BORONG BARANG BABY DI BIG BABY FAIR LAZADA SALE

Rasa macam semalam baru aku cerita pasal beli barang elektrik dekat LAZADA lepas tu hari ni sambung lagi cerita LAZADA. Mana tak nya LAZADA tengah Big Baby Fair sale mesti la kena share. Masa ni la sesuai borong pampers, susu dan barang baby murah kaw kaw. Sale ni mula 25-29 July 2018. Sempat la tunggu aku gaji ni 28 hb. hahahah. So sementara tunggu gaji boleh cart in siap-siap kan??



Diskaun sale kali ni gila-gila punya sampai 80% tau. Semua kategori barang baby ada sale antara nya diapers, susu, mainan, barang penyusuan, stroller, carseat dan banyak lagi. Aku ni suka borong pampers anak online. Bila sale je terus borong sebab anak aku pakai pampers huggies ultra pek hijau tu. Dekat luar memang mahal so masa sale macam ni je untung nak beli.

Ni antara jenama yang terlibat dalam big baby sale kali ni.

  • Drypers
  • Dutch Lady
  • Fisher-Price
  • Huggies
  • PediaSure
  • Sweet Heart Paris
  • PetPet
  • Enfagrow A+
  • Poney
  • Friso Gold
  • MamyPoko
  • Nankid
  • Mamil
  • Philips Avent
  • Anmum
  • S-26
  • Nivea Baby
  • Lactokid
  • Dugro
  • Huggies

Sale kali ni juga ada Vouchers, Flash Sale, FREE Shipping (ini semua orang suka), Hot Deals below RM49 and bundles. Aku kan baru lagi ada baby so sale kali ni memang benda paling happy laaaaa sebab boleh jimat banyak. Baby kan ada banyak barang keperluan dia. Pampers la, wet tissue la, toilettries la dan macam-macam lagi. Lepas tu barang-barang breastfeeding lagi haa nak kena borong. Memang tinggal sikit stok ni so mama is happy!!! hahaha

Diapers - Huggies



Benda pertama aku cart in adalah diaper brand huggies ultra pek hijau. RM104.70 free shipping. So jatuh harga 1 pek baru RM34.90. Murah sangat sebab biasa beli online juga tapi mesti RM36 keatas untuk 1 pek. Ini kali lagi berbaloi-baloi.


Pesanan ikhlas, better guna voucher code sepenuhnya jika ada sebab apa, tengok gambar atas ni. Bila belian huggies min RM150 keatas pula korang layak guna voucher code HUGGIES7BBF10 untuk diskaun lagi weh.. Tengok harga jadi berapa pula untuk 1 pek, RM31.41 sahaja. Masa ni laaa nak cari diapers berkualiti dengan harga murah ya amat. Kalau rasa banyak sangat sampai 6 pek boleh share beli dengan member korang. Tapi yang anak ramai tu memang untung sangat borong masa ni.

Aku boleh share brand ni je sebab anak aku pakai ni. Brand lain aku confirm murah juga la kalau huggies pun murah kan. Kena rajin usha voucher code juga, jangan main beli nanti rugi. Selagi boleh dapat murah kan. hahahha.


Boleh baca sini juga untuk maklumat diapers - Review diapers best 2018


Kelengkapan penyusuan





Ikutkan hati nak je list semua barang aku nak beli tapi macam melampau pula. Benda paling best bila tengah free adalah scroll lazada sebab banyak barang murah lagi-lagi tengah sale ni. hehehhe. Aku masih breastfeeding baby 4 bulan dan korang sedia maklum la breastfeeding untuk mak yang bekerja ada banyak accessories juga kan nak kena beli. Meh aku listkan sikit kelengkapan penyusuan susu ibu, mungkin boleh membantu ibu baru juga. Shopping la masa tengah murah ni.

Kelengkapan penyusuan susu ibu
- breastpump
- plastic storage
- bottle storage
- beg pam
- icepack
- breastpad
- botol susu

Antara semua tu plastic storage dengan breastpad la mak-mak yang bekerja dan menyusukan anak kena beli dan ada. Bukan murah tau tapi demi anak kami mak-mak sanggup. hahaha So masa sale ni boleh borong siap-siap sebab dekat luar mahal la. Pernah je tiba-tiba lupa plastic storage habis so terpaksa beli dekat kedai luar, harga beza weh. sob sob...

Lazada's Big Baby Fair Event


Shopping online tu shopping juga tapi boleh kira nya korang join sekali event facebook lazada ni. Klik page ni Lazada's Big Baby Fair Facebook Event sebelum 29 July dan klik 'GOING' to join Big Baby Fair Sale. Ini hadiah yang disediakan.

  • 1,000 "GOING" - 10% OFF Voucher (T&C apply)
  • 3,000 "GOING" - 4X LACTOKID 3 Comfortis (6 pack)
  • 5,000 "GOING" - 3X Sweet Heart Paris ST PALMA
  • 12,000 "GOING" - 5X My Dear Baby Playpen
Untuk maklumat lanjut mengenai facebook event boleh klik sini.


Okay itu saja aku nak share pasal lazada. Kalau yang belum gaji macam aku boleh cuci mata dan cart in je siap-siap. Hari gaji boleh proceed payment. hahahah Doa stok banyak la lagi kan. Apa boleh buat gaji lambat. hehhehe

Happy shopping guys!

8 comments

  1. Replies
    1. sangat.. nsb baik belum gaji so nafsu terkawal sikit.. haha

      Delete
  2. Tirah, un dah terjebak dengan sales ni.. serius jimat owhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... kalau anak ramai untung beli masa ni

      Delete
  3. eh harini ye last..hua nak buka cepat2..nak beli pampers anak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...