Gambar acah-acah OOTD la sekali sekala, jarang OOTD ni kan. heheh yang aku suka gambar ni sebab tak nampak sangat bagai nangka kena balut. Naik segan sekarang nak main belasah je pakai baju. Asyraf pun pandai complain "mama ni malu la Asyraf tengok". hahahha sendat sangat kot tengok mama dia pakai baju.
Oh lupa nak bagitau aku pakai Tshirt Muslimah HanaTajuddin. Hanya basic tee HanaTajuddin dan bukan blouse ye. Yang paling penting tak perlu iron dan labuh tutup pinggul. Material kain tshirt yang serap peluh dan tak melekap dekat badan kan walaupun aku ni tengah sarat. Aku rasa tshirt basic tee ni sesuai untuk buat tshirt family day dan juga untuk aktiviti riadah. Boleh juga jadi baju semi kasual.
Tshirt Muslimah HanaTajuddin
Aku share sekali koleksi Basic Tee 2.0 HanaTajuddin dengan pelbagai pilihan warna. Pilih jangan tak pilih.
Masa usha baju ni hari tu confuse nak pilih saiz apa dan warna apa sebab takut tak sesuai dengan mak buyong yang makin sarat ni. Kebanyakkan tshirt muslimah yang sedia ada dekat rumah ni pun sendat gila sebab material tshirt biasa tu je dan tak memeri so masa pilih ni agak risau la asalnya. Tapi ni tengok gambar dekat instagram HanaTajuddin kata nya material baru. Kain stretchy so aku ambil saiz L dan warna navy, aku rasa warna selamat untuk badan yang berisi ni dengan harapan muat lah dengan aku ni. Boleh refer saiz baju dekat bawah ni.
Lepas dapat tshirt ni terus cuba okay dan taraaaa aku siap guna untuk ke pejabat. hahahha maklum la dah sarat ni pergi kerja pakai je baju mana yang selesa dan boleh muat. Kalau tengok gambar dekat instagram HanaTajuddin nampak ramai orang share pakai nampak selesa sangat untuk apa jua acara so aku cuba la pakai buat pergi kerja juga. kah kah kah. Okay best!! Walaupun sebenar nya ni bukan baju untuk mengandung tapi aku rasa selesa je pakai. hehehe
Asyik ulang pakai baju ni je sebab selesa. hihih Pergi shopping dan riadah petang ke taman dekat area rumah pun selesa je. Aku rasa kalau nanti nak breastfeed pun senang sebab tak ketat. Boleh selak je. Aku suka material jenis stretchy dan tak melekap ikut badan ni. Tak rimas nak pakai.
Basic Tee 2.0 HanaTajuddin
Oh jangan risau ni bukan baju mengandung tau. Kang korang tengok aku pakai masa mengandung ingat baju mengandung pula. Aku tengok orang tak mengandung pakai cantik terletak dengan palazo cun-cun so iolss pun teringin nak try dan nasib baik SELESA pakai walaupun pregnant. Susah kan nak jumpa tshirt macam ni. heheheh.
Sambil tunggu anak aku main playground aku try juga main benda alah ni dekat taman tu. Exercise konon dengan tak sedar pregnant. Baju stretchy duduk la macam mana pun sedap je. hahahah. Kalau cikgu sekolah yang bermasalah nak cari baju sukan yang patuh syariah tu aku sarankan boleh cuba tshirt muslimah ni. Nak guna untuk aktiviti sukaneka ke pun selesa. Oh lupa nak bagitau tshirt ni tebal dan tak jarang, tak perlu nak pakai inner. Best kan?
HANATAJUDDIN
Alamat
HANATAJUDDIN,
C-23-1, Jalan Serai Wangi L/16L,
Alam Avenue 2,
40200 Shah Alam, Selangor
+603 5524 0841
Open Eeveryday : 9.00am - 6.00pm
Instagram
Facebook
Website
memang selesan habis pakai tshirt ni kalau pergi beriadah, IQ pun suka!
ReplyDeletenampak lembut dan selesa. yang besnya tak melekap badan. baguslah..
ReplyDeleteyesszaa...memang amat selesa . tak rugi sangat beli dan harga pun berbaloi sebab boleh pakai untuk semua aktiviti ..
ReplyDeleteWahhh mama preggy pun boleh pakai, best arr baju ni.
ReplyDeleteComel je ibu mengandung pakai baju ni...
ReplyDeleteTak nampak mcm preggy gitu
ReplyDeletewaa..sesuai dipakai ketika mengandung jugak yea...bagus lah basic t ni
ReplyDeletebaju ni serba guna kan... leh pakai tuk riadah.. berjoging.. soppingg...
ReplyDeletelawa pulak kaler navy blue ni. Tengok dalam gambar pun nampak keselesaan pakai baju ni.hihi
ReplyDeletealahai...comelnya pakai baju ni time preggy...hihihi
ReplyDeleteMemang lawa dan nampak selesa. Kemas pulak tu!
ReplyDeleteMemang cantik. Xnak pelik pun.
ReplyDelete