DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif
Dashing keluarkan produk baru untuk lelaki aktif dengan wangian "sporty". Rangkaian produk baru ni memang khas untuk lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktif.
Dekat Malaysia ni cuaca panas dan peluh tu tak boleh berpisah la kan. Sama ada berjalan ke kereta ke, berjalan ke LRT atau train, menghadiri mesyuarat, bersenam atau ketika melakukan aktiviti harian mesti berpeluh. Maka bau badan memang masalah yang biasa kebanyakkan lelaki dan sebab itu juga lelaki sekarang sangat mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan. Boleh pitam weh bau badan. hahaha
Kalau yang memang mencari produk untuk masalah bau badan ni, DASHING antara pilihan yang terbaik. Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.
Terbaru DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.
Semburan Deodoran DASHING SPORT bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam
tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi
anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di
baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.
DASHING Hitman dicipta khas untuk
lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma
kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender
berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap
lelaki aktif.
Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai
haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento
memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir
dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat
dilupakan.
Boleh dapatkan DASHING Sport pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk
Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.
tak sabar tunggu.. asben mmg suka dashing
ReplyDelete