Shah Alam Breakfast Run 2018

Aku rasa event Shah Alam Breakfast Run 2018 (4 Ogos 2018) derserve a blog post sebab this is my first event after a long break weh. Poyo je ayat padahal sibuk menguruskan rumah tangga. Lepas kahwin mana aku buat aktiviti mengeluarkan peluh sangat kecuali masa kerja dekat site je la. hahaha Actually kan masa aku nak habis pantang tempoh hari entah macam mana aku join register untuk event ni. kah kah kah. Memang random sangat sebab pantang kali ni aku rasa badan aku lemau gila weh so aku ingat aku kena keep active la konon dan masa tu aku lupa yang aku ni caesarean. Bila member aku tanya siapa nak join terus aku bagi nama dengan confident je then lepas tu ada kawan lain tegur dah boleh run ke lepas caesar dan masa tu baru teringat "eh aah laaa". Tapi dah terlambattttt....




Oleh sebab event ni dekat stadium shah alam je dan agak dekat dengan aku so aku join je la. Flag off pukul 7.30 pagi so sesudah subuh tu aku bersiap dan gerak. Aku sampai ngam-ngam nak flag off. Tak sempat warming up sangat tapi dah slow jog dari parking ke stadium so kira warm up la tu. hahahah.



Aku join run ni dengan geng mama bawangs. hahah macam-macam nama group member ha.. ibu menyusu la.. geng baby carrier la.. geng mengopi la.. geng masak laaaa... tapi semua pun related as a mommy kan dan tak boleh lari sangat. hahahah kalau laki geng game.. geng kereta? entah aku tak ambil tau. hahahha



Ni masa nak start dan aku jangka lama juga nak finishing tapi tak sangka sekejap je dalam 30mnt la lebih kurang. Biasa aku ni pulun tapi sebab fikir bekas caesar dan takut badan terkejut maka aku cool down sikit. Lari slow-slow la. Half lari half jalan. Aci? hahahahha Oh aku ambil yang 5km fun run je. hahahha.


Bila dah habis tu macam wow sangat dan ramai ya amat orang. Ada zumba sekali tapi aku tak join tu. Lepas ambil paperbag dengan medal terus cari member bergambar je. Tunggu mana yang belum habis lepas tu balik laaa.. Aku ada baby yang menyusu badan. Dah la tu pertama kali aku tinggal dengan abah dia. hahahhaha so tak boleh la biar lama-lama kan. Member aku yang lain bawa family lari sama tapi aku pergi sorang je. Macam kesian pula bawa baby. 



Lepas event tu aku perasan memang badan dah kurang fit tak macam sebelum kahwin. huhuhu so aku rasa kena buat something juga nak bagi badan fit balik. Kena juga jogging dekat taman seminggu sekali ke tapi sekarang bila ke taman aku kena pegang baby dan abah dia kena layan Asyraf main so macam mana nak jogging weh? arghhhhhhh... nanti aku fikirkan idea kui kui kui..


No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...