (cashless)


Kebanyakkan tempat dah mula cashless bermaksud masa beli boleh guna kad je bayar dan tak perlu bawa cash banyak-banyak dah. PLUS juga dah mula pembayaran tanpa tunai menerusi aplikasi BOOST di R&R Ayer Keroh (arah selatan) dan Visa PayWave di R&R Dengkil (arah utara).


No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...