Resipi roti jala dan kuah durian

Kebiasaan orang makan roti jala dengan kuah gulai atau kari kan tapi aku pula suka roti jala dengan serawa durian je. Selain dari tu aku rela makan roti jala kosong atau tak makan la senang cerita. So sementara musim durian murah teramat ni maka memang banyak sangat lebihan durian. Itu yang aku semangat menjala dan buat serawa durian sekali. Aku share resipi dekat bawah.







Resipi roti jala lembut dan sedap

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula (optional)
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
sedikit pewarna (warna ikut suka)

Blend semua bahan diatas sehingga sebati dan tekstur halus dan tak putus semasa menjala. Sepatutnya tekstur tak cair sangat dan tak pekat sangat sampai putus-putus. Kalau ikut je resipi atas ni confirm la jadi sebab aku yang berzaman tak buat pun follow resipi ni menjadi. hahahha. Gula tu biasa resipi roti jala tak letak tapi aku saja tambah. hahha Paling tidak ada la rasa kalau nak ratah kosong haa.


Kalau korang tak ada acuan roti jala maka boleh DIY menggunakan botol air macam gambar atas ni. hahahahha. Confident je aku ingat aku ada acuan roti jala sekali dah siap bahan semua tengok tak ada beb. Terus fikir apa la nak buat ni pastu terfikir pasal botol air ni. Mula-mula aku ketuk dengan pisau nak lubang kan tapi gagal lepas tu gigih google cara alternatif sebagai acuan roti jala. Terus dapat idea guna paku yang dipanaskan lepas tu buat lubang. Guna playar sebagai holder paku tu masa panaskan paku tu. Paku panas cucuk penutup botol confirm la berlubang so buat dalam 3 lubang dah cukup. Lepas tu test sikit dulu jadi ke idok. hahha.. Rupa roti jala aku bawah ni huduh tapi bila digulung ada la rupa juga so kira halal la. hahahha Cantik je kan lepas digulung.




Resipi serawa durian

Durian (terpulang nak berapa ulas) - aku guna 2 biji durian
Santan sekotak tapi patut lebih sebab sikit sangat aku dapat hari tu
Air secukupnya dalam 2 gelas air bergantung pada kepekatan santan
Daun pandan 2 helai
Gula melaka / gula kabung secukup rasa takut ada tak suka manis sangat sebab durian pun manis
Garam secubit rasa


Masak semua bahan diatas dengan api sederhana dan sentiasa kacau takut santan berketul pula. Masak ni memang aku tak ada sukatan sebab kena agak-agak bergantung kepada isi durian tu. Kalau banyak isi kena lebihkan santan dan air juga. Tapi kalau korang suka makan ni mesti boleh agak yang sedap tu rasa macam mana kan. hehehhe Ada orang suka kopek siap isi durian dari biji lepas tu ramas hancurkan tapi aku masuk kan je dengan biji-biji durian tu. Macam lagi sedap.




Selamat mencuba



No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...