Sabun mandi Dashing 2 in 1 face body wash

Biasa dengar shower foam muka dan badan sekali? Kalau kids punya ada kan head to toe tapi ini untuk orang dewasa sabun muka dan badan. Ada orang yang jenis suka guna shower foam biasa untuk buat cuci muka sekali tapi adakah kalau guna shower foam biasa tu elok? 

Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus! So kepada yang suka 2 in 1 tu boleh dapatkan produk keluaran Dashing ni. Sesuai sangat.


Zaman sekarang ni tak kira la lelaki ke perempuan masing-masing menjaga penampilan diri. Bersihkan muka dan badan sebelum melakukan aktiviti harian. Lagi sekarang cuaca panas dan cepat berpeluh so kena la rajin bersihkan diri. Produk dashing ni dapat memberi kesegaran dan membersihkan muka dan badan serta menghalang pengeluaran minyak muka berlebihan. Bagus kan? 
 

Dashing 2 in 1 Muka dan Badan


Pek ni bersaiz 700ml dan dirumus khas untuk penjagaan muka dan badan. Mandian khas ini juga padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran dikulit dan memberi kesan pembersihan muka yang mendalam.




DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.



COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.
  

ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif.

Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.



ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.



HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan haruman Amber.   

  

Harga hanya RM17.90 untuk pek 700ml dan bagi aku sangat berbaloi sebab 2 in 1 pada kulit dan tubuh badan.


1 comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...