Review Kinrara Resort - Bercuti dalam bandar

Family day dan juga birthday trip konsep. Aku tengah excited nak share pasal staycation kami satu keluarga. Bukan setakat keluarga kecil aku tapi kali ni sekali dengan semua family aku. Family aku ni paling susah nak kumpul sekali serentak sebab masing-masing belajar dan kerja jadual berbeza. Jangan cakap cuti, sedangkan raya pun jarang cukup semua. Tak adik no2, adik no3 yang tak ada atau aku yang tak boleh join. Kebetulan kali ni semua tiba-tiba boleh dan free. Lepas tau je semua nak datang KL aku apa lagi terus cari resort untuk family day. Ye la tak kan tiap kali datang KL duduk rumah aku je kan. Sekali sekala cari tempat best apa salahnya. Biasa masa dorang datang cuti sekolah so resort atau hotel selalu full tapi kali ni memang rezeki. Ada resort available date yang aku nak tu. Alhamdulilah.


Resort ni dah banyak kali tau aku nak booking tapi date aku nak manjang la penuh. Kebetulan kali ni date yang available adalah masa birthday aku so anggap je la birthday trip dengan family. Resort ni dekat je tapi aku sangat suka dengan design dan facility resort ni. Memang nampak best gila.


(view dari bilik kami)

Kinrara Resort Puchong


Maka bermula la percutian singkat dalam bandar kami sekeluarga selama 2 hari 1 malam di Kinrara Resort Puchong (23-24 Ogos 2018). Aku booking 2 bilik yang ada interconnection (bilik bersambung) sebab senang la ramai-ramai dan baru la happening. Lepas tu aku pilih bilik yang siap pool access. Aku call banyak kali tau untuk dapatkan bilik ni. hehe. Room type memang ada banyak jenis tapi kalau nak dekat pool staff tu cakap pilih yang superior room. Aku booking king size dengan double bed. Rate aku dapat untuk date tu RM200/room sekali breakfast. Kena ingat harga bilik ni berubah-ubah juga.



Masalah di Kinrara Resort


Ni lobi Kinrara Resort, sefaham aku dekat sini sentiasa penuh orang dan kebetulan masa kami pergi tu sehari selepas raya haji. Memang semua bilik penuh so masa nak check in tu bilik banyak tak ready lagi. Nasib baik booking 2 bilik, 1 bilik je ready tapi 1 bilik lagi belum ready dengan tombol sliding door pun rosak. Staff bagi masuk dulu 1 bilik yang dah ready tu je dulu sementara tunggu bilik sebelah siap. Okay la boleh masuk rehat dulu. Kalau ikut perasaan nak marah juga weh sebab dah bayar tapi bilik tak ready dengan ada baby lagi. Masa ni ramai juga yang kena tunggu bilik siap tu yang ramai dekat lobi. Kalau bilik kami sama tak siap dua-dua memang marah juga la azab nak menunggu penat-penat nak rehat. Bilik tu ready dalam pukul 4 petang lebih tau. Tak boleh bayang kalau kena tunggu dekat lobi sampai pukul 4 petang baru boleh masuk. Boleh mengamuk tu atau silap-silap minta refund je balik rumah. Sepatutnya check in pukul 2 petang dan check out pukul 12 tengahari. 

Kenapa aku share pasal ni, paling tidak aku share juga part tak best dan korang boleh prepare siap-siap kan. Tidak la aku review semua nak good-good je. Kalau baca review lain pun akan jumpa pasal ni. Expecting late check in dan bilik tak kemas sangat maybe nak cepat sebab ramai orang kan. Nak buat macam mana tempat ni best. Aku nak booking pun dari awal tahun usha tak dapat-dapat. So aku rasa berbaloi la tunggu (sedapkan hati) hahah mentang-mentang ada juga 1 bilik untuk berteduh kan.



Paling bahagia masa ni anak aku la sebab ramai pakcik-pakcik dia melayan. Resort ni design nampak redup je so anak aku apa lagi dari pagi sampai ke petang okay dia merendam sampai yang jaga pun dah bertukar-tukar (dari adik aku yang pertama kedua ketiga gilir jaga) tapi dia maintain dalam kolam tu. Aku biar je sebab satu depan bilik je dan satu lagi memang redup tak panas terik pun. Memang selesa dan cuaca sepanjang kami dekat sana memang baik. Alhamdulilah rezeki.



Ni tempat wajib bergambar.. Lega dapat bergambar masa tak ramai lagi orang. Kalau tidak mesti sedih je tengok gambar kena kacau. hahahha. Cantik kan tempat ni. Tunggu banyak lagi gambar aku nak share ni. Duduk 2 hari 1 malam tapi gambar banyak macam duduk seminggu. hahahha


Bilik di Kinrara Resort




Ni bilik kami, memang ambil sebelah-sebelah siap interconnection door. Senang. Ikutkan ni pintu belakang. Pintu depan sebelah lagi tapi ni macam senang nak masuk pool terus, sudahnya semua lalu sini je. heheh. Aku tak ingat pula no bilik hahahha. Kalau korang nak bilik aku stay ni nanti call la request sebab bilik ni strategik gila weh. Call cakap nak menghadap pool atau datang check in awal. Tapi risiko datang awal takut bilik lambat siap. So tanggung sendiri. hahaha


Ni la bilik superior king room. Tu haa orang maintenance tengah repair sliding door. Bilik satu lagi superior double room tapi aku tak ambil la gambar sebab bilik tu dah penuh barang. Semua kumpul situ je kan sementara tunggu bilik ni siap. hahah. Sama je design cuma katil je lain.


Pintu terbuka dekat tengah tu pintu ke bilik sebelah. Best betul ada bilik macam ni. Memang sesuai sangat datang dengan family ramai-ramai. Aku rasa bilik ni sangat selesa dan luas.


Haaa tu pintu depan sebenar nya. Tapi kami tak guna pun. Semua lalu ikut pool je. hahah Toilet pun asing dengan shower dan sinki.



Menarik tak? Dekat je kan so apa lagi boleh cari date mana yang room available. Kalau nak ikut date korang confirm susah nak jumpa yang available kecuali hari bekerja. Aku dah banyak kali usha tau sebab tu aku cakap macam tu. Lagi-lagi cuti sekolah.

Swimming pool Kinrara Resort


Swimming pool dekat sini ada 2 jenis. Satu dewasa dan satu lagi kanak-kanak atau baby kot sebab alahai cetek gila tapi luas sangat. hahahha. Anak aku tak nak tempat budak. Nak juga kolam orang dewasa tu. Dia reti berenang tapi still kena juga monitor tak boleh ralit.




Gambar atas ni kolam untuk kanak-kanak. Paras betis ke lutut anak aku je. Swimming pool ni area belakang. Sini pun dikelilingi bilik juga. Tapi swimming pool ni memang lagi besar dari yang dewasa.




Yang gambar atas ni pula kawasan dewasa. Paras dada lebih kurang. Standard biasa kedalaman pool. Bilik dekat sini ada banyak jenis dan lokasi berbeza. Kalau korang rasa nak ketenangan boleh pilih bilik tingkat atas atau yang menghadap taman. Aku pula tak suka sangat sunyi sepi macam tu sebab rasa seram je.




Kawasan rehat dan ada gerai jualan juga kalau lapar masa mandi tu. Tempat rehat pun redup je kan. Ni laluan pemisah antara swimming pool dewasa dan kanak-kanak. Bawa baby rehat tepi tu pun tak risau panas sebab selesa je.



Suasana malam Kinrara Resort


Swimming pool sini macam tak ada limit pun. Suka hati la kalau nak mandi 24jam sehari pun. Cuma tak ada orang jaga so keselamatan tanggung sendiri.



Lepas maghrib tu aku tengok ramai juga nampak bersiap keluar. Mungkin cari makan kot. Kami dinner KFC je tapau. Banyak juga pilihan kedai makan yang berdekatan tapi kena drive keluar la. Area sini dikelilingi kawasan perumahan sebenarnya.Tapi mesti tak sangka dalam area ni ada resort best ni kan. hehe



Cantik kan resort ni. Memang sesuai kalau korang nak bercuti tempat dekat tak perlu cost flight ke yada yadaa tu tapi nak best dan ketenangan gitu. Bilik aku booking tu sekali breakfast tapi pagi tu aku tak pergi pun breakfast. Laki, anak dan adik-adik aku je yang pergi. So tak boleh nak review breakfast best ke tak best. haha


Makin dekat cuti sekolah. Baik booking cepat sebelum penuh. selamat bercuti

1 comment

  1. Cantiknya resort ni. Air dia biru la.. Geram tengok nak g join mandi sekaki.. Betul nak bercuti ni kena pergi time waktu xde terlibat cuti sekolah sebab selalunya penuh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...