Deep freezer murah di Lazada - Simpan stok ebm

Masa menyusukan Asyraf dulu aku tak share pun dekat blog. Masa tu malas gila blogging hahahha tapi kali ni aku tak boleh malas sebab nanti tak ada memory langsung membesarkan anak pastu sendiri sedih. kah kah kah. Breastfeed Asyraf paling susah aku rasa sebab setahun aku kena jadi EP mom (exclusive pumping mom) yang bermaksud anak tak nak menyusu direct tapi aku kena pam masuk susu dalam botol sahaja. Penat gila tak payah cakap laaa compare dengan direct feeding. Selak je bagi. Dari pengalaman pertama tu aku belajar something juga, ada benda aku silap masa dengan Asyraf dulu. Aku segan nak direct feeding (df) dia bila orang ramai so aku ajar bagi botol bila dekat public dan even kalau ada orang dekat rumah. By right selagi anak ada dengan kita sebaiknya df sebab skin to skin dan fresh milk kan. Masa dia reject df tu memang sedih gila dan emo tak yah cerita la tapi nak buat macam mana hadap juga la dekat setahun macam tu sebelum tukar bagi fm. Nak stop pump pun azab tau, bukan hari nak stop boleh stop macam tu je tau. Tapi tu semua pengalaman.


Masa asyraf dulu aku tak pernah bazir walaupun setitik stok susu ni dan mungkin juga sebab aku ep mom so semua susu digunakan sepenuhnya compare dengan adik masa dekat pengasuh je bagi ebm tapi balik memang dengan aku je sepenuh nya. So masa asyraf aku tak beli pun deep freezer dan masa tu rumah aku dekat subang memang tak duduk so stok banyak transfer rumah sana. Peti sejuk kosong kan. Tapi kali ni aku tekad beli deep freezer sebab peti sejuk dah penuh sangat sampai aku terpaksa tumpang freezer rumah makcik-makcik aku. Mungkin rezeki adik juga ni. 



Lama juga laa aku timbang tara nak beli ke tak deep freezer tapi bila kenangkan stok susu yang banyak tu aku akhirnya beli juga tau. Rezeki adik dan tak sanggup nak buang semua susu tu. Nak beli yang besar pula tempat pun tak ada so lepas fikir-fikir aku decide beli yang kecil ni je.

Stok susu ibu (ebm)



Gambar atas ni stok susu aku yang banyak aku dah transfer ke rumah makcik aku sebab dia ada deep freezer besar. Stok lauk pun aku tak dapat beli banyak masa ni sebab nak bagi ruang dekat susu. Bertapa berharga nya setiap titisan susu ibu ni tau. Bila penuh je aku hantar rumah makcik aku sampai la peti rumah dia pun penuh. Masa tu la aku macam tak boleh jadi ni sebab kena gak beli sebab dah macam keperluan bukan sesaja.


Yang gambar bawah ni peti sejuk rumah makcik aku. Siap kosongkan untuk susu aku saja tau. Dekat deep freezer dia pun ada juga. So beli deep freezer dah jadi keperluan kan?


Deep Freezer 


Deep freezer ada 2 jenis, satu chest freezer dan satu lagi upright freezer. Mula nya aku berkenan upright freezer sebab paling senang untuk simpan stok ebm tapi sebab susah nak jumpa dan kalau ada pun harga dia tersangat la mahal maka aku tak jadi beli upright so aku beli chest freezer dekat LAZADA.



Cuak juga mula-mula nak order barang eletrik dan besar dekat lazada ni takut rosak ke apa. Biasa aku beli barang kecil tapi ni memang pertama kali la aku beli barang elektrik yang besar macam ni dekat lazada. Itu pun lepas baca review dan ramai member aku sendiri pun beli deep freezer lazada sebab jauh lagi murah dari kedai biasa. Aku ada juga survey dekat kedai elektrik biasa tapi memang harga berbeza so sebab aku terdesak juga nak deep freezer dan of course laa nak yang murah so pejam mata proceed order lazada. hahahhahaha Aku dapat deep freezer 130L jenama Hisense dengan harga RM416.70 sahaja okay siap free delivery, murah sangat sebab dekat kedai biasa dalam RM550+




By the way elok lepas aku dah bayar semua refresh balik tengok harga dah lain weh. Mahal sikit dari aku beli tu. Harga dah jadi RM429.99. Memang rezeki baby betul lah. Alhamdulilah. Servis pun cepat dan pantas. Hantar sampai depan pintu rumah tau. Sebelum courier service nak hantar, akan ada orang dia call untuk pastikan kita ada dekat rumah untuk penghantaran. Senang la sebab benda besar kan. So jangan takut nak order dekat lazada tapi yang penting baca review dan survey elok-elok dulu tau. Aku dapat ni kira yang termurah dan antara yang banyak review.


Oh sebelum orang tanya baik aku explain sekali. Aku bukan sengaja pam banyak-banyak ni tau. Masa kerja aku pam 2 kali je dan masa pantang dulu aku pam bila perlu sahaja untuk elak bengkak susu. Boleh demam tau bengkak susu dan paling teruk takut kena penyakit lain pula kang. Sementara tunggu deep freezer ni dah banyak juga susu aku expired dan terpaksa buang pun. Sedih memang sedih sebab masa Asyraf dulu tak pernah buang langsung susu kan. Doa la aku dapat teruskan breastfeeding baby Amsyar sehingga genap 2 tahun. Amin.

6 comments

  1. seronok tgk orang buat stok susu,sue tak berpeluang,susu ngam2 je utk direct feed huhuu

    ReplyDelete
  2. saya guna deep freezer yang bukak dari depan, upright freezer

    ReplyDelete
  3. Dekat rumah nie, ada 2 biji.. If bisnes bertambah maju. maybe akan tambah lagi 2 biji kot

    ReplyDelete
  4. Even though they can preserve heat better than most containers, their metallic nature prevents them from being microwavable. glass food storage containers

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...