Ubat apa untuk baby jika batuk atau selsema? Pening kan sebab mana ada ubat tapi bila dah jadi mak ni bukan setakat mak tapi supermak. Dia la doktor dia lah chef dia lah tukang dia lah cleaner kira semua boleh la lepas jadi mak ni. Networking mak-mak ni pun akan bertambah. hahahahah
Kalau baby demam boleh bagi ubat demam tapi atas nasihat pakar la jangan nak pepandai jadi doktor sebab imun baby ni lain dengan kanak-kanak atau dewasa so kena extra careful sikit bab ni. Macam kes aku masa baby demam terus ke emergency hospital tau. hahahha..
Kali ni aku nak share pasal segala minyak dan balm yang aku guna bila baby batuk atau selsema sebab nak bagi ubat tak boleh kan. Kalau korang google banyak share petua tradisional letak bawang la, lemon la, kunyit la. Bersepah petua tradisional tapi kali ni aku nak share apa yang aku guna selain ikut petua tradisional. Kira moden sikit la kan. hahahah
1) Minyak telon - yuyi cap limau
Minyak telon ni kita biasa dengar kan kalau ada baby mesti ada minyak telon. Benda wajib ada. Minyak telon ada banyak jenis dan masa pantang aku ada beli beberapa jenis yang lain juga tapi paling suka guna cap yuyi ni sebab rasa panas dan bau sedap compare dengan yang lain. Husband aku kalau tak selesa perut pun dia suka ambil minyak ni sapu, rasa la berangin tu even asyraf pun aku sapu je minyak ni.
So kalau baby batuk atau macam berkahak aku sapu juga dekat dada dan belakang baby. Ada rasa berangin dan panas tu aku rasa macam puas sikit sapu dekat baby. Minyak telon lain tak rasa panas pun so bagi aku macam tak ada function. hahahah Suka hati kan?
2) Tasneem Naturel - CF rub
Ini pun aku beli sebab baca review best dekat group fb ibu hamil ke apa tu. Ramai share untuk baby batuk selsema sangat sesuai but again depend pada baby juga. Anak aku tak tahu la nak cakap okay ke tak guna ni tapi tengah malam kalau hidung macam tersumbat tu aku sapu dekat batang hidung dia pastu sambung tidur. Balm ni selamat sapu dekat hidung baby, dada, belakang badan dan juga tapak kaki.
Tasneem Naturel ni ada banyak jenis tapi aku beli 2 je, satu CF rub ni dan satu lagi tummy time.
Tummy time untuk perut kembung tapi jarang aku sapu sebab banyak lagi guna minyak yuyi kan. hehhehe. Kawan aku guna ni dia kata berkesan dekat dia dan juga anak dia bila sakit perut sapu ni, siap kentut lagi. Bagus kan jumpa yang serasi. Aku gilir la guna yuyi dengan yang ni bila perlu.
3) Vicks Baby Balsam
Dalam satu group whatsapp ni tengah sembang kalau anak batuk selsema guna apa maka aku pun follow la sekali. Dorang share guna vicks yang ni untuk baby. Sesuai untuk baby 3 bulan keatas sahaja tau. Vicks memang sedia terkenal kalau bab hidung tersumbat ke selsema ni maka terus aku whatsapp husband aku minta beli kan sebab aku cuba cari dekat area office aku tiba-tiba la tak jumpa haaa. heheheh
Aku bayang bau dia kuat juga macam vicks lain tapi nehiiii (tidak) hahahah apa kau expect vicks untuk baby. Mesti la bau pun mild je, semua nak strong mana boleh untuk baby. Maka nya aku redha je sapu dekat dada dan hidng selepas mandi atau tukar pampers jika perlu. Nak bagi selesa je.
4) Young Living Essential Oil
Akhir sekali essential oil, ini memang aku dah sedia ada tapi tak tau kenapa gatal beli yang lain-lain tu. Standard la mak-mak bila sebut bagus untuk anak je pulun cari. hahahaha Tapi essential oil yang elok untuk batuk atau selsema adalah eo RC. Tapi kan aku tak pasti RC ni boleh guna untuk baby ke tak dan patutnya diluted dengan carrier oil kalau untuk guna dekat baby. Ada nisbah sepatutnya untuk baby. Tapi kekadang aku sapu je dekat baby dan nampak okay je dengan dia. Yang best lepas sapu terus dia okay beza dengan guna yang lain-lain ni bila hidung dia tersumbat.
Kalau tak yakin boleh guna eo lemon atau gentle baby sebab yang ni memang confirm sesuai untuk baby. EO lemon penutup hitam dalam gambar atas tu aku dah diluted dengan carrier oil siap-siap so senang untuk sapu dekat tapak kaki baby. Kalau demam pun guna lemon tu so makanya lemon aku cepat lah habisnya. hahahahha
Bukan main banyak kan aku beli standby bila baby nampak tak selesa batuk, selsema atau berkahak. Batuk tu tak pernah dan harap dijauhkan la tapi kahak dengan baby macam tak boleh berpisah. Kejap ada kejap tak ada sebab baby kan kecil lagi mana reti buang kahak haaa. Tapi doktor pun pesan as long semua normal should be ok cuma kena monitor je. Takut nafas laju atau dada berombak lain macam tu kena la bawa pergi klinik. Hidung tersumbat pun aku gilir la sapu mana-mana yang diatas ni. Mana yang perlu je la.
5) Sea water nasal spray
Kalau baby selsema atau hidung tersumbat elok ada benda ni dekat rumah. Hidung tersumbat pun boleh clear tapi kalau untuk baby makesure kalau nak guna ni ready sekali penyedut hingus sebab baby tak pandai hembus hingus nanti lagi naya dekat baby.
Nasal spray ni memang boleh membantu clearkan hidung tersumbat. Lepas spray terus sedut keluar hingus baby. InsyaALLAH lepas tu baby akan lega banyak. Asyraf pun kekadang aku spray dan paksa dia hembus lepas tu elok je laa terus haa. Kalau biar takut boleh demam pula bak kata doktor.
Harap membantu mak-mak yang risau baby batuk selsema tu. Aku sharing apa aku pernah guna je ni. Doa semua anak kita dijauhi pelbagai penyakit. insyaALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice sharing.. good.good. tips yang sangat beguna
ReplyDelete